WILDAN โœ“

By novday

179K 11.9K 1.2K

Genre: Romance, action, mystery Language: Bahasa Melayu/Malay Status: Completed . ๐“๐จ ๐ญ๐ก๐ž ๐ฆ๐š๐ง ๐ฐ๐ก๐จ... More

SINOPSIS
โ PROLOG โž
WILDAN | 01
WILDAN | 02
WILDAN | 03
WILDAN | 04
WILDAN | 05
WILDAN | 06
WILDAN | 07
WILDAN | 08
WILDAN | 09
WILDAN | 10
WILDAN | 11
WILDAN | 12
WILDAN | 13
WILDAN | 14
WILDAN | 15
WILDAN | 16
WILDAN | 17
WILDAN | 18
WILDAN | 19
WILDAN | 20
WILDAN | 21
WILDAN | 22
WILDAN | 23
WILDAN | 24
WILDAN | 25
WILDAN | 26
WILDAN | 27
WILDAN | 28
WILDAN | 29
WILDAN | 30
WILDAN | 31
WILDAN | 32
WILDAN | 33
WILDAN | 34
WILDAN | 36
WILDAN | 37
WILDAN | 38
WILDAN | 39
WILDAN | 40
WILDAN | 41
WILDAN | 42
WILDAN | 43
WILDAN | 44
WILDAN | 45
WILDAN | 46
WILDAN | 47
WILDAN | 48
WILDAN | 49
WILDAN | 50
WILDAN | 51
WILDAN | 52
WILDAN | 53
WILDAN | 54
WILDAN | 55
WILDAN | 56
WILDAN | 57
WILDAN | 58
WILDAN | 59
WILDAN | 60
WILDAN | 61
WILDAN | 62
WILDAN | 63
WILDAN | 64
WILDAN | 65
WILDAN | 66
WILDAN | 67
WILDAN | 68
WILDAN | 69
โ™ก
WILDAN | 70
โ EPILOG โž
Q&A
AX801

WILDAN | 35

1.9K 135 5
By novday


┏━━━━━━༻❁༺━━━━━━┓

III: Miracle I
Chance

┗━━━━━━༻❁༺━━━━━━┛

Empat tahun kemudian.

   "1803, kaunter 3."

   "1804, kaunter 2."

   "1805, kaunter 2."

   Bergema ruangan menunggu farmasi itu dengan suara komputer yang memanggil nombor pesakit untuk mengambil ubat.

   Ruangan yang luas itu sudah dipenuhi dengan orang ramai walaupun waktu baru sahaja menginjak pukul lapan setengah pagi. Masing-masing sedang menunggu nombor mereka dipanggil untuk mengambil ubat yang diperlukan.

   "Okey, mak cik. Ini ubatnya. Tiga biji dua kali sehari. Kalau tak ingat dah ada tulis dekat depan ni," kata Azyyani kepada wanita yang berusia lebih kurang tujuh puluh tahun itu sambil jari telunjuknya ditunjukkan di atas tulisan pada bungkusan ubat.

   "Baik. Terima kasih, doktor," ucap wanita tua itu.

   Azyyani hanya tersenyum sebelum mengangguk. Selepas wanita tua itu beredar, segera dia bangun lalu masuk ke salah satu pintu di dalam ruangan itu.

   "Hai, pagi-pagi dah masam muka," tegur Idlan yang berada di dalam farmasi. Azyyani menjeling. Rakan sekerjanya itu memang suka menyibuk hal orang.

   "Macam biasalah. Ada mak cik tu panggil aku doktor," ceritanya sambil mencari beberapa jenis ubat yang diperlukan.

   Aish, tak jumpa lah pula!

   Idlan berkerut kening. "Aik? Orang lain bangga jadi doktor, yang kau pula tak suka. Pelik," komennya selamba.

   Azyyani mengeluh. Kotak ubat yang terletak di rak kedua dari atas dicapainya sebelum labelnya dibaca.

   "Bukan tak suka. Tapi penat lah. Bukan seorang tahu? Dalam sehari tu, dah berapa orang yang panggil aku doktor," jelasnya. Kotak ubat tadi diletakkan kembali di rak tersebut sebelum kotak lain diambil.

   "Alah, bukannya effect apa pun. Manalah tahu berkat orang panggil kau doktor, nanti kau dapat title doktor tu," nasihat Idlan. Dia pun banyak kali berdepan situasi yang sama, namun lain penerimaannya. Lagi dia suka adalah. Bukankah ucapan itu satu doa?

   "Yalah. Amin!" Selesai menemui semua ubat yang diperlukan, Azyyani segera keluar dari bilik itu. Tiada masa untuk berbual lebih panjang. Kerusinya di kaunter didekati sebelum menyambung tugasnya.

   Seketika kemudian Idlan pula keluar lalu mengambil tempatnya di sebelah Azyyani.

   Seorang demi seorang pesakit diberikan ubat yang diperlukan serta cara mengambil ubat yang betul.

   Jam di dinding dikerling.

   "Lan," panggil Azyyani.

   Idlan hanya mengangkat dagunya ke atas sedikit tanda mendengar. Dia sedang sibuk menyiapkan preskripsi ubat. Memerlukan konsentrasi yang penuh supaya tidak membuat sebarang kesilapan.

   "Mana Lisa?"

   Krek!

   Baru sahaja bertanya, tuan badan sudah memunculkan diri.

   "Ya, ada ni."

   Azyyani berpaling ke arah Alisa yang mengambil tempatnya di meja yang terletak di bahagian belakang ruangan itu.

   "Lambat masuk hari ni?" Tanyanya. Beberapa fail dan kertas diambil lalu dibawa ke meja Alisa.

   Alisa membuka komputernya sebelum fail yang dihulurkan oleh Azyyani diambil dan dibelek.

   "Kan aku dah inform dalam WhatsApp yang aku masuk lambat harini. Tak baca chat ke?" Bekas alat tulisnya diselongkar untuk mencari copnya.

   "Urm," Azyyani terdiam. Dia tersengih.

   "Tak bacalah tu," teka Alisa selamba. Kertas di tangannya dibaca sekali lagi sebelum kertas itu dicop dan tandatangannya diturunkan.

   "Hehe," Azyyani menggaru kepala.

   Alisa menggelengkan kepalanya. Itulah gunanya media sosial dan telefon bimbit. Kalau bukan untuk berhubungan, apa lagi? Kalau setakat untuk main game, stalk orang, meroyan broken single apa, baik tak payah. Hmm.

   "Nah," Kesemua fail dan kertas yang sudah siap dibaca dan ditandatangan diserahkan kembali kepada Azyyani sebagai pembantunya.

   "Arigatou," ucap Azyyani sebelum mendekati kaunter semula.

   Alisa tersenyum lucu. Kepalanya digelengkan. Sudah terbiasa dengan perangai Azyyani.

   Nafas dalam ditarik sebelum tumpuan diberikan terhadap monitor hitam di atas meja kerjanya. Dia masih ada banyak tugas yang perlu disiapkan.

   Tadi dia lambat sampai di klinik kerana perlu menemani mamanya ke bank untuk pengurusan hal pencen. Abahnya pula tidak berapa larat untuk memandu.

   Ting!

   Alisa mengambil telefonnya yang diletakkan di atas meja. Satu mesej diterima daripada Aliff.

Aliff Lutfi
Dik, nanti petang singgah rumah Aliff. Nak bagi oleh-oleh dari Sarawak.

   Alisa menutup kembali telefonnya. Sudah maklum akan pesanan abangnya itu. Rasanya sudah lebih sepuluh kali abangnya mengingatkan. Naik muak pun ada.

   Dia kemudiannya kembali fokus menyiapkan kerjanya.

   Hampir setengah jam menatap kaca monitor itu, matanya mula terasa berpinar. Kepala diangkat ke atas sebelum kawasan batang hidung di antara kedua-dua belah matanya diurut perlahan dengan mata terpejam.

   "Lisa," panggil Azyyani.

   Alisa membuka mata sebelum duduknya dibetulkan. Susuk Azyyani yang nampak tergesa-gesa dipandangnya pelik.

   "Ada apa?"

   "Aku nak pergi toilet sekejap. Sakit perut weh. Tolong cover aku, boleh? Ramai ni," pinta Azyyani. Perutnya yang terasa memulas dipegang. Berkerut-kerut mukanya menahan sakit. Bahana makan sambal pagi-pagi. Aduh!

   "Boleh je. Pergilah," cepat saja Alisa bersetuju. Kasihan melihat Azyyani yang nampak terseksa sangat.

   "Terima kasih, weh! Kaulah kawan aku dunia akhirat," kata Azyyani sebelum laju keluar dari ruangan itu untuk ke tandas.

   Alisa pula terus mendekati kerusi yang ditinggalkan oleh Azyyani tadi. Kertas yang berada di dalam bakul di atas kaunter diambil sebelum dibaca.

   Selepas mengenal pasti jenis ubat yang diperlukan, langkahnya dibawa ke bilik penyimpanan ubat. Beberapa papan pil untuk darah tinggi diambil sebelum dibawa ke kaunter.

   Papan kekunci ditekan-tekan sebelum ubat tadi diletakkan di dalam plastik jernih. Sekeping stiker diambil dan ditulis maklumat yang diperlukan sebelum ditampal pada plastik jernih tadi.

   Seketika kemudian seorang wanita datang ke kaunter di hadapan Alisa.

   Alisa mengangkat kepala. Senyuman dikuntum sebelum bungkusan ubat tadi diberi kepada wanita pertengahan umur itu.

   "Ini ubatnya. Makan..." Satu demi satu arahan dan cara mengambil ubat diterangkannya.

   "Terima kasih, Cik," ucap wanita itu.

   "Sama-sama, Puan."

   "Alah, tak usah panggil puan puan ni. Panggil saja Aunty Mardhiah," ujar wanita itu.

   Alisa menunduk sedikit.

   "Baiklah kalau macam tu, aunty. Jangan lupa makan ubat," pesannya.

   "Iya. Aunty tak lupa. Aunty pergi dulu, ya? Anak dah tunggu dah tu," kata Aunty Mardhiah sambil menunjukkan arah seorang gadis muda yang sedang menunggu di bangku.

   Alisa hanya menganggukkan kepala tanda hormat. Tangan kanan diangkat separas bahu sebelum menyambung kerja Azyyani.

   Seketika kemudian dia teringat akan kerjanya yang baru disiapkan separuh namun perlu dihantar secepat yang mungkin kepada pihak atasan.

   "Ya Allah! Macam mana boleh lupa?" Rungutnya.

   "Lan, yang ni kau ambil dulu. Aku baru teringat aku ada kerja sikit," Kertas-kertas yang diambilnya tadi diserahkan kepada Idlan yang duduk di sebelahnya. Selepas itu, Alisa berlari-lari anak ke arah mejanya. Kalut!

   Idlan yang melihat pula hanya terpinga-pinga. Aku pula dah?

   "Haih, nasib badan," rungutnya perlahan sebelum kertas-kertas itu diletakkan di sebelah komputernya. Nak marah Alisa pun tidak boleh, memang ini kerjanya. Alisa hanya membantu sekejap sahaja.

   Lama ruangan itu senyap tanpa sebarang bunyi percakapan. Kedua-duanya sibuk dengan kerja masing-masing.

   "Hello, guys! I'm back!" kata Azyyani yang baru masuk. Seluruh ruangan yang tidak berapa luas itu dipandang. Senyap saja.

   Menyedari tiada respon yang diterima, Azyyani mengambil tempat di kaunter semula.

   Bak!

   Setimbun kertas setebal buku teks dihempas ke atas mejanya. Azyyani terkelip-kelip memandang timbunan kertas itu.

   Idlan di sebelahnya dipandang. Tiada riak bersalah pada mukanya.

   "Apa ni, bro?"

   "Apa, apa? Tu semua, kau yang punya. Alisa yang letak atas meja aku tadi. Takut tak sempat kau datang. Aku tolong cover lah kejap. Dia ada kerja," omel Idlan tanpa menoleh.

   Azyyani terdiam. Tak jadi nak marah.

   "Hehe. Thank you na khaa," ucapnya perlahan.

   Kepala ditoleh kembali ke mejanya. Timbunan kertas itu dipandang.

   Alaaa, banyaknya!

   Dalam ketidakrelaan, sehelai kertas tersebut diambil sebelum dibaca. Demi sesuap nasi, aku rela! Bisiknya di dalam hati.

Continue Reading

You'll Also Like

474K 19.4K 55
Naura Melyssa | Haris Zufran Naura Melyssa seorang wanita yang kaya dan agak sombong. Di kala umurnya mencecah 24 tahun dia dipaksa berkahwin dengan...
732K 5.8K 10
3rd story ๐Ÿ’› Berkahwin dengan sepupu? Tak pernah terlintas langsung dalam fikiran Dayana Aleesa. Apatah lagi dengan abang sepupunya yang agak pendiam...
2.2M 86.1K 57
(Fully Completedโœ”) Sleeping Prince Love@Novel Ke-2 @Chocolyn@WATTPAD Nurul Zyara Qairah- Sejak berusia lapan tahun, dia sudah diduga pahit kehidupan...
33.5K 3.3K 46
Book 2 (Masih edit dan tak digalakkan baca kerana cringe) 8 tahun yang lepas Nama aku Khalif. Bekas pelajar agama tapi makin lama makin terpesong dan...