•Miss & Missing•

Start from the beginning
                                        

>>•••<<

"Gye.. " panggil ibunya yang separuh sedar.

Gyehyeon yang masih fokus bawak kereta terkejut dengan ibunya.

"Kenapa bu?"

"Kita dah kat mana? " tanya ibu Gyehyeon pandang ke sekeliling. Ibu Gyehyeon baru bangun tidur. Sepanjang jalan tadi agak bosan sebab dua ii senyap dan dia tau hati anaknya tengah kacau jadi dia lebih pilih untuk tidur.

"Kita dah nak sampai.. Kenapa? Ibu lapar? " tanya Gyehyeon lembut sesekali pandang sisi dan nampak jawapan ibunya yang mengangguk pelan.

"Gye cari kafe atau kedai makan dulu" kali ni fokus Gyehyeon adalah cari kedai makan untuk isi perut. Jujur dia pun lapar tak makan dari tengah hari.

"Gye, tu ada kafe" tunjuk ibu Gyehyeon pada sebuah kafe yang nampak mewah dan menarik.

Gyehyeon terus parking kan keretanya kat kotak parking dan jalan masuk kafe dengan pimpin lembut tangan ibunya tanpa dia tengok nama kafe tu.

Masuk ii je dah ramai mata ii pandang Gyehyeon dan ibunya. Banyak juga suara ii yang diorang berdua dengar.

"Ehh tu bukan ke CEO Syarikat Diamond Star yang terkenal tu.. Siapa nama dia aku lupalah"

"Jo... Jo.. Hah Jo Gyehyeon"

"Wehhh handsomenya dia? Dah kahwin belum ekk"

"Sapa perempuan tu? Nampak macam dah tua"

"Janganlah test dia perempuan tua murung hujung katil aku nanti"

"Wehhh teringin dok nak dekat dengan dia, dahlah handsome, kaya wehh idaman"

Dan banyaklah lagi kata ii yang keluar dari mulut orang yang ada dalam kafe tadi.

Gyehyeon? 'Murah' itu yang Gyehyeon cakap dalam hati.. Dia tetaplah dia.

Ibu Gyehyeon? Rasa macam tak aman ada kat situ. Gyehyeon yang nampak ibunya gelisah terus genggam erat tangan ibu kesayangannya.

"Jangan dengar apa yang diorang cakap bu.. Ibu dengar apa yang Gyehyeon cakap je.. Gyehyeon lebih penting daripada diorang" balas Gyehyeon dengan tekankan dan keraskan perkataan 'ibu'. Memang sengaja tekankan perkataan 'ibu' supaya diorang tak lancang ii nak hina perempuan kesayangannya.

Gyehyeon sengaja pilih tempat duduk yang paling hujung dan tepi tingkap supaya dia dapat lepaskan rindu terhadap ibunya tanpa gangguan.

"Gye, kamu sejak jadi CEO asyik terkenal je.. Ingatkan kamu dah lupa ibu.. Ibu sedih kamu hilang tau tak" ngadu ibu Gyehyeon.

Gyehyeon pegang tangan ibunya yang ada dekat depannya dengan lembut.

"Bu, Gye rindu ibu juga.. Gye dah cuba larikan diri tapi asyik tak dapat" balas Gyehyeon dengan rasa kesal kat lelaki yang buat hidup dia sengsara.

>>•••<<

Sejak bisik ii kan yang keluar tadi, staf ii kafe rasa tak senang dan kebetulan lagi bos diorang pun tengah memerhati.

"Korang buat je kerja korang.. Abaikan diorang selagi diorang tak kacau kita.. Hui biar saya yang ambil order dia.. Dia orang besar" ujar bos memberi arahan kepada stafnya.

Yang lain ikut patuh arahan manakala si bos datang ke meja paling hujung yang ada dua orang pelanggan yang baru sampai.

"Ehermm yea Encik Gyehyeon nak makan apa?" tanya sang bos kepada pelanggannya, Jo Gyehyeon.

"Ermm ibu nak apa?" tanya Gyehyeon pada ibunya tanpa menatap siapa yang ambil order.

'Ehh budak ni buat ii tak dengar ke apa? Ke dah tak kenal suara aku? Ke dah hilang ingatan? Dasar ko Jo Gyehyeon nasib aku masih sayang kau budak' ujar bos tadi dalam hati.

Memory || •VeriVery• Where stories live. Discover now