HIS SEÑORITA [Completed✔]

NrlAtkh_19 द्वारा

4.4K 405 63

[Status : Completed] Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya. Itulah pepatah yang saling didengari. Begitu... अधिक

MEET 'HIS SEÑORITA'
PART 1
PART 2
PART 3
PART 4
PART 5
PART 6
PART 7
PART 8
PART 9
PART 10
PART 11
PART 12
PART 13
PART 14
PART 15
PART 16
PART 17
PART 18
PART 19
PART 20
PART 21
PART 22
PART 23
PART 24
PART 26
PART 27 (FINALE)
A POEM FOR YOU
FAREWELL HIS SEÑORITA

PART 25

141 12 4
NrlAtkh_19 द्वारा

Beberapa minggu kemudian...

Tepukan gemuruh kedengaran sebaik sahaja Youra melangkah naik ke atas pentas yang tersedia di tengah-tengah dewan pameran milik Moon Furniture Inc. ini. Bibirnya tidak pernah lekang dengan senyuman sehinggalah dia berdiri di hadapan mikrofon yang disediakan. Dia berdehem dan semerta, suara tepukan tadi menghilang. Semua tetamu yang hadir memberi ruang buat Youra untuk menyampaikan apa yang ingin dia sampaikan.

"Good evening, everyone. First of all, saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada malam ini untuk memeriahkan majlis pelancaran design terbaru dan eksklusif dari Moon Furniture Inc. I would like to thanks to my team that made this happened. Bagi saya, projek kali ini adalah projek palimg bermakna buat saya since saya dah usahakan projek ni sebelum saya menyandang gelaran CEO menggantikan appa saya."

Youra berjeda sekejap dan tepukan kecil kedengaran. Nafas dihela dan ucapannya disambung dengan lancar.

"There's so many things happened when we do this project but gladly, we have a very good team and we manage to overcome all of that. Saya harap rekaan kali ini akan menambat hati tuan-tuan dan puan-puan semua since we all put all of our blood, sweat and tears in it. Thank you so much and enjoy the night and lastly, kami dah boleh terima tempahan mulai sekarang"

Youra mengakhiri ucapannya dan buat kesekian kalinya, dewan itu berkumandang dengan tepukan gemuruh dari semua tetamu yang hadir. Youra memberikan tunduk hormat sebelum akhirnya dia melangkah turun dari pentas dan berjalan menghampiri keluarganya. Sambil itu, sempat dia membalas segala teguran yang dia terima dari tetamu yang berselisih dengannya.

Tiba sahaja dia di meja keluarganya, dia terus dihujani dengan ucapan tahniah dari mereka semua dan dia hanya mampu tersenyum manis dan mengucapkan terima kasih.

"Appa dengan mama tak nak pergi tengok ke furniture design Youra tu?", soal Youra sambil matanya memandang sekilas ke ruang pameran. Bangga dia sekejap bila melihat senyuman para tetamu yang hadir bila meneliti hasil rekaannya.

"Kejap lagilah appa pergi tengok tapi appa tahu. Rekaan Youra pasti the best", terlepas tawa kecil dari mulut Youra bila mendengar pujian tersebut. Bukan selalu dia nak terima pujian dari ayahnya itu.

"Anyway, noona", panggilan Kevin membuatkan perhatian Youra beralih kepada adiknya itu. Kedua keningnya dijongketkan.

"Apa?"

"Nah"

Kevin menghulurkan sekeping sampul berwarna biru muda kepada Youra. Youra mengambutnya dengan kerutan di dahi. Malas ingin bertanya tentang isi kandungan tersebut maka dia sendiri yang membuka sampul itu dan mengeluarkan isinya. Membulat matanya bila dia melihat isi yang merupakan sekeping tiket penerbangan itu.

"Yoongi hyung yang tempahkan tiket tu untuk noona. Dia minta Kevin tolong printkan dan bagi pada noona", jelas Kevin sebelum dia ditanya oleh Youra.

Youra meneliti tiket tersebut. Ianya adalah tiket penerbangan ke Daegu. Lagi mengejutkan bahawa jadual pemerbangan tersebut adalah esok petang. Air liurnya ditelan. Entah kenapa dia rasa berdebar semacam padahal Yoongi sentiasa dirinduinya sepanjang minggu ini. Wajah orang tuanya pula dipandang tapi mereka hanya tersenyum manis. Sedikitpun tidak terkejut seolah-olah sudah mengetahui tentang perkara tersebut.

"Mama dan appa dah tahu dah. Yoongi ada call semalam. Dia nak bawa Laura jumpa keluarga dia", beritahu Puan Moon sekadar menambah rasa terkejut Youra. Wajah Youra terus bertukar pucat bila mendengar tentang itu walaupun dia sudah dapat menebaknya.

"Serious?", soalnya inginkan kepastian. Manalah tahu ini hanya prank semata-mata walaupun ianya adalah mustahil.

"Ya. Sebenarnya dia nak bawa kita semua tapi appa ras, lebih baik Youra dulu yang jumpa diorang. Minta restu dan berkenalan dengan diorang. Ambil hati diorang", jawab Tuan Moon, mengesahkannya.

Setelah itu, Youra jadi terdiam seribu bahasa. Dia gembira tapi dalam masa yang sama, dia takut. Nak marah Yoongi, lelaki tu pula tak ada kat sini. Tak best pula kalau nak memarahi lelaki itu melalui panggilan telefon. Kalau tak pergi sana, rasa biadap pula. Pasti keluarga Yoongi dah maklum akan kedatangannya. Sia-sia je kena senarai hitam nanti dari kena jadikan menantu. Eh?

"Noona pergi jelah. Mengorat anak teruna orang, berani. Takkanlah nak jumpa parents dia pun takut? Berani buat, beranilah tanggung", sampuk Kevin pula dengan selamba dan dia terus menerima panahan mata yang sungguh tajam dari Youra tapi sedikitpun dia tak heran.

"Dia cakap macam orang buat salah pula. Kau mana tahu. Kau budak lagi", marah Youra kepada adiknya itu. Kevin hanya menjongketkan bahunya lalu berdiri dan meninggalkan meja tersebut untuk melihat koleksi kerja keras kakaknya itu.

"Laura janganlah risau. Yoongi kan ada. Pergilah. Mama pun dah suruh Ryu ahjumma untuk pack pakaian Laura. So, Laura boleh relax malam ni. Tenangkan fikiran sebelum bertolak esok. Ok?", pujuk Puan Moon dengan lembut.

Keluhan ringan terlepas dari mulut Youra sebelum dia tersenyum dan mengangguk setuju kepada Puan Moon. Tiket di tangan, kembali dipandangnya. Sekali lagi dia tersenyum. Nampaknya Yoongi dah berjaya berbaik semula dengan keluarganya dan esok, dia bakal bertemu empat mata dengan Yoongi. Sungguh dia rindu sangat dengan lelaki itu sepanjang beberapa minggu ini.

💋💋💋💋💋

Akhirnya! Kini Youra menjejakkan juga kakinya di Lapangan Antarabangsa Daegu. Sambil menyorong beg pakaiannya, dia melangkah mencari kelibat Yoongi di dalam lapangan terbang tersebut. Ke kiri ke kanan matanya melihat sebelum akhirnya terhenti pada sebatang tubuh milik lelaki yang sangat dirinduinya itu. Senyuman terukir di bibirnya. Kelihatan Yoongi juga turut sedang mencari seseorang. Siapa lagi kalau bukan dia yang dicari.

Dengan langkah riang dan senyap, Youra menghampiri Yoongi melalui arah belakang. Sengaja ingin memberi kejutan kepada lelaki itu. Semakin dia hampir, semakin dia cuba memperlahankan langkahnya dan dia berjalan dengan penuh berhati-hati supaya tidak disedari oleh Yoongi. Beg pakaiannya juga turut disorong perlahan-lahan.

Tiba di belakang Yoongi, dia berhenti. Sedaya upaya dia cuma menahan tawanya dari meletus. Rasa kelakar bila lelaki itu masih lagi tidak menyedari keberadaannya di situ padahal dia bukanlah jauh sangat. Kepalanya digelengkan pula melihat sikap malas Yoongi itu. Lelaki itu sepatutnya berjalan ke sana sini untuk mencarinya tapi sebaliknya Yoongi hanya berdiri di satu tempat dan melihat sekeliling. Macamlah dia boleh scan satu lapangan ni.

Tak mahu berlama lagi, Youra mendekati Yoongi lagi dan langsung memeluk erat tubuh lelaki itu dari belakang. Yoongi kelihatan tersentak dan terkejut bila menerima pelukan mengejut itu. Dia cuba menoleh tapi yang dia dapat lihat hanya rambut si empunya yang sedang memeluknya saat ini.

"Youra?", soalnya inginkan kepastian dan bila Youra meleraikan pelukan, cepat-cepat dia memusingkan tubuhnya menghadap wanita itu. Youra tersenyum lebar sambil mendepangkan kedua tangannya.

"Miss me?", soal Youra.

Yoongi akhirnya tersenyum dan memeluk tubuh Youra dengan erat. Youra membalas pelukan lelaki itu sambil kepalanya disandarkan pada dada lelaki itu. Matanya dipejam sambil telinga mendengar degupan jantung Yoongi. Terlepas rindunya pada Yoongi bila berada di dalam pelukan hangat lelaki itu. Yoongi juga sama. Hanya tuhan sahaja tahu betapa dia merindui wanita itu.

"Awak ni memang pemalas kan?", serang Youra setelah pelukan terlerai. Wajah Yoongi dipandang dengan mata yang dipincingkan. Yoongi buat wajah keliru.

"Pemalas? Why?", soalnya tidak mengerti.

"Awak sepatutnya cari saya. Jalan merata tempat. Bukan stay still kat sini dan mata je yang bergerak mencari.", Youra menjawab lalu mencebik. Yoongi tersengih.

"But you still can find me so it's okay", selamba Yoongi berkata membuatkan Youra terkebil-kebil sekejap memandang lelaki itu. Min Yoongi memang. Ada sahaja jawapannya.

"Oklah jom. Family saya dah tunggu awak kat rumah. Diorang tak sabar nak jumpa awak", ajak Yoongi lalu mencapai beg pakaian Youra.

Mendengar kata-kata Yoongi itu, Youra kembali cuak. Yoongi yang baru membuka langkah langsung terbantut bila Youra memegang lengannya. Wajah cuak Youra dipandang dengan kedua kening dijongketkan. Masih tak mengerti perasaan Youra sekarang ini.

"Are you okay?", soalnya dan Youra menggeleng laju.

"Saya takut. Macam mana kalau family awak tak suka saya?", Youra meluahkan rasa risaunya.

Yoongi tersenyum. Dia kembali berdiri menghadap wanita itu dan menyentuh kedua belah bahu Youra. Anak mata Youra ditatapnya dalam. Wajah yang tenang, dikekalkan supaya ianya dapat menenangkan hati Youra sekarang ini.

"They will love you. Trust me. Tenang and just be yourself. Awak juga cakap yang you're a charmer so make them fall for you like you did to me", lembut suara Yoongi melontarkan kata-katanya. Youra mengetap bibirnya. Mula berasa ragu-ragu.

"Tapi.."

"Awak tak payah risau. Saya ada. I'll help you. Okay?"

Youra terdiam sekejap sebelum akhirnya dia mengangguk dan tersenyum nipis. Yoongi tersenyum. Kepala Youra diusapnya lembut lalu jemarinya mencapai jemari milik Youra dan ditaut bersama. Yoongi menggenggam erat tangan Youra itu bagi menyalurkan kekuatan buat Youra.

"Shall we go now?", soalnya dan Youra mengangguk.

"Ok. Jom"

Serentak mereka berdua membuka langkah beriringan keluar dari lapangan terbang tersebut. Youra hanya mengikuti langkah Yoongi sehinggalah mereka berdiri di sebelah sebuah kereta. Mungkin kereta milik keluarga Yoongi sebab inilah kali pertama dia melihat kereta tersebut dan Yoongi datang ke sini dulu pun menggunakan kapal terbang. Bukan memandu.

Yoongi terlebih dahulu menyuruh Youra untuk masuk ke dalam kereta sementara dia memasukkan beg pakaian Youra ke dalam bonet. Kemudian, barulah dia masuk ke tempat pemandu dan memakai tali pinggang keledar. Dia memandang Youra sekilas sebelum mula memandu kereta tersebut pergi dari situ dan sepanjang perjalanan, Youra berusaha untuk cuba menenangkan dirinya.

💋💋💋💋💋

Memang benar kata Yoongi. Dia tak perlu risau sebenarnya. Sia-sia sahaja untuk dia merasa risau sebab kedatangannya di rumah keluarga Yoongi tersangatlah dialu-alukan. Mereka semua menyambutnya dengan baik. Sama ada ibu Yoongi mahupun ayah Yoongi, kedua-dua menyambut baik kehadirannya.

Yoongi sebenarnya turut mempunyai seorang abang tapi sayangnya, dia tidak dapat bertemu dengan abang Yoongi memandangkan dia terpaksa kembali ke Jepun untuk menguruskan perniagaan yang dibukanya di sana beberapa hari yang lepas. Mungkin bukan rezekinya untuk bertemu dengan kesemua ahli keluarga Yoongi hari ini.

"Kenapa family Youra tak datang sekali ke sini?", soal Puan Min. Ketika itu, mereka semua sedang makan malam bersama di meja makan.

"Appa kata, lebih elok kalau saya pergi sini dulu. Berkenalan dengan family Yoongi. Lagipun, appa saya kena gantikan tempat saya sekejap sebab company kitorang baru je release design baru kelmarin. Banyak kerja nak kena buat", jelas Youra dengan santunnya. Puan Min mengangguk-angguk.

"Maknanya. Kami dah kacau jadual kerja Youralah sekarang ni? Minta maaflah. Kami tak tahu"

"No no. Tak apa. Saya ok je. Sepatutnya saya yang minta maaf sebab datang sini dengan tangan kosong. Tak sempat nak beli apa-apa"

"Tapi kamu dah bawa Yoongi balik pada kami. Itupun dah cukup"

Pandangan Youra beralih pada Tuan Min bila lelaki itu bersuara. Tuan Min mempunyai perangai yang serupa dengan Yoongi. Pendiam tapi sangat memahami. Agaknya dari Tuan Min lah, Yoongi belajar untuk ambil berat dalam cara tersendiri. Yoongi yang duduk di sebelah Youra turut mengangkat wajah memandang ayahnya itu. Mata Tuan Min pula hanya terarah pada wajah Youra dengan sneyuman nipisnya.

"Yoongi banyak cerita pasal Youra pada kami dan apa yang kamu cakap tu betul. Ego kami sebagai ornag tua terlalu tinggi walaupun kami sebenarnya dah lama maafkan Yoongi dan rindukan dia. Kalau kamu tak cadangkan dia untuk datang sini dan berjumpa dengan kami, rasanya kami sekeluarga tetap tidak akan bersatu semula. Terima kasih"

Buat pertama kalinya Youra mendengar kata-kata yang sungguh panjang dari Tuan Min dan kata-kata itu membuatkan dia tersenyum gembira. Wajah Yoongi di sebelah dipandangnya dan ternyata lelaki itu turut tersenyum memandangnya. Pandangan mata lelaki itu juga turut menzahirkan betapa dia sangat berterima kasih dengan Youra. Youra kembali memandang Tuan Min.

"Saya cuma jalankan tanggungjawab saya. Yoongi pun sama. Kalau dia tak beri kerjasama, perkara ni pun takkan menjadi", kata Youra merendah diri sekaligus memberi kredit kepada keberanian Yoongi itu. Tuan Min mengangguk-angguk setuju.

"Dahlah. Habiskan makanan tu. Lepastu Youra bolehlah berehat dalam bilik. Esok, Yoongi bawa Youra jalan-jalan kat sini. Banyak tempat yang korang boleh pergi", cantas Puan Min kembali cuba memeriahkan suasana.

Youra ketawa kecil lalu mengangguk dan kembali menghabiskan makanannya. Sambil itu, mereka turut berbual-bual kosong. Berkongsi bermacam cerita namun yang banyak bersuara cumalah Youra dan Puan Min manakala Tuan Min dan Yoongi hanya menyampuk sesekali. Memang bapak borek anak rintik. Sama je perangai. Tak banyak cakap.

💋💋💋💋💋

Ternyata, keluarga Yoongi sentiasa mengingati Yoongi selama ini. Buktinya, masih terdapat sebuah bilik tidur buat Yoongi di dalam rumah ini. Bilik yang sangat selesa dan bersih seolah-olah dijaga dengan rapi dan bilik ini jugalah yang akan menjadi bilik tidur sementara buat Youra semasa dia berada di sini. Yoongi pula akan tidur di dalam bilik abangnya yang tidak berpenghuni.

Dengan selesanya, Youra membaringkan tubuhnya di atas katil empuk milik Yoongi itu dan melepaskan keluhan yang sangat panjang. Dia baru sahaja selesai membersihkan dirinya. Sedap rasa tubuh bila akhirnya dia dapat berbaring dengan minda yang tenang. Tidak perlu lagi rasa risau tentang penerimaan keluarga Yoongi memandangkan dia sudah diterima dengan senang hati oleh mereka semua.

TOK TOK!

Ketukan di pintu kembali membuatkan Youra bangkit. Tanpa berlengah, dia turun dari katil dan melangkah menghampiri pintu bilik Yoongi itu lalu dibuka. Terpampang wajah Yoongi di ruang matanya membuatkan dia sedikit terkejut. Bagaikan dejavu namun mereka kini berada di situasi yang terbalik. Youra pula yang tiba-tiba rasa gemuruh.

"Awak tak tidur lagi?", soalnya sambil mata memandang sekitar luar bilik tersebut. Takut orang tua Yoongi ternampak mereka berdua walaupun dia sebenarnya sedia tahu yang bilik tidur orang tua Yoongi berada di tingkat bawah manakala di atas ini cuma menempatkan bilik Yoongi dan abangnya. Senang cerita, cuma mereka berdua sahaja yang berada di tingkat atas ini.

"Saya nak tidur kat sini", Yoongi dengan selambanya berkata membuatkan Youra membulatkan mata memandang lelaki itu.

Bila Yoongi berura-ura ingin masuk ke dalam bilik tersebut, cepat-cepat Youra mendepangkan tangannya di kiri dan kanan muka pintu. Menghalang Yoongi dari masuk. Langkah Yoongi langsung terbantut dengan tindakan pantas wanita itu. Nasib baik dia sempat membrek. Kalau tak, memang dia akan terlanggar terus tubuh Youra itu.

"Tak boleh. Awak tak boleh tidur sini. Nanti parents awak kata apa pula kalau diorang tahu. Dah elok diorang terima saya, tak pasal-pasal kena reject pula. No. Saya takkan biarkan. Never!", tegas Youra melontarkan kata-katanya. Yoongi berkelip sekali dua dengan wajah bingungnya.

"Haritu masa saya tidur kat rumah parents awak, awak boleh je terjah dan tidur dengan saya. Kenapa saya tak boleh?", soal Yoongi sengaja buat bodoh harini. Sangat tertanya-tanya.

"Whatever it is. No. Awak tak boleh tidur sini. Please, Yoongi ssi"

Youra menyatukan kedua belah tangannya dan jemari digenggam bersama. Gaya merayu dengan wajah yang penuh berharap. Tak lepas matanya merenung Yoongi. Berharap agar lelaki itu dapat memahaminya. Yoongi diam buat beberapa minit sebelum akhirnya dia ketawa kecil. Youra pula yang kebingungan kali ini. Dah kenapa?

"Now you know what I feel bila saya kat rumah awak haritu. Takut kan?"

Ternganga Youra bila mendengar kata-kata Yoongi itu. Dia dah terkena ke apa sekarang ni? Yoongi pula tersenyum. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar yang dipakainya.

"Saya sebenarnya cuma nak datang ambil laptop je. Bukannya betul-betul nak tidur sini. Saya bukan macam awak. Ikut suka hati awak je. Main terjah tidur dengan orang", jelas Yoongi sempat lagi mengungkit akan tindakan Youra yang sudah lama berlalu itu.

Youra akhirnya mengangguk faham dan tersengih. Baru dia faham tentang perasaan yang dialami oleh Yoongi hari itu. Memang dia betul-betul takut tadi. Sudahlah semua bilik tidur di rumah ini berada di tingkat atas. Buatnya orang tua Yoongi tiba-tiba keluar dari bilik dan ternampak Yoongi keluar atau masuk dari situ, tak ke dia akan tinggalkan tanggapan buruk kepada mereka nanti.

Yoongi tersenyum dan bila Youra meninggalkan sedikit ruang di muka pintu tersebut, dia melangkah masuk dan menghampiri meja studinya. Komputer riba miliknya yang tersadai di situ, dicapai. Begitu juga dengan headphone dan mini keyboard miliknya. Nak buat muziklah tu. Selesai mencapai kesemuanya, dia pun melangkah keluar dari bilik itu semula dan berdiri menghadap Youra di muka pintu tersebut. Wajah Youra yang sedang tersenyum ke arahnya itu, dipandang.

"I know, making music is your passion tapi jalan lewat tidur tau.", pesan Youra dengan tegasnya.

Yoongi hanya ketawa kecil sambil mengepitkan komputer riba dan keyboardnya pada sisi tubuh dan lengannya dan jemari menggenggam headphone miliknya. Pegangan turut dikemaskan.

"Saya tahulah. Tak payah risau sangat. Saya memang jenis yang tidur awal"

"Good then. Selamat malam and jangan lupa mimpikan saya tau", tanpa segan silu, Youra tersengih sambil mengenyitkan matanya kepada Yoongi dan sekali lagi dia membuatkan lelaki itu ketawa kecil. Suka dia bila melihat tawa Yoongi itu. Nampak comel bila sekali dengan gusi atas dia boleh nampak. Mata lelaki itu pula mengecil.

"Awak pun sama. Rehat. Saya masuk bilik dulu"

"Kejap!"

Terbantut niat Yoongi ingin membuka langkah bila Youra bersuara menghalangnya pergi. Kedua keningnya dijongketkan bagi menyoal wanita itu. Manalah tahu Youra perlukan apa-apa darinya memandangkan wanita itu masih berasa canggung di sini.

Penat memegang peralatan di tangannya yang mula terasa berat, dia letakkan sekejap di atas meja perhiasan yang terletak di sebelah pintu biliknya itu. Kemudian, dia kembali tegakkan tubuhnya di hadapan Youra namun sejurus selepas itu, kolar baju tidur hitam yang dipakainya ditarik Youra membuatkan dia yang rasa terkejut itu, terus sahaja terdorong ke hadapan wajahnya menghampiri Youra. Lagi bertambah terkejut bila dia menerima kucupan ringkas dari wanita itu. Cepat dan tepat sebelum kolarnya kembali dilepaskan Youra.

Terkebil-kebil matanya memandang Youra yang hanya tersenyum itu dengan tubuhnya yang masih terbongkok sedikit. Otak cuba mencerna. Adakah Youra baru sahaja memberi kucupan menejut kepadanya seperti yang selalu dia lakukan kepada wanita itu? Inikah perasaan Youra bila dia melakukannya? Jujur dia rasa terkejut dan tak puas hati.

"Now you feel what I felt", Youra bersuara dalam senyuman kemenangan.

Lambat-lambat, Yoongi akhirnya ketawa tak percaya sebelum akhirnya dia tersenyum senget. Sebelah tangannya memegang muka pintu sebelah kiri pintu biliknya sambil matanya merenung dalam anak mata Youra. Tubuhnya dibongkokkan lagi agar paras wajah mereka sama. Renungan lembutnya mula berubah sedikit demi sedikit.

Youra yang melihat renungan Yoongi itu menjadi tak tentu arah seketika. Senyumannya tadi memudar dan tanpa sedar dia menelan air liurnya. Nampaknya dia dah tertekan satu suis dalam diri Yoongi yang dia tak patut tekan. Matanya berkelip sekali dua dan bila sebelah lagi tangan Yoongi mengusap lembut wajahnya, nafasnya langsung terhenti. Sungguh berbeza sekali haba yang dia terima dari sentuhan lelaki itu kali ini. Pun begitu, matanya tetap membalas renungan Yoongi.

Lama mata mereka bersabung sebelum akhirnya renungan Yoongi jatuh dari mata terus ke hidung dan akhir sekali ke bibirnya. Yoongi menegakkan sedikit tubuhnya dan melangkah menghampiri Youra sehingga tubuh mereka berdua bersatu. Tangan yang tadinya memegang muka pintu, kini selamat mendarat di pinggang Youra. Tangan yang mengusap pipi Youra pula, turun menyentuh dagu wanita itu. Semua itu dilakukan tanpa sesaatpun pandangannya lari dari bibir Youra itu.

Yoongi menelan air liurnya dan Youra dapat melihat halkum lelaki itu bergerak sebelum dia kembali mendongak memandang wajah Yoongi. Bila dia melihat lelaki itu perlahan-lahan tunduk mendekati wajahnya, dia langsung memejamkan mata dan beberapa saat kemudian, dapat dia rasakan sesuatu menindih lembut bibirnya dan dia tahu, itu adalah bibir milik Yoongi.

Jika sebelum-sebelum ini, Yoongi hanya sekadar melabuhkan bibirnya di situ tapi kali ini sangat berbeza bilamana Youra turut memberi refleks untuk membalas kucupan lelaki itu menjadikan ianya semakin dalam. Perlahan-lahan kucupan mereka mula berubah ritma dan tanpa sedar, kaki mereka melangkah masuk ke dalam bilik Yoongi itu dan Yoongi menggunakan kakinya untuk menolak menutup daun pintu bilik tersebut.

Setelah beberapa lama mereka berbalas kucupan, akhirnya bibir mereka terlerai dan masing-masing tercungap-cungap mengambil nafas. Pun begitu, dahi mereka masih bersatu dan kedua tangan Yoongi kini melingkar kemas di sekeliling pinggang Youra manakala Youra menggenggam kedua belah lengan baju tidur lelaki itu. Mata mereka berdua bersatu. Masing-masing memancarkan sesuatu yang sangat hangat.

"Saya tak rasa saya boleh tidur awal malam ni", bisik Yoongi perlahan bila dia sudah mengambil nafasnya.

"Parents awak macam mana?", soal Youra walaupun sebenarnya dia sudah tidak terlalu risau tentang itu sekarang ini. Dia mahukan Yoongi sepertimana lelaki itu mahukan dia sekarang.

"They'll don't know. Diorang takkan ada siang esok since they have to go to the restaurant at early morning", Yoongi menjawab merujuk kepada bisnes restoran turun-temurun yang kini dikendalikan oleh orang tuanya.

"Oh", hanya itu yang keluar dari mulut Youra. Sudah tidak tahu ingin berkata apa lagi. Matanya pula sudah tidak lagi merenung anak pada Yoongi. Sebaliknya jatuh memandang dada lelaki itu.

Yoongi mengemaskan pelukannya. Melihat wajah Youra membuatkan dia perlahan-lahan kembali tersedar dengan apa yang dilakukannya sekarang ini tapi dia tidak ada niat sedikitpun untuk menjauhkan dirinya. Sebaliknya dia menjadi ragu-ragu untuk meneruskannya ataupun tidak kerana dia tidak mahu menyakiti wanita kesayangannya itu.

"I'm sorry.", kata maaf yang tiba-tiba terbit dari bibir Yoongi kembali membuatkan Youra mendongak memandang anak mata lelaki itu. Belum sempat dia bertanya kenapa, Yoongi terlebih dahulu menyambung kata-katanya.

"I shouldn't be doing this to you. Saya tak boleh kawal diri saya sendiri. Saya patut masuk bilik seka..."

Kata-kata Yoongi langsung terhenti apabila Youra melingkarkan kedua tangan pada lehernya. Tak berkelip matanya memandang wajah Youra.

"Finished what you've start and don't left me hanging"

Terukir senyuman di bibir Yoongi bila mendengar kata-kata Youra itu lalu bibirnya kembali memagut kepunyaan Youra. Kucupan panas mereka kembali bersambung sambil kaki mereka perlahan-lahan melangkah mendekati katil dan kucupan mereka sekali lagi terlerai bila Youra membaringkan tubuhnya di situ sambil Yoongi menindih tubuhnya. Mata mereka saling berpandangan buat seketika.

"I love you"

Buat seketika, Youra terpanar. Inilah kali pertama dia mendengar 3 perkataan keramat itu keluar dari mulut Yoongi buatnya. Ditatap dalam anak mata Yoongi dan dia dapat lihat sinar keikhlasan di situ. Yoongi mengungkapkannya dalam keadaan penuh sedar dan bila melihat senyuman manis lelaki itu, ianya lebih meyakinkannya. Bibir Youra mula mengorak senyuman bahagia lalu bersuara membalas luahan Yoongi itu.

"I love you too"

Yoongi melebarkan senyumannya lalu dahi Youra diciumnya lama. Youra memejamkan matanya dengan senyuman dan menikmati ciuman penuh kasih itu. Kemudian ciuman Yoongi turun pada mata, hidung, bibir dan akhir sekali pada lehernya dan saat itu, Youra mula sedar. Mereka takkan berpatah balik lagi. Malam ini menjadi sejarah buat mereka.

BERSAMBUNG...








पढ़ना जारी रखें

आपको ये भी पसंदे आएँगी

13.1K 2.6K 58
"Saya rindukan awak.." "Aku sentiasa ada dengan kau, Haneul. Aku tak pernah jauh dari kau.." "Saya rindu nak tatap wajah awak, saya rindu nak melihat...
615K 51.6K 72
Son Hara, gadis yang berusia 20 tahun itu terpaksa berkahwin dengan seorang lelaki bernama Park Jimin. Namun lelaki itu bukan seorang lelaki biasa. ...
39.3K 2.9K 157
BoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba. Gigabot: Urgh.... BoBoiBo...
1.4M 104K 58
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...