SAPTA ADHYASTA

By mynameismas

14.7K 2.1K 1.2K

Tatkala kemurnian jiwa manusia hilang dek dendam dan serakah maka perjanjian dengan Sang Terkutuk pasti akan... More

-1-
-2-
-3-
-4-
-5-
-6-
-7-
-8-
-9-
-10-
-11-
-12-
-13-
-14-
-15-
-16-
-17-
-18-
-19-
-20-
-21-
-22-
-23-
-24-
-25-
-26-
-27-
-28-
- 29-
-30-
-31-
-32-
-33-
-34-
- 35-
-36-
- 37-
-38-
-39-
-40-
- 41-
-43-
-44-
-45-
-46-
-47-
-48-
-EPILOG-
-SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG-
-WALANG KESUMA-

- 42-

191 29 23
By mynameismas

PUSAT PERUBATAN AL-QUDS

" Assalamualaikum..."

Demi mendengar salam tersebut ditujukan kepadanya,selajur dia menoleh dia pantas bangkit dari sofa panjang yang didudukinya sejak hampir lima belas minit tadi.Hari sebenarnya terbilang agak panas dengan sinar matahari yang condong sepenggalah tersebut menerobos melalui dinding kaca yang jernih lalu bertembung pula dengan dingin hawa dari pendingin hawa di atas siling,suasana sekitar ruangan lobi terasa lebih nyaman dan dingin.

Ruang lobi Pusat Perubatan Al-Quds tersebut hampir lengang kerana waktu melawat hanya akan bermula sekitar jam dua belas tengah hari.Hanya ada kelibat para petugas kebersihan yang cuba menyudahkan pekerjaan mereka masing-masing.Tanaman hijau renek yang ditata kemas tegak dalam limpahan sinar matahari di tepi dinding kaca sedangkan kawasan letak kereta juga tidak terlalu sesak seperti pada waktu puncak.

" Walaikumsalam.."

" Ustaz Fahri?"

 " Ah,iya." Pantas dia menganggukkan kepala lalu melontarkan sebingkai senyuman."Saya Fahri.."

Lembut dan takzim sekali pemuda itu menyambut jabat daripada tiga susuk tubuh yang kelihatan hampir sebaya tersebut dan ketika tatapannya hinggap sekilas kepada wajah yang dibingkaikan dengan kerudung labuh hitam ,dia mengangguk sekilas lalu memalingkan wajahnya perlahan-lahan.

" Ustaz Fahri yang telefon saya semalam?"

Mendengar persoalan daripada lelaki separuh usia yang menyarung batik warna gelap itu,pemuda tersebut pantas tersenyum.Menghulur genggaman kejap sebagai tata karama dan santun kepada seseorang yang jauh lebih berusia daripadanya.

" Pakcik boleh panggil saya Fahri sahaja.Gelaran ustaz tu terlalu berat untuk saya pikul."

"Baiklah,Fahri." Salah seorang daripada tiga lelaki tersebut mencelah dan mengambil tempat duduk di hadapan pemuda itu." Ada apa Fahri cari pakcik?"

Sesiapa sahaja pasti akan tersilap memanggil pemuda itu sebagai ustaz demi melihat tampangnya ketika itu.Susuk lampainya disamarkan oleh jubah putih yang membungkus tubuhnya dan jatuh elok sedang muat pada rangka bahu yang tegap landai.

Walaupun tidak melilit kepalanya dengan menggunakan serban namun serkupan kopiah putih serta raut wajah teduh setiap kali dia tersenyum itu sudah cukup membiaskan nuansa nyaman dan menyenangkan jika memandanginya walau hanya beberapa detik.

Sinar mata yang tidak tajam tetapi tenang dengan sepasang kening melintang tebal dan rapi.Lalu wajah bersih serta lekuk yang melintang panjang pada kedua-dua pipinya setiap kali dia tersenyum.

" Maaf kalau apa yang bakal kita tanyakan nanti akan menyinggung pakcik dan makcik.Apa benar kita sedang bercakap dengan waris kepada pesakit yang sedang berada di dalam wad ICU-HDW bilik nombor 8?"

Sekilas lima pasang mata tersebut saling bertukar pandang sesama mereka sebelum akhirnya lambat-lambat menganggukkan kepala.

" Saya Zamihan.Ayah kepada Indah.Dan ini ayah saya,Daeng Idris."

" Saya pula Sallehuddin ayah Naufal."

"Dan ini pasti merupakan ayah dan ibu kepada Nik Aizuddin? Betul?"

ibu jari berkuku pendek dan bersih itu menunding sopan kepada pasangan suami-isteri yang sejak dari tadi hanya mendiamkan diri dan hanya mencelah sekali dua.

"Maafkan kita.Ada hal yang perlu kita tanyakan dan kerana itu kita berusaha untuk mendapatkan nombor telefon pakcik dan makcik."

Daeng Idris yang lebih mesra dikenali sebagai Pakchu Deris itu menatap dalam-dalam wajah teduh tersebut tanpa berkedip.Bukan soal dari mana dia mendapatkan nombor telefon mereka yang menjadi punca persoalan di dalam benaknya kini tetapi dari gaya pemuda itu menyusun kata.Tampak sangat berhati-hati seperti ada sesuatu tergantung pada lidahnya yang terlalu berat untuk diperkatakan.

Firasatnya tentang Fahri sangat aneh."Katakan." Pakchu Deris menatap tajam wajah pemuda tersebut.

" Kalau boleh kita tahu apa sebenarnya yang berlaku kepada Indah,Nik dan Naufal?"

" Kemalangan." Sallehudin menjawab setelah mengerling raut wajah Pakchu Deris di sebelahnya. " Ketika dalam perjalanan ke kampung."

"Indah juga." Pakchu Deris semakin mengernyit aneh menatap kerut yang mendadak muncul pada dahi pemuda itu.

" Tragedi helikopter terhempas.Dua bulan lalu."

Ayah kepada Nik pula mencelah lalu suasana hening beberapa ketika dan perbualan mereka tentang hal tersebut mati begitu sahaja.Hanya deruan pendingin hawa memasuki relung pendengaran masing-masing.

" Sekali lagi kita minta maaf pakcik dan makcik.Kalau boleh kita tahu apa pakcik dan makcik memang saling kenal antara satu sama lain sebelum ini?"

" Bukan kerabat dekat tapi memang saling kenal kerana keluarga kami memang bersahabat sejak dari dulu lagi.Mungkin lebih lama daripada itu.Kenapa Fahri tanya?"

Geseran ibu jari pemuda tersebut pada sendi jari telunjuk kanannya semakin rapat dan sekali imbas sahaja pakchu Deris tahu ia bukan sekadar pergerakan kosong melainkan pergerakan tanpa sedar yang menyerupai gerak ketika jari-jemari menggolekkan butir-butir biji tasbih.

" Maaf kalau kita katakan pakcik.Tetapi besar firasat kita mengatakan bahawa mereka bertiga sedang berkelana di alam sebalik hijab mata kasar."

Tanpa sedar Pakchu Deris menggumamkan takbir sementara Sallehuddin dan pasangan suami-isteri yang merupakan ibu bapa kepada Nik Aizuddin tersebut terkedu.Pertanyaan yang menyangkut di dalam kerongkong mereka tidak terluah ketika sepasang mata teduh milik pemuda itu merayapi pandangan mereka satu persatu.Hanya menatap Fahri dengan mata yang terbuntang.

Ketika jari telunjuk dan ibu jari Pakchu Deris hinggap pada kedua-dua pelipisnya yang mendadak terasa berdenyut mendengarkan kata-kata pemuda tersebut,Sallehuddin sudah bingkas bangun mengepal penumbuk.

Jika bukan kerana menghormati Pakchu Deris yang paling berusia antara mereka,tidak teragak-agak dia mahu menarik kolar berkancing rapat yang dikenakan pemuda tersebut.Zamihan menghela nafas kasar melalui satu dengusan menandakan dia jelas tidak berkenan dengan apa yang dikatakan oleh pemuda tersebut.

" Maafkan pakcik,Fahri.Apa Fahri tidak merasakan kata-kata Fahri itu kedengaran sedikit kasar?" Kening Sallehuddin sudah melintang tegang di tengah dahi.

" Bukankah doktor juga mengatakan bahawa tanda-tanda vital mereka tidak mempunyai masalah? Lalu apa yang menghalang mereka untuk tersedar dari koma? "

" Apa yang membuatkan Fahri berani mengatakan hal ini kepada kami?"

" Saya tidak ada niat lain pakcik.Saya risau jika mereka tidak segera dikejutkan,mereka akan terus berkelana dalam perjalanan yang tidak berpenghujung di alam sana."

Mata jernih anak muda itu menatap bingkai wajah Pakchu Deris dalam-dalam.Entah mengapa ada firasat halus yang meresapi nalurinya sebaik sahaja melihat susuk tubuh lelaki yang satu itu.Ada sesuatu yang tidak dapat dijelaskannya dengan perkataan.

Fahri sebenarnya tidak berbohong tentang hal tersebut.Entah bagaimana dia menjelaskan dengan perkataan yang mudah agar dia tidak dianggap sebagai pemuda kurang siuman.Sekali,dua kali malahan ketika dia sengaja mengheret langkahnya lambat-lambat melalui pintu bertaut rapat dengan dilabelkan sebagai bilik 8 di wad ICU-HDW itu dia tetap merasakan bulu romanya meremang tidak terkawal.

Segalanya mulai semakin mengganggu ketika ada mimpi aneh yang menyelinap hampir setiap malam.Ketika kelibat seorang wanita dan dua orang lelaki itu muncul dalam mimpinya,dia sempat menganggap itu hanyalah bunga tidur semata-mata tetapi apabila mimpi tersebut tetap juga berulang ketika dia terlelap seketika di atas hamparan sejadah selepas menyudahkan rutin Qiamulail sementara menunggu azan Subuh berkumandang.Fahri tahu ada sesuatu yang sedang berlaku !

Maka ketika mereka menatapnya seakan-akan dia sedang mengatakan sesuatu yang sangat tidak masuk akal,dia tidak terkejut sedikit pun.Dari awal lagi dia sudah menduganya.Letakkan sesiapa sahaja di tempat mereka ketika itu. Bayangkan tiba-tiba sahaja seseorang yang tidak dikenali mengkhabarkan hal sedikit tidak masuk akal begitu.Bahawa anak mereka yang sedang berada dalam keadaan koma sebenarnya sedang berada di alam lain .Berkelana entah di mana! Apa masuk akalkah?

" Ada sesuatu yang Fahri perlu tahu."

 Fahri menoleh sekali lagi dan tatkala susuk tubuh yang baru dikenalinya sebagai Pakchu Deris itu muncul semula di hadapannya,cepat-cepat dia berdiri.

Dalam kalangan mereka yang datang menemuinya pagi itu,entah mengapa aura yang dirasakannya daripada susuk lelaki dalam akhir lima puluhan itu berlainan sekali.Wajahnya bersih dengan sisa susuk kekar dari zaman mudanya masih jelas kelihatan.Tatapan mata lelaki itu tajam dan mendatangkan rasa gementar jika ditentang pandang.

" Indah sebenarnya terlibat dengan kemalangan ketika dalam perjalanan menemui pakcik.Dan kami sudah bersetuju untuk menutup semula indera keenamnya"

Sungguh terasa tengkuk Fahri menengang sebaik sahaja lelaki tersebut mengakui sesuatu yang sepertinya sudah boleh diduga secara samar-samar olehnya.

" Maksud pakcik?"

" Cucu pakcik sebenarnya seorang anak indigo,Fahri.Kami sudah cuba berkali-kali untuk menutup indera keenam Indah tetapi ia tetap berulang semula."

Fahri menghela nafasnya berat " Maha Suci Allah yang menciptakan seluruh alam."

" Satu lagi.." Pakchu Deris kembali menatap wajah Fahri dalam-dalam ." Pakcik rasa segala yang berlaku memang mempunyai kaitan dengan Sapta Adhyasta."

" Sapta Adhyasta?"

" Bukankah pakcik mengatakan bahawa keluarga kami bersahabat entah sejak bila?.Daripada apa yang pakcik dengar melalui cerita lisan orang tua pakcik,lama dulu keluarga kami terkait dengan sesuatu yang dinamakan Sapta Adhyasta.Sesuatu tentang menangkap dan mengurung semula Kasturi ataupun Mumbala,si pelaku onar yang banyak mendatangkan kerosakan.Pakcik sendiri sempat menganggap hal tersebut hanya merupakan suatu mitos yang tidak berasas tetapi dengan kejadian yang menimpa Indah,Naufal juga Nik dalam selang masa hampir serentak membuatkan pakcik menyedari hal Sapta Adhyasta sememangnya wujud.Hanya sahaja pakcik tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk mengatakan hal tersebut kepada yang lain-lain."

" Pakcik.." Fahri jeda sebentar sebelum menyeluruhi bingkai wajah lelaki yang satu itu " Demi Allah mudah-mudahan sahaja telahan kita tidak benar.Kita merasakan bahawa kemalangan yang melibatkan Indah,Naufal dan Nik bukanlah berlaku secara kebetulan melainkan ia berkaitan dengan Sapta Adhyasta."

" Fahri,bagaimana jika..."sinar mata Pakchu Deris mengerjap ngeri.

" Mereka terlempar ke alam sebelah disebabkan oleh kaitan keluarga pakcik dengan..."

" Sapta Adhyasta!"

+             +           +

Continue Reading

You'll Also Like

32.5K 685 24
Tya tidak sangka walaupun sudah hampir 2 tahun dia mendirikan mahligai indah bersama Nadzhan, suami itu masih dibayangi cinta pertamanya, Ain Nabehah...
166K 10K 55
- KEKASIH IMPIAN - Mencari seorang hero untuk seorang gadis bernama Liyyan Lashira yang keras kepala, tidak menyabar dan suka bertindak sendiri. Enta...
291K 1K 8
Kisah rekaan. Nasib malang menimpa Fyra Amira apabila rumah nya dimasuki seseorang.
Kampungku By

Fantasy

115K 516 8
Aktiviti Kemasyarakatan Dikampung Sangat Harmoni Dengan Kerjasama Penduduk Setempat Dalam Berbagai Perkara Yang Dilakukan Bersama-Sama Diatas Semanga...