Silent Melody [✔️]

Par arniey11

344K 33.3K 1.9K

(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit me... Plus

Prolog
cp 1
cp 2
cp 3
cp 4
cp 5
cp 6
cp 7
cp 8
cp 9
cp 10
cp 11
cp 12
cp 13
cp 14
cp 15
cp 16
cp 17
cp 18
cp 19
cp 20
cp 21
cp 22
cp 23
cp 24
cp 25
cp 26
cp 27
cp 28
cp 29
cp 30
cp 31
cp 32
cp 33
cp 34
cp 35
cp 36
cp 37
cp 38
cp 39
cp 40
cp 41
cp 42
cp 43
cp 44
cp 45
cp 46
cp 47
cp 48
cp 49
cp 50
cp 51
cp 52
cp 53
cp 54
cp 55
cp 56
cp 57
cp 58
cp 59
cp 60
cp 61
cp 62
cp 63
cp 64
cp 65
cp 66
cp 67
cp 68
cp 70
cp 71
cp 72
cp 73
cp 74
cp 75
cp 76
cp 77
cp 78
cp 79
cp 80
cp 81
cp 82
cp 83
cp 84
cp 85
cp 86
cp 87
cp 88
cp 89
cp 90
cp 91
cp 92
cp 93
cp 94
cp 95
cp 96
cp 97
cp 98
cp 99
cp 100
cp 101
Epilog
Author last words
Side Story 1 (Muffin)
Side Story 2 (Jane)
Side Story 3 (Propose)
Funfact
new story (Iris)
New Story
Happy Birthday [Rachel]
Happy Birthday [Ian]

cp 69

2.9K 307 9
Par arniey11

"Maaf, aku lambat." Ucap seorang lelaki lalu duduk bersama rakannya. Muka lelaki itu memang tidak lekang dengan senyuman.

"Finn, lama sudah aku tidak berjumpa dengan kau."

"Aku sibuk sikit, Jason." Balas lelaki itu.

Hari ini adalah hari dimana dia berjanji untuk bertemu dengan kawannya setelah sekian lama tidak berjumpa.

Beruntung juga dia kali ini, kerjanya tidak terlalu banyak sehingga dapat membuat dia berjumpa dengan rakannya sekaligus bekas pasangan kerjanya dulu.

Finn ataupun mama sebenarnya, Loren Winter bukanlah setakat pembantu peribadi encik Shawn. Malah dia lebih dari itu. Sama seperti yang Rechel beritahu, dia adalah lelaki yang misteri. Dia ada banyak identiti dan orang yang tahu identiti sebenar dia hanyalah dua orang rakannya itu.

Dan dia juga bekerja disamping encik Shawn kerana dia inginkan sesuatu. Bukannya pangkat berkerja tetapi sesuatu yang lain dan lebih besar.

"Aku rasa kau mesti dah kenal sangat cik muda keluarga tu kan. Apa pendapat kau pasal dia?" Soal Jason menanyakan tentang Rechel.

Finn membuat muka berfikir sejenak dan beberapa saat kemudian dia tersenyum nipis.

"Bagi aku, budak tu menarik," balas Finn.

"Menarik maksud kau?"

"Dalam banyak-banyak orang dalam rumah tu, hanya dia sahaja seperti tahu aku ini berbahaya dan cuba menjauhkan dirinya daripada aku. Sangat berwaspada."

Jason tersenyum mendengar penerangan itu. Dia tahu gadis itu bukanlah seperti orang lain. Gadis itu seperti ada aura yang mengatakan dia sangat berbahaya dan lebih penting dia tu sangat pandai yang mempermainkan fikiran orang.

Kali pertama Jason ingin menegur gadis itu pun, dia berfikir dua kali. Dia takut sama ada gadis itu akan mencurigainya dan mengkhianatinya. Tapi nampaknya tidak. Gadis itu sungguh berbeza.

"Kau ada beritahu budak tu ke yang kita berdua kenal?" Sekali lagi Jason bertanya.

Finn menggelangkan kepalanya lalu berkata, "tapi aku ada beri dia petunjuk. Rasanya dia akan tahu tak lama lagi."

"Kau tak takut ke kalau dia bagitahu keluarga dia?"

"Aku tak rasa dia akan bagitahu. Dia bukan perempuan macam tu."

Jason hanya mengiyakan sahaja. Dia tidak tahu bagaimana sikap sebenar Rechel itu kerana dia baru kenal Rechel 2 tahun lepas bukan seperti Finn yang hampir 5 tahun berkerja bersama keluarga itu. Jadi di sini Finn lebih mengenali gadis itu berbanding dengan Jason.

Air yang dipesan oleh Jason tadi diminum olehnya. Matanya memandang ke luar tingkap bersebelahan dengan meja itu. Salji turut agak kuat hari ini. Tidak seperti hari sebelum ini. Ini kalau keluar tak pakai baju sejuk rasanya memang boleh beku.

Dalam dia melihat salji yang turut itu, tiba dia teringat akan sesuatu. Tidak lama lagi hati Natal akan berlalu dan bermaksud tidak lama lagi adalah hari ulang tahun kematian Puan Amel. Wanita yang amat dia sayangi dahulu.

"Lepas selesai kerja ni, kau balik kerja dengan kami tak?" Soal Jason kepada Finn.

"Tak, aku lebih suka kerja dengan keluarga tu."

Jason mengeluh. Dia tahu rakannya tidak akan balik berkerja dengannya lagi.

"Kalau kau tak bekerja dengan kami lagi, maksudnya aku tak ada pertner. Dah 5 tahun aku tak ada pertner sebab kau tau," Finn tertawa dengan apa yang dikatakan oleh Jason.

Memang betul dulu dia adalah pasangan Jason tapi sekarang sudah berubah kerana dia sudah tidak bekerja di syarikat itu lagi.

"Roel tu, boleh partner kau. Bukannya dia sudah ada partner sekarang," Finn menunjuk ke arah Roel yang asik diam dari tadi.

"Roel? Mati dulu aku belum pasti dia nak jadi pertner aku. Apa yang dia tahu partner dia mesti Carla, Carla dan Carla," bebal Jason seorang diri.

Roel yang duduk diam itu tadi menjeling tajam ke arah rakan sekerjanya itu. Nasib juga dia tu kawannya kalau tak dah lama lelaki itu dibuang kerja.

Roel itu memang tidak boleh kalau ada orang menyebut bekas pasangannya dahulu.

Carla adalah pasangan dia dahulu. Walaupun dia perempuan tetapi dia boleh mengalahkan lelaki dan disebabkan kepandaian dia, dia dipasangankan dengan Roel.

Walaupun pertama kali dia tidak setuju dipasangankan dengan perempuan tetapi lama-lama dia sudah boleh menerima gadis itu sehingga dia tidak mahu menukar pasangan kerana dia tahu hanya gadis itu sesuai dengannya.

Namun semua itu berakhir apabila 5 tahun lepas apabila gadis itu secara tiba-tiba menghilangkan diri. Apabila ditanya kepada bapanya yang merupakan pemilik agensi itu, bapanya mengatakan bahawa gadis itu sudah berhenti.

Sudah semestinya dia terkejut. Dia pernah cuba cari gadis itu namun tidak menjumpai apa-apa pun petunjuk. Gadis itu seperti hilang begitu sahaja tanpa pengetahuannya.

Dan sejak itu jugalah dia tidak ada pasangan bekerja. Dia tidak boleh menerima orang lain selain daripada Carla. Walaupun dipaksa dia tetap berkeras kepala tidak akan menerima orang itu.

"Kalau kau nak jadi pertner aku, kau mesti sekuat dan sepandai Carla. Baru aku akan terima kau," ujar selambar Roel.

"Kalau macam tu memang mustahillah. Korang berdua tu bukan manusia tapi syaitan. Mana ada orang buat latihan sekejam korang berdua tu," rungut Jason.

Dia ingat lagi dulu ketika Carla masih lagi menjadi pasangan Roel, mereka berdua pernah memberi latihan kepada ejen baru dengan cuba memberhentikan bom sebenar dalam masa satu minit sahaja.

Kalau bom tipu tak apa, ini bom betul. Senang cerita waktu tu sama yang terselamat memang beruntunglah. Dan sebab itu juga sejak itu mereka diberi gelaran 'Devil Partner'. Memang sesuai dengan diri mereka. Seorang yang kejam dan tidak berbelas kesian.

"Cakap pasal Carla, hari tu aku ada jumpa orang yang nampak macam dia," tiba Finn berkata.

Mata Roel dengan lajunya memandang ke arah Finn dengan penuh terkejut.

"Kau jumpa Carla! Dekat mana?" Soal Roel.

"Aku tak lah kata aku jumpa Carla, tapi aku jumpa orang macam dia."

"Ya lah, dekat mana? Aku mesti cari dia!"

"Aku jumpa dia dekat makamah," satu jawapan mengejutkan Roel.

Roel dan Jason sangat terkejut mendengar itu. Mereka tidak tahu bahawa Carla ada di bandar ini. Selama ini Roel selalu mencari Caa di serata tempat dan baru kali ini dia tahu bahawa gadis itu berada di bandar ini.

"Kau ada dekat sini sampai bila?" Soal Jason pula.

"Minggu depan aku kena balik," Roel mengeluh pasrah.

Lelaki itu terpaksa balik ke negara asalnya pada minggu hadapan setelah hampir sebulan di sini. Semua itu disebabkan masalah yang datang secara tiba-tiba di negara itu sehingga menyuruhnya kembali.

Kalaulah dia tahu semua ini lebih awal, mungkin dia sudah cuba mencari Carla sejak dia datang ke sini.

"Kau nak pergi mana pula tu?" Jason menyoal kepada Finn yang tiba-tiba sahaja berdiri.

"Maaf, tapi rasanya aku kena minta diri dulu," balasnya sambil tersebut.

"Kenapa pula?"

"Kau tahukan rumah tu ada macam-macam masalah. Jadi tugas aku adalah untuk jaga salah seorang cik muda aku," kata akhirnya sebelum meninggalkan tempat itu.

Jason yang ada di situ hanya boleh mengeluh dengan sikap misteri Finn tersebut. Dia sendiri tidak tahu kenapa lelaki itu terlalu misteri sampaikan dia yang merupakan rakannya itu tidak dapat membaca apa yang difikirkan oleh Finn. Memang misteri.

Finn ni sebenarnya ejen rahsia di agensi Roel. Kalau korang ingatlah, Roel ni adik kepada Rania di tears of melody.

And kalau korang nak rahu lebih pasal cerita Roel ini, aku dah fikir nak buat karya untuk sama Carla. Mungkin aku akan pub tahun depan.

Continuer la Lecture

Vous Aimerez Aussi

242K 15.8K 62
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...
853K 48.9K 108
Diandra Advilent adalah seorang gadis yang telah kematian ayahnya sejak berumur 17 tahun. Ibunya pula langsung tidak pernah dia kenali sepanjang dia...
1M 67.8K 59
Book 1: Annabelle Valiant Book 2: Aydan The Angele Book 3: Aryan The First Prince ********* Mimpi yang menghantuinya sejak kecil. Bisikan yang selalu...
49.6K 5.5K 55
Selama 500 tahun peperangan antara Puak Royal Wall dan Outlanders berlangsung. Satu peperangan ke satu peperangan telah terjadi dan ramai menjadi kor...