Kangmin lap air mata Yeonho dengan sebuah senyuman manis dan keluar.
Tepat buka pintu, makcik Kangmin yang bertopengkan syaitan muncul dengan tatapan tak suka pada Yeonho dan tarik paksa Kangmin keluar dan dia jugalah yang hempas pintu rumah tu kuat.
Rip door.
Yeonho terduduk. Tak mampu nak kata apa lagi.
Yeonho cuba ikhlaskan Kangmin pergi. Walaupun jauh dalam hati dia sakit selepas sebulan Gyehyeon keluar dari rumah ni.
Oh stay with me
kkeuchi an boyeodo
neoye soneul jabeulge
geurae neoye pyeoni dwaejulge
"Yeonho? Hey kenapa nangis ni" Yongseung yang baru balik dari kedai runcit terkejut tengok Yeonho terduduk depan pintu rumah dengan menangis.
Serasa tak dapat respon apa ii dari Yeonho, Yongseung terus peluk Yeonho.
Seketika tangis Yeonho pecah. Dia peluk erat tubuh Yongseung lepaskan semuanya.
"Kang.. Kangmin mana?" tanya Yongseung dengan suara serak.
Jujur Yongseung tak boleh tengok kembarnya menangis.
"Kang.. Kangmin.. Dia keluar.. Keluar paksa dengan makcik dia.. " balas Yeonho yang tangisannya tak berhenti lagi.
Macam di sambar petir Yongseung mematung. Tak percaya dengan apa yang Yeonho cakap.
Yongseung lepas paksa pelukan Yeonho dan berlari pergi almari baju Kangmin. Check mana tau kot ii Yeonho melawak.
Tapi tak. Apa yang Yeonho cakap betul. Satu helaipun baju Kangmin tak ada dalam almari.
Yongseung cuba lari masuk bilik, katil Kangmin bersih sama macam katil Gyehyeon. Tapi atas katil Kangmin ada sepucuk surat.
Yongseung bawa keluar surat tadi dan duduk dekat sofa sebelah Yeonho. Yeonho yang dah kurang sikit nangis hanya bersandar pada lengan sofa.
>>•isi surat•<<
Maaf untuk semua penghuni rumah.. Makcik Kangmin paksa Kangmin keluar.. Kangmin tak nak tapi dia ugut untuk bunuh hyung hyung semua.. Maaf Kangmin tak ada niat jahat.. Maafkan Kangmin.. Jangan kejar Kangmin.. Biar Kangmin jalankan hidup Kangmin sendiri.. Kangmin percaya pada diri Kangmin sendiri.. Walaupun tersiksa dan bakal kena dera dengan makcik tapi Kangmin kuat.. Kangmin sentiasa kuat bila terbayang muka handsome comel hyung hyung kesayangan Kangmin.. Kangmin percaya pada diri Kangmin.. Kangmin boleh hadapnya sendiri.. Jangan risaukan Kangmin... Maafkan Kangmin yang selama ni nakal, tak dengar kata, selalu buat hyung hyung semua marah maafkan Kangmin.. Kangmin janji akan sentiasa ingat pesanan hyung hyung semua.. Kangmin kena jadi orang yang kuat, tak boleh lemah dan berani hadapi cabaran.. Terima kasih hyung untuk semuanya yang selama ni kita jalani bersama.. Kangmin sayang hyung hyung semua.. Maaf Kangmin pergi..
To ; Hyung hyung kesayangan Kangmin yang kacak ii.
From ; Kangmin yang cengeng.
>>•isi surat end•<<
Yongseung terdiam baca surat tu. Surat kedua yang menyakitkan selepas surat Gyehyeon.
Tak ada angin petir ribut guruh, Yongseung terus mengamuk campak semua benda yang ada dekat sekeliling dia. Yongseung yang tenang, damai, cool tiba ii hilang sekelip mata. Dia tak boleh terima keadaan ni.
Yeonho yang tadi sandarkan badan dekat tangan sofa, dia terkejut dengan perubahan Yongseung terus bangun kejar Yongseung dan genggam tangan Yongseung erat.
YOU ARE READING
Memory || •VeriVery•
FanfictionCOMPLETED Susah senang sama-sama ~ Dongheon Tiada rahsia di antara kita ~ Hoyoung Suka duka kita tetap bersatu ~ Minchan Tetap jadi diri sendiri ~ Gyehyeon Hidup mati tetap kita bersama ~ Yeonho Jangan putus asa ~ Yongseung Setia hingga ke Syurg...
•So Gravity•
Start from the beginning
