Zodiac Boy

By purple_rea

14.1K 1.5K 345

Kyril Isaac, anak lelaki kepada Schwi dan juga Kazu yang kini hidup bersama dua wanita yang amat menyayanginy... More

Prolog
Bab 1-{Kyril Isaac}
Bab 2~{Unknown Boy}
Bab 3~{Zach Kazuki}
Bab 4~{Maria Natalie}
Characters
Bab 6~{Command}
Bab 7~{Surprise!}
Bab 8~{Story of Past}
Bab 9~{Story of Past 2}
Bab 10~{Irene Clover}
Bab 11~{Irene's Ability}
BAB 12~{Strict}
Bab 13~{That Girl}
Bab 14~{Intruders}
Bab 15~{Chatting}
Bab 16~{Pair Up}
Bab 17~{Back Home}
Bab 18~{About Zodiac}
Bab 19~{The Truth is...}
Bab 20~{Don't Dare Her}
Bab 21~{Concern}
Bab 22~{About Them}
Bab 23~{What Happend with Kyril & Irene?}
Bab 24~{Annoy with Someone}
Bab 25~{Murder Attempts}
Bab 26~{Long Night}
Bab 27~{Tortured}
Bab 28~{Small Talk and Irene Action}
Bab 29~{Is This Love Confession?}
Bab 30~{Something Not Right}
Bab 31~{Tortured by Those Feeling}
Bab 32~{Sacrifice}
Bab 33~ {Small Talk with Direz}
Bab 34~{Direz's Short Past}
Bab 35~{The Start of Fight}
Bab 36~{War}
Bab 37~{I Will Kill Everyone}
Bab 38~{Two Ultimate Zodiacs}
Bab 39~{Inside The Domain}
Bab 40~{Settle Down}
Bab 41~{The King's Regret}
Bab 42~{Plans to Restore The Aquilla Kingdom}

Bab 5~{Meet}

507 54 8
By purple_rea


"Macam mana semalam?" Kyril bertanya pada Khaaled yang kebetulan berada di dalam bilik ketua pelajar.

"Tak senang duduk. Diaorang semua buat hal."

"Buat hal?" Kyril duduk di kerusinya. Dia memandang tepat ke arah Khaaled dengan harapan sahabatnya itu akan menceritakan dengan lebih lanjut lagi.

"Beberapa orang pelajar cuba untuk keluar asrama lepas tengah malam. Nasib baik aku dengan Layla dapat tangkap semua. Memang tak senang duduk dibuatnya semalam."

Khaaled menggosok matanya yang kelihatan sembab.

Pintu bilik itu diketuk.

Layla memasuki bilik. Mata gadis itu turut kelihatan sedikit sembab tetapi tidaklah seteruk mata Khaaled.

"Wah! Memang teruk betul kau orang berdua ni."

Khaaled mengangguk.

"Ini nama-nama pelajar yang terlibat malam tadi." Layla meletakkan sekeping sampul berwarna coklat di atas meja Kyril.

"Terima kasih, Layla. Eh! Kau tak mengantuk ke? Tengok tu, Khaaled pun dah terlelap tu." Kyril menuding jari ke arah Khaaled yang sudah terpejam rapat matanya di sofa.

Layla menggeleng.

"Aku boleh tahan lagi. Jangan risau." Layla tersenyum nipis.

Kyril menggeleng.

"Kau berehatlah untuk hari ni. Hari ni giliran aku pulak yang jagakan mereka semua. Jangan risau, aku boleh je kawal mereka semua."

"Tapi..."

"Rehatlah, Layla."

Layla tidak membantah. Dia mengangguk akur dan faham dengan arahan itu.

"Terima kasih, Kyril. Aku mintak diri dulu."

Kyril mengangguk.

Setelah pemergian Layla, Kyril segera mengeluarkan maklumat pelajar yang membuat masalah dan telah menyusahkan dua sahabat baiknya.

Beberapa ketika kemudian, barulah dia berdiri dan bersedia untuk berlalu. Namun, sempat diselimutkan Khaleed terlebih dahulu sebelum dia meninggalkan si sahabat dibuai mimpi.

*****

Jam 1730

Semua aktiviti berjalan dengan lancar. Kyril telah berjaya membalas dendam bagi pihak dua sahabatnya dengan menyuruh semua pelajar baru melakukan aktiviti lasak yang mampu membuatkan mereka semua penat.

Kini, masa untuk Kyril pulang ke istana untuk melawat ibu angkat tercinta sebelum pulang ke rumah kakaknya.

Disebabkan hari ini Kyril memandu keretanya sendiri, dia sempat menyinggah di sebuah kedai bunga. Sejambak bunga ros putih dibeli untuk dihadiahkan kepada si ibu.

Dia meneruskan pemanduan sehinggalah tiba di istana.

Semasa tiba, dia terkejut melihat beberapa buah kereta mewah dengan lambang diraja serta bendera sebuah kerajaan, terparkir elok di laman istana.

Sejujurnya, Kyril tahu siapakah gerangan yang datang melawat.

Kyril keluar dari kereta. Dia turut membawa jambangan bunga yang dibelinya tadi.

Seorang pembantu lelaki menyambut kepulangan putera muda itu.

"Di mana permaisuri?" Kyril terus bertanyakan keberadaan Diera.

"Tuanku berada di taman. Permaisuri didatangi oleh Raja Noir, dari Kerajaan Roze," beritahu si pembantu lelaki.

Kyril mengangguk.

"Bawa beta ke sana."

"Baiklah, tuanku."

Kyril berjalan membuntuti langkah si pembantu.

Apabila tiba di kawasan taman yang dikatakan, ternyata Diera berada di situ ditemani oleh Noir.

Melihat saja pada keadaan itu, Kyril tahu bahawa ibunya tidak selesa dengan kedatangan tetamu tidak diundang itu.

Kyril mengambil keputusan untuk menghampiri mereka berdua.

"Selamat petang, bonda." Kyril menyapa.

Perbualan Diera dan Noir terhenti.

Diera segera memandang wajah Kyril.

Perasaan galau di dalam diri terus menghilang setelah melihat wajah Kyril.

Kyril yang perasan dengan cara pandangan Diera terus mengenyitkan matanya.

"Selamat petang juga untuk tuanku. Maaf mengganggu perbualan tuanku berdua."

"Eh! Tak apa putera Kyril. Lagipun kami hanya membincangkan tentang perkahwinan kami saja," kata Raja Noir.

"Perkahwinan? Sejak bila bonda setuju?" Kyril tiba-tiba duduk di meja itu bersama mereka.

Tujuan di hati sekadar mahu menemani si ibu dan menenangkan perasaan wanita kesayangannya itu.

Tetapi, Raja Noir tiba-tiba berasa tidak selesa pula dengan kehadiran putera kerajaan itu. Baginya, kedatangan remaja itu sekadar mengganggu perancangannya.

Kyril memandang raja Noir.

"Bonda saya tak beritahu apa-apa pun tentang perkahwinan. Setahu saya, bonda tak terima mana-mana lamaran pun. Termasuklah lamaran dari tuanku sendiri. Jadi, macam mana tuanku boleh cakap ini adalah perbincangan tentang perkahwinan?"  Nada suara lelaki muda itu berbaur tegas dan serius.

"Ya, permaisuri Diera masih belum menerima lamaran beta. Tapi, tak salahkan kalau kami merancangnya dulu?" Raa Noir cuba menyembunyikan perasaannya.

Kyril menggeleng.

"Pelik cara tuanku ni. Setahu saya, perbincang hanya dilakukan setelah pihak perempuan terima saja, kan? Maaflah kalau saya silap, sebab saya pun tak berpunya lagi." Kyril tertawa sendiri mendengar kata-katanya.

Raja Noir tersenyum janggal.

"Betullah tu, putera Kyril."

Kyril tersenyum memandang wajah raja Noir.

"Oh ya! Bonda, Ky ada belikan bunga untuk bonda masa dalam perjalanan tadi." Kyril menghulurkan jambangan bunga ros putih dan dihulurkan pada Diera.

"Terima kasih, Ky. Buat susah je." Diera tersenyum senang.

"Tak susah pun. Ky senang dapat tengok bonda tersenyum macam ni."

Kyril menongkat dagu sambil memandang tepat ke arah Diera yang tersenyum manis.

Melihat kemesraan dua beranak itu membuatkan Raja Noir rasa terasing. Dia mengambil keputusan untuk membatalkan perancangannya buat sementara. Semuanya disebabkan oleh kemunculan Kyril yang tidak diduga.

"Permaisuri Diera, memandangkan tiada apa lagi yang hendak dibincangkan, saya minta diri dulu. Saya akan menunggu keputusan tuanku walau seberapa lama sekali pun."

Diera tersenyum kecil.

"Baiklah. Terim kasih dan saya minta maaf sebab tak dapat nak berikan jawapan itu dengan segera."

"Tak mengapa. Saya faham."

Mereka bertiga berdiri.

"Saya minta diri dulu." Raja Noir menunduk hormat.

Diera Dan Kyril turut menunduk hormat.

Si raja berlalu pergi diiringi oleh orang-orangnya serta pembantu Diera.

"Ceh! Tak ada aku beranilah kau datang nak porak-perandakan keadaan." Kyril bersuara setelah pemergian si raja.

Diera tertawa kecil.

"Terima kasih sebab datang, Ky. Kamu memang penyelamat bonda."

"Mestilah Ky akan datang. Ky dapat kesan bila bonda kesayangan ni dalam bahaya," kata Kyril dengan angkuhnya.

Mereka berdua kembali duduk.

Beberapa orang pembantu menghidangkan teh panas. Menggantikan minuman panas yang sudah sejuk.

"Jadi, apa yang dia nakkan dari bonda? Dia ugut bonda ke?" Kyril bertanya dengan serius.

"Dia tak ugut, dia cuma memprovok bonda untuk menerima lamaran dia je," beritahu Diera berterus-terang.

"Apa masalah dia? Tak faham bahasa ke? Kalau orang dah tak nak, tak payah la nak paksa-paksa! Masalah betullah." Kyril meluahkan rasa tidak puas hati yang terbuku di dalam hati.

Sebenarnya, sudah sekian lama Kyril memendam rasa geramnya terhadap raja Kerajaan Roze itu. Sudah berkali-kali melamar dan berkali-kali itu juga ditolak. Namun, si raja seolah-olah tidak faham bahasa, tetap juga melamar Diera dan memaksa wanita itu untuk menerimanya.

Diera memegang tangan Kyril.

"Apa kata kita lupakan je tentang raja tu? Sekarang adalah masa untuk kita berdua. Usah dipedulikan raja tu, okey?" Diera memujuk.

Kyril kelihatan akur apabila tidak lagi berkata apa berkaitan Raja Noir.

Mereka berdua meneruskan sesi minum petang dengan berkongsi cerita dan pendapat.

*****

Jam 1845

Kereta yang dipandu berhenti di tepi jalan.

Kelibat seorang remaja lelaki kelihatan sedang duduk di atas buaian. Kepalanya pula menunduk memandang tanah.

"Dekat sini lagi? Apa masalah dia ni?"

Pintu kereta dibuka.

Apabila dia keluar, kelihatan tiga orang remaja lelaki menghampiri si remaja yang hanya duduk diam.

Salah seorang dari mereka merengkuh kasar kolar baju si remaja lelaki.

Remaja itu menengking mangsanya. Namun, mangsanya masih tidak bereaksi.

Berang dengan sikap si mangsa, remaja itu terus mencampak mangsanya di atas tanah. Dia mengarahkan rakan-rakannya untuk memukul mangsa mereka.

Namun, tika mereka mengangkat kaki dan bersedia untuk menyepak si mangsa, Kyril terus menjerit.

"Hoi! Buat apa tu?!"

Mereka semua memandang. Muka terus berubah pucat apabila mereka melihat gerangan yang menegur.

Masing-masing sudah bersedia untuk mengangkat kaki dan melarikan diri. Namun, arahan dari lelaki itu membuatkan mereka terpaksa membatalkan niat.

Kyril menghampiri.

"Kau tak apa-apa?" Kyril mencangkung di sebelah Zach.

Zach mengangguk perlahan. Dia kembali berdiri dan menepuk pakaiannya yang dipenuhi tanah kering.

Kyril turut berdiri semula. Dia berdiri menghadap remaja lelaki yang membuli Zach sambil berpeluk tubuh.

"Apa yang kau fikirkan? Kenapa buli dia ni?" Kyril kelihatan marah. Nada suaranya juga tegas dan serius.

Seorang pun tidak berani membuka mulut dan menjawab pertanyaan Kyril.

"Korang bukan budak kawasan ni, kan?"

Dua dari mereka menggeleng sementara si ketua mengangguk perlahan.

"Oh, jadi kau budak kawasan ni. Dengar sini, kalau aku dapat tahu kau buli budak-budak dekat kawasan ni lagi, tahulah akibatnya nanti. Faham?! Yang lain pun sama. Faham?"

Mereka sekadar mengangguk.

"Dah bisu ke? Aku bercakap dengan siapa sekarang ni?"

"Faham, tuanku!" Mereka bertiga menyahut.

"Bagus. Berambus dari sini sekarang."

Mereka bertiga lintang pukang melarikan diri.

Kyril menghadap Zach.

"Dah, jom! Aku hantarkan kau ke rumah kau."

Zach menggeleng.

"Tak nak? Dah kenapa pulak?"

"Rumah... kau." Remaja itu berkata perlahan.

"Rumah aku? Tak. Tak hari ni. Aku tak nak buat keluarga kau risau lagi. Lagipun, kak Lina dah bagi aku alamat rumah kau. Jadi, aku akan hantar kau balik terus ke rumah. Dah, jom."

Tiba-tiba Zach berpaling dan mahu melarikan diri.

Tetapi, Kyril lebih cekap. Dia segera mencapai leher baju Zach dan menarik remaja lelaki itu ke arah keretanya.

Remaja itu dipaksa masuk ke dalam kereta.

Setelah kereta dihidupkan, ia segera dipandu menuju ke arah rumah Zach.

Beberapa minit kemudian, mereka tiba di depan rumah Zach.

"Dah, turun sana."

Zach membatukan dirinya.

Kyril mengeluh melayankan kerenah remaja lelaki itu. Dia segera keluar dan berpusing ke arah tempat duduk penumpang sebelah pemandu.

Pintu itu dibuka. Kyril menarik Zach keluar dari keretanya.

Sekali lagi, Kyril terpaksa menarik Zach sehinggalah mereka tiba di depan pintu rumah.

Loceng ditekan.

Seorang wanita keluar.

"Ya?"

"Saya hantarkan anak puan."

Tika mengangkat kepala, Kyril terkelu lidah melihat wanita cantik di depan matanya.

"Oh, Zach! Terima kasih sebab hantarkan anak saya."

Zach menepis tangan Kyril. Dia terus berlalu masuk ke dalam rumah tanpa berkata apa.

"Errr... encik?" Maria berasa kekok apabila ditenung lama oleh Kyril.

"Oh! Maafkan saya. Saya nak hantarkan anak puan je."

Kyril menoleh dan dia terkejut apabila menyedari bahawa Zach tidak berada di sebelahnya.

"Jangan risau, dia dah masuk tadi. Terima kasih sebab hantarkan anak saya."

"Ya, sama-sama," ucap Kyril sedikit tergagap.

Maria menunduk apabila dirinya terus ditenung Kyril.

"Kalau tak ada apa-apa, saya masuk dulu."

"Kejap!" Kyril menghalang.

"Saya Kyril Isaac. Awak?"

Maria terkejut.

"Maria Natalie," katanya perlahan.

Kyril tersenyum.

"Selamat berkenalan, Natalie."

Maria mendongak, memandang wajah Kyril yang dihiasi senyuman manis.

"Natalie?"

"Kenapa? Awak tak suka ke?"

Maria tersenyum kecil.

"Tak. Saya cuma terkejut awak panggil saya dengan nama tu."

Kyril mengangguk.

"Saya minta diri dulu."

Maria mengangguk.

Kyril berlalu pergi.

Maria memandang pemergian Kyril sehinggalah kereta yang dipandu lelaki itu menghilang dari pandangan.

"Dah pergi ke lelaki tu?"

Sapaan Zach mengejutkan Maria yang masih berdiri di muka pintu.

"Ya." Pintu segera ditutup rapat.

"Malam ni Gray akan datang. Kau jangan buat hal pulak." Zach memperingatkan Maria dengan nada suara yang dingin.

"Baiklah, ibu faham."

Zach kembali naik ke tingkat atas dan mengurungkan diri di dalam biliknya seperti kebiasaan.

Continue Reading

You'll Also Like

130K 1.5K 16
Selamat Datang Ke Kampung Celah Bedah Siri 4 , Adault Malay Scandel Story , kesinambungan dari siri siri sediada . Banyak berkisar peristiwa yang ber...
853K 61.1K 71
[SIRI FLEUR SOPHIA, BUKU DUA ] Selepas segala dugaan dan cabaran yang Fleur Sophia alami selepas pindah ke Malaysia, gadis itu akhirnya dapat miliki...
369K 3.6K 21
Kisah ini adalah hanya rekaan sebagai hiburan para lgbt.Jika anda tidak menyukai ruangan ini boleh pergi ke page lain.Segala kesamaan nama,watak dala...
64.9K 232 13
HANYA SEKADAR HIBURAN SEMATA-MATA