WILDAN โœ“

De novday

181K 12K 1.3K

Genre: Romance, action, mystery Language: Bahasa Melayu/Malay Status: Completed . ๐“๐จ ๐ญ๐ก๐ž ๐ฆ๐š๐ง ๐ฐ๐ก๐จ... Mais

SINOPSIS
โ PROLOG โž
WILDAN | 01
WILDAN | 02
WILDAN | 03
WILDAN | 04
WILDAN | 05
WILDAN | 06
WILDAN | 07
WILDAN | 08
WILDAN | 09
WILDAN | 10
WILDAN | 11
WILDAN | 12
WILDAN | 13
WILDAN | 14
WILDAN | 15
WILDAN | 16
WILDAN | 17
WILDAN | 18
WILDAN | 19
WILDAN | 20
WILDAN | 21
WILDAN | 22
WILDAN | 23
WILDAN | 24
WILDAN | 26
WILDAN | 27
WILDAN | 28
WILDAN | 29
WILDAN | 30
WILDAN | 31
WILDAN | 32
WILDAN | 33
WILDAN | 34
WILDAN | 35
WILDAN | 36
WILDAN | 37
WILDAN | 38
WILDAN | 39
WILDAN | 40
WILDAN | 41
WILDAN | 42
WILDAN | 43
WILDAN | 44
WILDAN | 45
WILDAN | 46
WILDAN | 47
WILDAN | 48
WILDAN | 49
WILDAN | 50
WILDAN | 51
WILDAN | 52
WILDAN | 53
WILDAN | 54
WILDAN | 55
WILDAN | 56
WILDAN | 57
WILDAN | 58
WILDAN | 59
WILDAN | 60
WILDAN | 61
WILDAN | 62
WILDAN | 63
WILDAN | 64
WILDAN | 65
WILDAN | 66
WILDAN | 67
WILDAN | 68
WILDAN | 69
โ™ก
WILDAN | 70
โ EPILOG โž
Q&A
AX801

WILDAN | 25

2.1K 154 14
De novday

[Attention: Any incidents/situation stated in this chapter is from author's imagination only. Do not relate with real places and stories.]

   Pagi itu, selepas makan, Alisa dan lelaki bertopeng yang masih belum diketahui namanya itu menyambung balik perjalanan mereka. Sarapan mereka pagi itu hanyalah biskut dan roti. Air pula mereka hanya minum air kosong.

   Masih di tempat sama. Mereka berhenti di persimpangan yang ditemui semalam. Kali ini, lelaki bertopeng itu lebih yakin untuk memilih jalan mana yang akan mereka lalui.

   "Kita go straight. Kiri nampak macam dah lama tak digunakan," putusnya. Laluan kiri itu walaupun masih boleh dilalui, namun ada ranting-ranting kayu yang merentasi kawasan itu. Firasatnya juga mengatakan mereka perlu mengambil jalan yang lurus di hadapan mereka.

   Alisa mengangguk tanpa membalas apa-apa. Dia masih malu selepas peristiwa semalam.


   Mereka bersiap untuk tidur selepas makan malam. Menu makan malam mereka hanyalah roti kosong dan air mineral. Tapi itu sudah cukup bagi Alisa. Dapat makan pun dia dah bersyukur sangat. Bukan senang nak dapat makanan di tengah hutan macam ni.

   Alisa sedang bersiap-siap untuk tidur semasa dia ternampak lelaki bertopeng itu tidur dengan beralaskan lengan. Baru dia perasan lelaki itu tidak mempunyai alas kepala. Rasa bersalah kerana sepatutnya tempat tidurnya yang selesa ini jadi tempat tidur lelaki itu.

   "Tak sakit tengkuk ke tidur macam tu?" Tanyanya.

   Lelaki itu berpaling. "It's okay. I'm used to it. Dah biasa tidur macam ni kalau pergi camping," jawabnya.

   Alisa hanya diam. Seketika kemudian dia bangun dan mengambil sejadah yang disangkut pada batang buluh. Batang buluh itu dijadikan ampaian sementara. Sejadah itu dilipat tebal-tebal sebelum dia duduk di tepi tempat tidur lelaki itu.

   "Kau buat apa ni?" Tanya lelaki itu, aneh. Dari tadi matanya mengikut saja ke mana Alisa pergi sehinggalah tiba-tiba bertinggung di sebelahnya.

   Alisa hanya tersenyum sebelum membalas. "Angkat kepala awak," katanya.

   "Hah?" Dia tak faham.

   "Angkat kepala awak kejap," ulang Alisa tetapi lebih kuat.

   Lelaki itu pun mengangkat kepalanya. Alisa segera meletakkan lipatan sejadah tadi di tempat kepalanya. Sejadah itu ditepuk-tepuk untuk menghilangkan debu.

   Lelaki itu tak terus baring sebaliknya bangun dan duduk bersila. Alisa pula terundur ke belakang kerana jarak mereka yang terlalu rapat. Hampir saja dia terbalik ke belakang kalau bukan lelaki itu yang menarik lengannya.

   Alisa membetulkan bajunya sebelum bangun dan kembali ke tempat tidurnya. Kaki dilipat untuk membentuk sila. Dia masih belum mengantuk.

   "Tidurlah," kata lelaki itu bila melihat Alisa bersila di atas tempat tidur itu.

   "Tak boleh tidur," jawab Alisa jujur. Dia belum mengantuk walaupun badannya rasa sangat penat.

   "Mind to tell me why?"

   Nafas dihelanya kasar sebelum menjawab.

   "Thinking about my family. Risau ke? Takut ke? And paling penting, apa nasib kita? Will both of us be safe?" Luah Alisa. Matanya merenung langit yang kosong tanpa bintang. Tiada pokok di kawasan itu, jadi mereka boleh melihat langit malam dengan jelas.

   Lelaki itu turut mengangkat pandangan ke langit. Gelap tapi memenangkan. Dark yet calming. Itu apa yang dia nampak, dan dia rasa.

   "I don't know. Tapi aku janji aku akan usaha cari jalan keluar untuk kita. Kalau bukan untuk kita pun, at least..," Alisa di sebelahnya dikerling sejenak. "...untuk kau. Itu pun dah cukup," sambungnya.

   Alisa berpaling. Lelaki itu masih memandang langit. Namun pandangan matanya itu, dapat Alisa baca. Ada ketegasan di situ. Menunjukkan dia serius dengan apa yang diperkatakan.

   "Why?" Tanya Alisa, separuh berbisik.

   "Why? Maksud kau?" Tanya lelaki itu semula. Dia tak faham.

   "Kenapa awak sanggup buat semua ni? Bahayakan nyawa awak untuk selamatkan saya. Walaupun kita tak pernah kenal sebelum ni?" Tanya Alisa namun dengan lebih jelas.

   Lelaki itu tersenyap. Kepalanya ditundukkan ke bawah. Bibirnya digigit. Mencari ayat yang sesuai.

   Tell her the truth? No!

   Or at least, not yet.

   "Just...aku buat apa yang aku rasa aku nak buat," jawabnya selepas hampir beberapa minit berdiam diri.

   "And apa yang aku rasa aku perlu buat," sambungnya. Rumput di tepi timbunan daun yang menjadi tempat tidurnya dicabut sebelum digenggam. Alisa masih tidak berpuas hati dengan jawapan itu namun dia tidak mahu memaksa.

   Apa maksud lelaki itu? Apa yang dia rasa dia perlu buat? Selamatkan Alisa? Tapi kenapa?

   Namun persoalan hanya tinggal persoalan. Alisa tidak rasa lelaki itu akan menjawab soalannya.

   Akhirnya mereka sama-sama senyap tidak bersuara. Hanya kedengaran bunyi cengkerik yang bersahutan ketika itu. Sama-sama menikmati ketenangan dan keselesaan dalam suasana yang hening itu.

   "Awak," panggil Alisa memecahkan kesunyian.

   "Yes?" Sahut lelaki itu. Kepalanya ditolehkan ke arah kiri, tempat di mana Alisa sedang merenungnya tepat.

   "Can I ask you another questions?" Pintanya.

   "Go on." Badannya dikalih agar menghadap Alisa. Lutut diangkat lalu dipeluk. Bersedia untuk menjawab soalan Alisa.

   "Macam mana awak boleh muncul dan selamatkan saya? Macam mana awak tahu saya kena culik? How do you spot me? And why do you look so prepared? I mean, dengan segala kelengkapan untuk masuk hutan ni, I don't think this is a coincidence," Berasak-asak soalan diutarakan. Dia cuma mahu tahu bagaimana lelaki ini boleh muncul dan menyelamatkannya. Di atas kapal pula tu!

   "You thought I planned all of this?" Menaik suara lelaki itu. Marah apabila dituduh sebegitu rupa.

   "No! Saya tak cakap macam tu pun," jelas Alisa. Tak pernah walau sekali dia fikir ini rancangan lelaki itu. She trusts him.

   "Then?"

   "Just tell me the whole story that I should know," jelas Alisa.

   "From where? Dari permulaan kau diculik? Atau sebelum tu lagi?" Tanya lelaki itu.

   "What do you mean by 'sebelum tu lagi'?"

   Senyap. Sangat lama sehingga Alisa lelah untuk menunggu. Keluhan dilepaskan. Dia tahu bukan semudah itu untuknya mendapatkan jawapan. Lagipun lelaki ini sangat perahsia. Mukanya pun tidak ditunjukkan apatah lagi perkara yang tak boleh dilihat dengan mata kasar.

   "Kau percayakan aku?"

   Baru sahaja mahu berbaring, telinganya menangkap soalan itu. Perlahan tetapi tegas.

   Matanya diangkat kembali ke arah lelaki itu. Sepasang mata gelap itu kelihatan bercahaya. Seperti ada satu pengharapan yang tinggi di sebaliknya.

   Membuatkan Alisa terkedu. Lelaki itu, seperti berharap dia percaya akannya.

  "Very."

   Mudah jawapan Alisa. Mungkin dia tak patut percayakan seorang lelaki sampai begitu sekali, namun entah kenapa dia selesa dan rasa sangat selamat apabila berada dengan lelaki itu.

   Mata hitam itu nampak bersinar. Alisa tersenyum. Dia tahu lelaki itu sedang tersenyum. Betapa dia harap dia dapat melihat senyuman itu.

   "Then jangan tanya aku macam mana aku boleh muncul on the spot waktu kau kena culik atau macam mana aku tahu kau diculik. Trust me. Can you?" Pintanya.

   Penuh dengan pengharapan.

   Alisa angguk. Kalau itu yang lelaki itu mahu, dia akan tunaikan.

   "Tapi aku boleh jawab satu saja soalan kau dari yang banyak-banyak tu," sambung lelaki itu.

   "Which one?" Tanya Alisa. Banyak soalan yang dia tanya sampai ada yang dia sudah lupa.

   "The 'Why?' one," Balas lelaki itu.

   Alisa berkerut.

   "Awak dah jawab tadi," katanya. Walaupun dia ada masalah mudah lupa namun dia masih ingat jawapan itu.

   "Aku tahu. Tapi aku nak tukar jawapan aku," balas lelaki itu lagi. Lutut yang dipeluk rapat ke dada dilepaskan sebelum dia berbaring menengadah langit.

   Terkelip-kelip mata Alisa. Boleh pula main tukar-tukar jawapan, ya?

   "So..."

   "Since kau percayakan aku, I'll just be honest," kata lelaki itu.

   Dup! Dap! Dup! Dap!

   Oh my! Jantungnya mula berdegup dengan tidak sekata. Entah kenapa rasa berdebar. Rasa sejuk mula menyapa tubuh sedangkan badannya sudah dibalut dengan jaket lelaki itu.

   Lelaki itu tolehkan kepala ke kiri sebelum mengukir senyuman senget.

   "I have feelings for you."


   Alisa menggeleng-gelengkan kepalanya. Susuk badan di hadapannya dipandang nak tak nak sahaja. Malu bila crush confess.

   Tak sangka yang dia rupanya tak bertepuk sebelah tangan. Macam nak melompat gembira semalam tapi macam buang tabiat melompat tengah-tengah hutan. Tengah malam pula tu.

   Punyalah dia speechless semalam sampai terus baring lepas dengar confession lelaki itu semalam.

   Dan pagi ini, boleh pula lelaki itu buat macam tak ada apa yang berlaku semalam.

   As if no confession was admitted last night!

   "Cepatlah!"

   Laungan lelaki yang sudah jauh di hadapan menyedarkannya. Alisa cepat-cepat berlari menuruti langkah kaki lelaki itu. Tak mahu kena tinggal!

Continue lendo

Vocรช tambรฉm vai gostar

1.1M 59.1K 57
#1st series of His Secret Status ; [ COMPLETE ] Pertemuaan antara Zaskia Melania dengan seorang jejaka di lorong madrid bagaikan dejรก vu. Setiap kali...
2.2M 76.4K 52
RE-EDIT SOON! Highest rank #8 in romance (26 june 2017) Start : 3 march 2017, end : 16 april 2017 ( combo book ) โšซBOOK ONE > JASMINN : bahagia dan de...
445K 20.4K 45
[ C O M P L E T E ] " Dia yang aku puja, Dia yang aku mahu " Dia, seorang perempuan yang sangat berbeza perwatakannya. Dia lain, dia tak sam...
862K 114K 61
Seluruh dunia digemparkan dengan kematian beramai-ramai di sebuah feri mewah yang berlabuh di Pulau Jengka. Tiada siapa tahu apa sebabnya. Henry da...