•Miss & Missing•

Start from the beginning
                                        

"Kau tak payah buat drama air mata depan aku.. Dia hak aku.. CUMA AKU !!"

"Mana anak kesayangan kau sampai kau nak ambik anak aku? Dengar ii anak kesayangan kau jadi penagih dadah.. Itu yang kau sanjungkan selama ni mana hilang? Dah kena tangkap belum? Hehh.. Kau patut bertanggungjawab sebab dah bawak lari anak aku masa Gyehyeon umur 5 tahun sebab dia masih bawah jagaan aku.. "

"DIAM KAU !! KAU KELUAR SEKARANG !!" jerit ayah Gyehyeon tak nak ingat balik anak dia yang dia sanjung dulu.

"Aku tak akan keluar selagi kau tak bagitau aku mana anak aku.. Jo Gyehyeon" nekad ibu Gyehyeon yang dah hampir hilang sabar.

"PENGAWAL !! BAWAK KELUAR PEREMPUAN NI DAN JANGAN BAGI DIA LEPAS MESKIPUN ITU GYEHYEON PAKSA !!" arah ayah Gyehyeon dah cukup hilang sabar.

Dia tak nak hilang anak keduanya. Mungkin dulu dia silap untuk banggakan anak dia. Gyehyeon yang lebih layak untuk dibanggakan berbanding anak sulungnya dan sekarang Gyehyeon diperebutkan oleh kedua orang tuanya.

"LEPASKAN AKU... BAGITAU AKU MANA GYEHYEON !! DIA ANAK AKU !! KAU DAH RAMPAS DIA DARI AKU !! KAU COLEK DIA !!" jerit ibu Gyehyeon dia tak peduli staf lain pandang dia.

Dan ada juga yang terkejut rupanya wanita yang nampak cantik tak kena dengan umur rupanya ibu CEO syarikat mereka Jo Gyehyeon.

Sampai di tingkat bawah bahagian lobi pun wanita tadi masih di tarik paksa.

Gyehyeon yang duduk santai dekat sofa lobi agak terkejut dengan suara perempuan minta dilepaskan dan terdengar namanya diseru.

Gyehyeon pandang kearah lift dan dia terkejut tengok wanita yang ditarik paksa.

"Ibu.. " lirih dan dengan cepat Gyehyeon ke arahnya tapi dengan tatapan dingin dan datar berhenti depan wanita tua tu.

"Gye.. Gyehyeon.. " wanita tadi terkejut tengok Gyehyeon berhenti depannya. Raut wajahnya berubah sedih dan penuh kerinduan terhadap anaknya.

"Lepaskan dia" arah Gyehyeon cukup dingin dan datar kepada pengawal ayahnya. Dia masukkan kedua tangannya dalam poket seluar dengan pandangan yang cukup dingin.

"Maaf tuan muda yang terhormat.. Kami tak boleh lepaskan dia sampai di luar kawasan company.. Ini arahan Dato meskipun tuan muda yang halang" ujar salah sorang pengawal yang masih setia pegang tangan paksa wanita tua tadi.

"Aku cakap lepaskan dia" ulang Gyehyeon dengan masih sabar untuk tak marah dekat lobi.

"Maaf tuan mu.. "

"AKU KATA LEPASKAN DIA !!" amarah Gyehyeon tak dapat dia bendung lagi.

Pengawal tadi terdiam kaku tak berani lawan Gyehyeon yang dah mula tinggikan suara.

Diorang tau betul kalau siapa berani lawan cakap Gyehyeon memang boleh pecah gegendang telinga diorang dan percayalah dalam sekelip mata diorang boleh kena pecat. Tapi ini arahan.

"Maaf.. Tuan.. Muda.. Bukan niat.. Nak lawan.. Tap.. Tapi.. Ini arahan.. " ujar pengawal sorang lagi terbata ii takut dengan amukan Gyehyeon.

"KAU NAK AKU PECAT KAU SEKARANG ATAU KAU LEPASKAN DIA !!" marah Gyehyeon kali ni suaranya lebih ganas dan lebih tinggi berbanding yang tadi.

Bahagian lobi yang tadi agak bising seketika jadi sunyi macam dekat kubur.

Ibu Gyehyeon? Jangan tanya.. Dia sendiri takut dengan sifat anaknya yang dah berubah 100%.

Pengawal tadi? Dah bergigil dua ii.. Diorang berdua seolah ii cari pasal dengan Gyehyeon.. Bukannya diorang tak tau sifat Gyehyeon macam mana kalau dah marah bahkan tak pernah sekalipun diorang nampak Gyehyeon senyum atau ketawa. Dan nak tak nak diorang terpaksa lepaskan juga perempuan tadi takut kalau diorang kena buang kerja.

Memory || •VeriVery• Where stories live. Discover now