•Miss & Missing•

Start from the beginning
                                        

"Ibu tak kisah sayang.. Ibu ikut pilihan anak ibu je" balas ibunya lembut.

"Ok kalau macam tu ibu suka hot coklat jadi bagi hot coklat satu, spaghetti carbonara dua dan bagi saya hot cappuccino satu" ujar Gyehyeon dan akhirnya pandang ke arah siapa yang minta order.

Diam.

Kaku.

Terkejut.

Itulah reaksi Gyehyeon bila tengok siapa yang ambil order tadi. Yang ambil order pun tersenyum puas dengan reaksi Gyehyeon.

"Apa khabar Tuan Muda Jo Gyehyeon selaku CEO Syarikat Diamond Star yang dulu pernah keluar dari rumah sewa tanpa bagitau alasan kenapa keluar dan janji nak balik semula tapi tak balik ii" ujar yang bergelar bos dengan senyum sinisnya pandang Gyehyeon.

Gyehyeon masih terdiam. Dia tengok tag pada baju lelaki tu.

"Bos? Kau.. " ayat Gyehyeon tergantung sekejap.

"Wahh sejak bila dah pandai 'kau aku' pulak dengan yang lebih tua ni.. Sejak bila jadi tak sopan ni !" marah si bos.

Gyehyeon tersedar dan terus bangun peluk lelaki tadi.

Sejak bos marah semua penghuni kafe tengok diorang berdua pelik.

"MINCHAN HYUNG !!" jerit Gyehyeon selepas tersedar dari keterkejutannya.

"Hahaha ingat lagi yea dengan hyung yang paling handsome ni.. Ingatkan dah hilang ingatan dah tadi" balas bos tadi yang sebenarnya Minchan.. Minchan balas pelukan Gyehyeon dengan lembut dan penuh kerinduan.

"Sorry hyung, abis muka hyung sekarang dah lain.. Hyung makin gemuk hehehe" balas Gyehyeon dengan gelak kecil dia tau kejap lagi Minchan akan marah dia dan

1

2

3

"YAHHH JO GYEHYEON TAK ADA ADAB KAMU DENGAN HYUNG SENDIRI" kan betul marah.

"Hahahaha maaf hyung... Saja gurau ii senda kasih sayang abadi" Gyehyeon gelak dan elus dada Minchan untuk tenangkannya.

"Ehh ibu.. Apa khabar? Ingat Minchan lagi tak? Yang paling handsome dalam rumah sewa bahkan lagi handsome dari anak kandung ibu" ujar Minchan kepada ibu Gyehyeon.

Memang member VeriVery dah anggap ibu Gyehyeon macam ibu diorang sendiri sebab setiap 2 minggu sekali ibu Gyehyeon akan datang bawak makan dan barang dapur untuk diorang semua dan terutama sekali untuk anak kesayangannya.

Ibu Gyehyeon yang paling perihatin. Sampaikan Kangmin yang cemas sebab nak exam pun ibu Gyehyeon yang bagi semangat.

Kenapa 2 minggu sekali? Sebab minggu kedua adalah minggu untuk VeriVery spend time sama ii jadi ibu Gyehyeon tak nak ganggu waktu diorang.

Ibu Gyehyeon angguk dengan sopan dan senyum manis.

Gyehyeon?

Plak.

Gyehyeon terus pukul kepala Minchan tanpa dosa. Tu mulut minta kena cili.

"Sakit budak " marah Minchan elus kepalanya sendiri sebab dapat pukulan daripada tangan neraka Gyehyeon.

Siapa je tak kenal dengan pukulan dan tendangan Gyehyeon yang minta ampun silap hari bulan boleh masuk ICU.

"Mulut tu minta kena cili hyung" balas Gyehyeon dengan jelingan tajam.

"Gyehyeon.. Apa buat macam tu dengan hyung sendiri.. Minta maaf sekarang" tegur ibu Gyehyeon dan Gyehyeon pun patuh ajelah.

"Maaf hyung yang tak handsome" ujar Gyehyeon pegang kepala Minchan dengan senyum ejeknya.

Memory || •VeriVery• Where stories live. Discover now