Aku bukan Nainβœ“ (new story +...

By samperitmilo

19.8K 2.1K 838

BOOK #3 of π•±π–—π–Žπ–Šπ–“π–‰π–˜π–π–Žπ–• π•°π–‰π–Žπ–™π–Žπ–”π–“ Genre: Teen fiction Sekuel novel Aku, Iskandar Dzulkarnain ... More

Blurb
Prolog
Banner gallery
1 Bukan Abang
2 Dare
3 Motosikal
4 Rahsia
5 Cincin dia
6 Tawaran
7 Tampar
9 Kerja sekolah
10 Adik angkat
11 Pelanggan pertama
12 Gaji pertama

8 Kerja

987 121 46
By samperitmilo

Kekura tangan tua wanita bergelar ibu disalamnya dalam keadaan terburu-buru. Kelibat sang ayah di kerusi meja makan langsung tidak mahu dipandang. Jelingan tidak puas hati ditalakan pada Raudhah apabila nama dipanggil.

"Adik, ibu tak beri lagi duit belanja makan." Berdirinya Raudhah memandang Salahuddin lembut. Tangannya masih dilap pada kain seusai membasuh kuali bekas gorengan nasi.

"Tak payah," jawab Salahuddin. Wajahnya ketat dan tidak berminat dengan huluran sekeping duit kertas berwarna merah. Remaja lelaki itu mendengus kegeraman tatkala Raudhah mengikuti langkahnya ke ruang tamu. Dia mempercepatkan pergerakan kasut disarung tergesa-gesa.

Salahuddin memalingkan muka. Tangannya ditangkap wanita setengah abad itu. Barangkali tertanya-tanya mengapa si bongsu mencuka di awal pagi Isnin. "Sayang, kenapa ni? Ibu ada buat salah ke?"

Dia dapat merasakan sejuk tangan ibunya yang baru sudah membasuh di singki. Jemari Raudhah dileraikan dari terus mengawal pergelangan tangan kanannya yang kosong tidak berlilitkan jam. Salahuddin mengesat bekas sentuhan Raudhah tadi pada sisi seluar, seakan-akan benci ibunya memegang sesuka hati.

"Adik... Kenapa ni? Beritahu ibu... Ibu ada buat salah pada adik?" Raudhah cuba memujuk hati anaknya.

"Ya. Memang pun ibu buat salah. Semua orang dalam rumah ni buat salah pada adik. Semua benci adik, semua sayang along. Kalau tak nak sayang adik, tak payah lahirkan dari dulu," hambur Salahuddin. Mata hitam mencerlung pada bundar mata sang ibu. Dalam iris tergambar kebencian menjulang pada Iskandar Dzulkarnain.

Kerana Iskandar Dzulkarnain, dia jadi begini. Tak diendahkan malah diberi penampar percuma. Pijar tangan Faizal masih berdenyut rasanya. Suasana ruang tamu rumah diselangi detik-detik sunyi.

"Salahuddin," bisik Raudhah.

"Ibu simpan duit ni." Wang dalam genggaman wanita itu ditolak ke tepi. Adabnya hilang entah ke mana. Dini pagi hari tidak dapat menyejukkan hati yang panas dengan dendam. "Adik boleh cari duit sendiri. Apa ingat along je boleh berdikari? Adik ni jauh lagi hebat daripada along."

Telapak tangan menepuk dada memaksudkan dirinya yang akan jadi jauh lagi hebat berbanding si mati itu.

Di saat orang lain rindu pada Iskandar yang telah mati, Salahuddin berdendam pada abang sendiri. Tidak kisahlah orangnya masih hidup atau pun tidak, sakit ini tidak terubat jua.

Kasut sekolahnya disarung ala kadar. Dengan tali tidak berikat, langkah dibawa laju ke halaman rumah setelah pintu dihempas. Sudah tidak peduli apa reaksi bondanya yang telah menjangkau setengah abad usia namun kena hadap anak kurang ajar seperti ini.

"Aku benci kau, along," getus hatinya. Air mata diseka pantas. "Benci..."

Dia terduduk disebuah pacuan dua rodanya. Air mata dikesat dengan bahu baju. Habis baju putih bertompok basah. Kemudian, barulah Salahuddin sambung mengikat tali kasut. Mata menekur lantai marmar kawasan parkir kereta.

Di manakah puncanya Iskandar begitu disayangi ramai?

Remaja itu pun tidak tahu. Tulang kaki ditegakkan. Debu pada punggung seluar digibas sekali dua.

Barangkali kerana duit. Jika benar arwah Iskandar pernah bekerja sambilan hingga mampu membelikan segalanya sendiri sudah dicop berdikari dan disayangi ramai, Salahuddin seharusnya berbuat begitu juga.

Kunci motosikal dalam genggaman dikerling Salahuddin sekilas. Dia mula menghidupkan enjin motorsikal pemberian Fahim ini. Alangkah baiknya jika tuggangan ini hasil duit sendiri. Tak perlulah ikut syarat yang ditetapkan pemberi.

"Balik sebelum pukul 10 malam. Jangan pergi kawasan bandar, adik takde lesen motor lagi... Hm, ada lagi ni syarat dia. Kalau tak nanti Kak Ika marah abang pula..." Fahim Luth menyenaraikan beberapa janji yang harus ditunaikan si adik ipar sebelum memiliki kenderaan sendiri.

Tawaran Khaifa perihal pekerjaan terlintas di akal fikiran.

Grip motorsikal dipulas remaja lelaki itu. Hati bimbang akan terlanggar perjanjian yang dibuat atas motosikal ini. Pasti Kak Ika akan mengamuk andai terjadinya perkara itu suatu hari nanti, Abang Im pun malas mahu membayar bayaran bulanan hadiah yang telah diberikan.

Kepala Salahuddin runsing dengan pelbagai tekaan. Dia hanya ingin hidup bebas. Biarlah mahu buat apa sekalipun. Kalau punya duit titik peluh sendiri, pasti lagi mudah. Tak perlu khuatir ikut telunjuk orang lain.

"Aku tak nak pun lah makan duit orang. Aku boleh cari duit sendiri dengan tangan aku," kata Salahuddin.

***

Berlagak tenang dalam mendengar deringan loceng sekolah. Sengaja melewat-lewatkan buku yang hendak dimasukkan ke dalam beg galas yang tersangkut di bahu kerusi kayu. Ada sesuatu yang harus dibawa bincang bersama-sama Khaifa.

"Salah, kita jual burger nak? Boleh tambah duit poket," kata Aqil. Idea cetusan buah fikiran hadir di kala pelajar lain sedang sibuk melangkah keluar kelas. Boleh pula dia termenung sendiri.

"Burger?" soal Salahuddin kembali.

"Iya. Tapi untung tak banyaklah... Nak kena keluarkan modal dulu..." sengih Aqil. Pengawas itu tiba-tiba sahaja teringin mahu punya bisnes sendiri. Buku nota diselak ke bahagian tengah. Tika jam terakhir waktu pembelajaran tadi, Aqil telah leka membuat kira-kira barangan yang hendak dibeli. Beberapa senarai barangan seperti roti dan salad tersemat di atas kertas. "Kau jadi rakan bisnes aku. Nak? Nanti kita bahagikan keuntungan..."

"Hm..." Kesungguhan sahabatnya diperhatikan Salahuddin. Salahuddin tahu ada pelbagai rancangan dalam kepala Aqil. Lihatlah pada sinaran mata. "Tengoklah dulu... Aku nak tanya-"

"Tanya Kak Ika?" sambung Aqil. Kenal sungguh perangai Salahuddin ini. Sejak dahulu akan meminta kebenaran Zulaikha sebelum mengambil sebarang tindakan.

"Em, ya..." Rahang yang tidak gatal digaru.

"Aku ada juga bincang dengan kak Ika masa appointment doktor semalam. Kak Ika kata okay je. Asalkan kerja sekolah dah siap." Bangga Aqil dengan kecekapan sendiri.

"Oh, seriuslah? Kak Ika bagi?" Salahuddin tidak berkelip memandang remaja lelaki di sebelahnya.

"Tengok mukalah. Muka aku ni muka dipercayai. Apa yang aku cadangkan mesti Kak Ika terima. Tapi kalau dah nak dekat trial SPM, kak Ika suruh fokus ulangkaji pelajaran. Aku rasa pelan jual burger ni bagus juga. Boleh kita teruskan masa cuti lepas tamat SPM. Ye lah, kan... Sementara tunggu panggilan ke universiti."

"Tapi Qil... Aku tak cakap setuju lagi. Aku kena fikir dulu." Nafas halus dihela. Tawaran itu perlu ditimbang tara. Salahuddin yang sedang sarat dengan lara tamparan Faizal agak sukar memberikan jawapan sekarang ini. Memang pun dia mahu cari wang sendiri dan mula berdikari. Namun, tawaran Khaifa tempoh hari belum lagi dilihat. Apakah itu lebih menguntungkan berbanding cadangan gerai burger Aqil?

"Aku tak paksa. Cuma, aku lagi teruja kalau kau ada sekali. Aku nak luangkan banyak masa dengan kau selagi kita boleh bersama-sama. Risau kalau dah ke menara gading, payah pula nak jumpa," jujur Aqil. Wajahnya berubah gara-gara Salahuddin seperti ingin mengelak. Beberapa buah buku teks disusun rapi ke dalam laci meja belajar.

"Qil... Janganlah merajuk. Aku tengah serabut ni. Semalam ayah aku tampar aku," kata Salahuddin.

"Sebab kau kutuk arwah abang kau?" teka Aqil. Tali beg galasnya dipegang.

"Aku benci keluarga aku. Dorang semua macam tak restu kalau aku dengan kak Huda bercinta. Salah ke? Niat aku baik apa." Hampir ke semua pelajar telah menapak ke koridor kelas untuk pulang ke rumah. Mereka saja yang masih tercegat.

Kepala menggeleng perlahan. Aqil menyimpulkan senyuman. "Tak salah. Sal, jangan bencikan keluarga kau hanya kerana perkara kecil. Kenapa kau tak pernah belajar dari arwah abang kau? Aku tahu aku tak pernah jumpa dia. Tapi aku dapat rasakan dia seorang anak sulung yang baik. Sampaikan nak nikah lepas SPM pun ibu bapa kau restu."

"Aku tak pernah kenal orang yang dah mati." Keras sungguh tembok ego Salahuddin. Makin dipuji sang along, makin tercarik kepingan hati.

"Kau akan kenal melalui mulut orang lain. Abang Im kawan baik along, bukan? Mungkin persahabatan dorang macam aku dan kau. Dah lah, Salahuddin. Jangan merajuk lama-lama. Nanti ibu kau terasa hati pula. Kan aku dah kata, kau je satu-satunya anak lelaki dalam rumah tu? Anak lelaki kena kental sikit." Gepalan penumbuk kanan mengenai lengan sahabatnya. Aqil tahu Salahuddin ini baik budaknya, cuma banyak merajuk saja.

"Hm... Kau sihat? Aku tak sempat nak tanya lagi..." Sentuhan penumbuk itu meleraikan kekusutan yang menyelubungi Salahuddin. Wajah tegang mengendur petang itu. Untung punya sahabat seperti remaja lelaki ini.

"Mana nak sempat nak tanya kalau muka asyik mencuka. Aku nak tegur pun seram sejuk." Pengawas berkemeja biru itu ketawa halus. "Alhamdulillah, aku okay je. Nak balik tak ni?"

"Baguslah..." Anak mata jatuh ke meja belajar. "Aku ada hal sikit dekat perpustakaan. Kau baliklah dulu," bohong Salahuddin.

"Nak aku temankan?" pelawa Aqil.

"Tak payah. Urusan aku mungkin lama. Kau balik dulu. Nanti mak kau cari pula. Nanti aku datang rumah kau lagi untuk siapkan kerja sekolah. Kau baliklah, boleh mandi dan rehat sebelum aku datang." Patah perkataan disusun baik.

Terasa seperti ada yang tidak kena. Aqil meliarkan mata ke sekeliling. Tiada pun figura manusia yang ingin berjumpa dengan rakannya. Masing-masing sibuk ingin pulang ke rumah. "Kalau macam tu... Okay."

"Jumpa nanti," kata remaja lelaki itu. Sebelum Aqil melangkah pergi, dia menyimpulkan sebuah senyuman sebagai bayaran peneman setia.

***

"Nasib baik kau buat pilihan yang bijak. Hampir-hampir je aku nak belasah kawan kau tu. Baru dia rasa langit tinggi ke rendah. Berani sangat nak buat laporan pada cikgu disiplin."

Tempat duduk yang tadi diduduki Aqil diambil Khaifa. Meja belajarnya pula disendeng dua orang pelajar lelaki. Aqil telah lama pergi ke kawasan parkir motor untuk pulang ke rumah.

"Jangan sentuh kawan aku," Salahuddin memberikan amaran. Aqil tidak ada kaitan dalam pilihan yang bakal dibuat. Malah dia tidak mahu Aqil tahu tentang ini. Yakin, keadaan akan bertambah buruk dengan campur tangan sahabatnya.

"Dia sakit ke?" soal Khaifa. Tangan dilingkarkan pada belakang Salahuddin. Sempat juga mencari dengar perihal pertemuan doktor yang asyik disembangkan Aqil.

"Dia sakit ke apa, itu bukan urusan kau. Aku cuma nak tahu tentang tawaran kerja semalam." Lehernya naik rimas lalu lengan Khaifa ditolak ke tepi. Salahuddin berlagak berani meskipun seorang diri bertemu dengan kumpulan Khaifa.

"Oh, kerja." Khaifa buat-buat lupa. Pelipis sendiri dipegang. "Jim, beritahu dia SOP kerja."

"Kerja kau cuma untuk jadi juru audit dan akauntan untuk bisnes kitorang. Aku rasa benda ni kacang je." Hazim selaku orang kanan Khaifa di situ membuka mulut.

"Korang buat bisnes apa?" Salahuddin jadi panasaran.

"Kau tak perlu tahu. Tugas kau hanya terima data dan laporan daripada orang lain," balas Khaifa. Mata sepetnya memandang Salahuddin. "Senang je, kan?"

"Aku nak kira guna apa? Aku cuma ada telefon je." Kerja kira-kira ibarat makan petang sahaja pada Salahuddin. Dia yakin itu kerja yang amat sesuai dengan kebolehan diri. Rasa minatnya bercambah.

"Nanti aku pinjamkan laptop aku. Kerja mula-mula ni mungkin payah sikit sebab kau kena baiki semua kerja tak siap orang yang sebelum ni. Tapi jangan risau, aku bayar kau RM3000 sebulan," kata Khaifa.

"Gaji asas kau RM3000. Tapi mungkin boleh baik kalau perniagaan kita berkembang pesat. Tak termasuk lagi dengan bonus bulanan," tambah Hazim pula.

"Banyak tu... Kau buat bisnes apa sebenarnya?" Iris hitamnya mengembang. Sungguh itu sejumlah duit yang amat banyak buat pelajar sekolah seperti Salahuddin.

"Kan aku dah kata... Aku tolong bisnes ayah aku. Ayah aku kan orang bisnes? Aku ni je baru nak berjinak dalam dunia perniagaan. Kau tak payah pening-pening fikir tentang stok jualan bagai. Itu semua kerja aku dan orang lain." Khaifa tersenyum sahaja. Lagaknya haruslah meyakinkan. "Nak tak? Peluang macam ni datang sekali je seumur hidup."

Samar-samar barang jualan membuatkan Salahuddin terpaksa berfikir dua ke tiga kali. "Tengoklah nanti macam mana. Aku-"

"Kalau kau sertai kami, aku akan bagi lesen perlindungan untuk Aqil. Kau sayang dia, kan? Kau tak tahu ke yang kawan kau tu tak ubah macam anjing cikgu-cikgu. Sibuk nak menyalak bila ada masalah sikit. Ramailah yang menyampah dengan dia. Silap hari bulan tak pasal-pasal kena belasah dalam tandas." Haikal yang tadi menjadi pemerhati mencelah ke dalam perbualan. "Kalau bukan orang lain yang heret dia ke tandas, aku sendiri boleh heret budak kurus tu."

Liur ditelan kesat. Berbelah bahagi andai dicucuk begini. Dia sayangkan Aqil. Menggalas amanah selaku pengawas sekolah amat dibenci Salahuddin. Malas mahu menjadi kaki adu. Namun, lain pula pada pendirian Aqil. Aqil ingin membantu guru-guru mengawal pelajar sekolah bawah peraturan dan undang-undang yang telah termaktub.

Lama Salahuddin menekur meja. Soal duit jatuh pada tangga kedua kerana keselamatan Aqil naik ke aras pertama. "Kalau aku kerja dengan kau... Kau janji akan pastikan Aqil selamat?"

Ramai tak tahu Aqil sakit. Hanya Salahuddin dan Zulaikha sahaja yang tahu.

Jawapan Salahuddin mengoyak senyuman Khaifa. Tidak sangka semudah ini mahu menarik Salahuddin ke dalam kegiatan haram mereka.

"Aku boleh kerja dengan kau. Cuma jangan kacau Aqil. Biar dia jalankan tanggungjawab dia sebagai pengawas sekolah," pinta Salahuddin.

***
votexkomen

***
ok masalahnya Aqil sakit apa sekarang ni? Dia sakit macam Nain ke macam mana.

Continue Reading

You'll Also Like

4.4K 361 35
-Haider Fahreen- Seorang jejaka yang popular di sekolahnya dan handal dalam bermain badminton. Juga bagus dalam akademik dan mendapat Top 1 serta men...
52.7K 3.6K 80
"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a true crush... is that you fall in love firs...
1.6M 76.9K 128
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...
PKP By Tengku Rayyan

Teen Fiction

213K 1.9K 65
Himpunan cerpen khayalan penulis berkenaan warga pelangi dalam mewarnai kehidupan tipu-tipu semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Kepada golongan anti...