Kangmin menggelengkan kepalanya pelan. Dia takut untuk makan bebola cheese hadiah dari hyung kesayangannya.

Dongheon yang dari tadi menahan diri untuk tak keluarkan air mata akhirnya bangun masuk ke biliknya.

Semua orang pandang ke arah Dongheon yang pergi dari meja makan.

Kangmin serba salah dengan hyungnya. Di sebabkan dia, hyungnya tak ada mood nak makan.

Yongseung baru bangun dari duduknya niat nak menyusul Dongheon tiba ii tangannya ditahan oleh Kangmin.

Yongseung pandang Kangmin menunggu sesuatu yang nak disampaikan Kangmin. Kangmin terus ambil satu bebola cheese dan makannya pelan ii dan sikit ii.

Yongseung tersenyum dan diikuti dengan yang lain. Yang lain ambil satu dan makan sama seperti Kangmin seolah ii menikmatinya.

Padahal setiap gigitan yang diorang gigit, diorang terkenang waktu makan sama ii dengan Gyehyeon.

Selepas Yongseung makan sebiji bebola cheese dia terus masuk bilik Dongheon dan kunci pintu bilik Dongheon.

Dongheon berdiri depan tingkap dengan termenung ke luar.

Yongseung mendekat pada Dongheon. Semakin dekat dapat ia nampak bahu Dongheon makin bergigil.

"Maaf.. Hyung tak kuat" ujar Dongheon menahan diri dari keluar esakan walaupun air matanya dah jadi sungai kecil di pipinya.

Yongseung memeluk bahu dongheon dari belakang dan sorokkan mukanya dekat bahu Dongheon.

Dongheon dapat rasakan bahunya basah. Yup. Yongseung nangis.

"Hyung tak kuat tengok Kangmin terus sedih sebab kehilangan Gyehyeon.. Hyung.. "

"Hyung.. Kangmin dah makan bebola cheese.. Tinggal Dongheon hyung sorang je belum makan, jom keluar" ujar Yongseung yang dah berhenti menangis dan melepaskan pelukannya.

Dongheon menghadap Yongseung yang dah ready dengan senyumnya.

"Jom" ajak Yongseung sekali lagi.

Dongheon bersihkan air matanya dan senyum lirih dan setuju dengan ajakan Yongseung.

>>•••<<

"Yongseung hyung" panggil Kangmin yang baru keluar dari biliknya.

Yongseung yang tengah tengok TV dengan Yeonho terus pandang kearah suara.

Tanpa bersedia apa ii tiba ii Kangmin peluk Yongseung.

"Gyehyeon hyung suruh pelok hyung kalau Kangmin sedih" ujar Kangmin bergigil.

Yongseung yang baru sedar akan tu terus balas peluk Kangmin dengan lembut.

Kangmin terus nangis dalam pelukan Yongseung. Yongseung buntu tak tau nak buat apa sebab dia tak pernah nampak cara Gyehyeon pujuk Kangmin kalau Kangmin nangis.

"Minie, dahlah janganlah nangis lagi" pujuk Yongseung yang masih cuba untuk pujuk Kangmin.

"Minie rindu Gyehyeon hyung" ujar Minie lirih.

Yongseung yang masih buntu tiba ii teringat satu ii nya cara pujuk Kangmin yang selalu Gyehyeon hyung buat.

"Kalau Minie berhenti nangis, hyung janji akan belanja Kangmin tteokbokki lepas balik sekolah" Yongseung berharap pujukan ni berhasil tapi dia dapat rasakan gelengan dari Kangmin di dadanya.

Yongseung menghela nafasnya pelan. Macam mana lagi nak pujuk Kangmin.

"Kangmin tunggu depan sekolah kalau hyung mungkir janji hyung dalam black list hyung kesayangan Kangmin" ujar Kangmin yang masih dalam pelukan Yongseung.

Erppp Yongseung hanya mampu diam. Seram jugak ugutan Kangmin tapi sekurang-kurangnya dia berjaya pujuk Kangmin.

Kangmin dah tak nangis tapi tertidur dalam pelukan Yongseung. Mungkin dah penat nangis.

Yongseung dukung Kangmin dan baringkannya atas katilnya, manakala Yongseung naik tidur dekat katil Kangmin biarkan Kangmin tidur kat katilnya.

Yongseung memandang katil sebelahnya. Katil Gyehyeon.

"Hyung, Yongseung rindu suara hyung.. Baliklah cepat" ujar Yongseung lirih sebelum pejamkan matanya berusaha untuk tidur dan berharap dapat jumpa Gyehyeon hyung dalam mimpinya.

>>Flashback off<<

"PAPA !!"

Yongseung terkejut dengan jeritan seseorang dan baru tersedar dari termenungnya. Sebetulnya baru keluar dari kotak memori.

"Yea sayang Mina" sahut Yongseung dengan jantungnya yang laju sebab jeritan puteri kecilnya.

"Mina penat panggil papa.. Papa telmenung je.. Mina lapal, mama suluh Mina panggil papa tapi papa tak nyahut" ujar Mina dengan mengembungkan pipinya.

"Maaf sayang.. Papa penat sikit.. Kita turun makan sekarang ehhh" ujar Yongseung mengelus pelan rambut anaknya lalu mendokong tubuh si kecil.

Walaupun dah dalam dukungan Yongseung, si kecil tetap dengan ekspresi yang sama sampai ii (Y/N) pelik tengok si kecil.

"Kenapa tu oppa?" tanya (Y/N) yang dah ambil tempat duduknya di sebelah Yongseung sekaligus berhadapan dengan si kecil.

"Merajuk sebab oppa termenung tadi" bisik Yongseung.

"Patutlah lambat, sapa suruh termenung kan dah dapat padahnya" balas (Y/N) yang macam nak perli si Yongseung tapi silap waktulah.

"Padah apa sayang?" tanya Yongseung dengan angkat sebelah keningnya dan senyum yang ada makna.

(Y/N) yang faham dengan pandangan suaminya terus pukul tangan suaminya dan alihkan pandangannya pada makanan.

"Eishhh marah ke tu.. Jangan marah iu nanti oppa buat sayang malam ni bahagia" ujar Yongseung yang masih cuba ii dengan isterinya.

Tanpa diberi tahu apa ii tangan (Y/N) yang ada bawah meja terus cubit kaki Yongseung dah bagi amaran bahawa ada Mina yang makan dengan diam sebab geram dengan papanya.

Yongseung hanya tergelak dengan tingkah kedua ii permaisuri hatinya yang marah sebab kelakuannya.

>>•••<<

"Oppa termenung apa tadi sampai ii Mina masam je" tanya (Y/N)  mengambil tempat baring sebelah Yongseung dengan memeluk tubuh Yongseung yang masih berkutat dengan fonnya.

"Tak ada apa?" balas Yongseung singkat yang masih fokus dengan fonnya.

"Verivery?"

Seketika Yongseung hentikan aktivitinya menaip di fon dan letakkan fonnya di meja sebelah katilnya lalu membalas pelukan sang isteri.

"Lupakan je, oppa penat nak tidur.. Oppa janji satu hari nanti oppa akan kenalkan sayang dengan kawan lama oppa depan mata sayang sendiri" ujar Yongseung yang dah pejamkan matanya.

"Betul? Janji? " tanya (Y/N) untuk kepastian.

"Ok oppa dah tau perangai Mina ikut sapa sekarang" balas Yongseung dengan mencubit hidung isterinya.

Isterinya hanya ketawa dan sorokkan muka di dada bidang Yongseung dan melelapkan matanya untuk tidur.

'Yongseung rindu VeriVery.. Please back' ujar Yongseung dalam hati dan pejamkan matanya untuk tidur sekaligus memeluk isterinya erat untuk kenyamanan.

>>•••<<

>Memory<
•Moment•

>>•••<<

Sorry kalau banyak typo n sorry kalau lambat update.. Maaf yea

Memory || •VeriVery• Where stories live. Discover now