ARDOR ❤️

57 6 0
                                        


1 JANUARI 2012

Langit senja di Seoul berbalam jingga, namun kehangatan petang itu tidak terasa di padang Dulwich College Seoul, sebuah sekolah elit di tengah megahnya kota Seoul itu. Sekumpulan pelajar berkumpul di tepi padang, menyaksikan satu insiden yang sudah menjadi kebiasaan di sekolah elit itu.

Seorang gadis berseragam sekolah berdiri kaku, tubuhnya menggeletar dalam ketakutan. Rambutnya yang hitam pekat digenggam kasar oleh seorang pemuda tinggi, tampan, namun jelas tidak berperikemanusiaan.

"Erghh... kau memang perempuan tak guna!" suara itu penuh benci. Lee Taeyong, anak kepada sang CEO terkenal di Korea, menatap gadis itu dengan sorot mata penuh amarah. "Berani kau mengadu dekat ssaem yang girlfriend aku tiru homework kau? Sekarang dia kena cuci kelas sebab kau! Kau ingat dia layak buat kerja macam tu? Kerja macam tu hanya untuk orang miskin macam kau!"

Seketika, Taeyong menolak kepala gadis itu hingga dia hampir jatuh.

"Yahhh, Lee Taeyong! Cukup!" Doyoung meluru ke hadapan. "Kau tahu kan, mak dia tengah nazak sekarang? Sedikit belas kasihan pun tak ada dalam hati kau? Ini cuma hukuman cuci kelas, bukan cuci seluruh sekolah!"

"Cukup, Taeyong!" satu lagi suara lantang bergema. Jaehyun, ketua pengawas sekolah itu, melangkah ke hadapan. Wajahnya tegas. "Mentang-mentang kau anak CEO, kau rasa kau boleh buat sesuka hati? Jangan sampai aku lapor pada pengetua."

Taeyong mengetap rahang. Dia melepaskan rambut gadis itu dengan kasar, merengus geram.

"Hari ini kau bernasib baik!" katanya sebelum menolak bahu gadis itu sekuat hati.

Gadis itu terhuyung-hayang sebelum jatuh ke tanah. Namun, dia hanya diam, menahan perit di hati lebih daripada kesakitan fizikal. Dengan pakaian yang sudah kotor, dia bangkit perlahan dan melangkah ke garaj basikal.

Dia menolak basikal tuanya, mengayuh dengan lemah.

Lee Jaehwa.

Itu namanya.

Dia bukan sesiapa di sekolah itu. Seorang pelajar miskin yang hanya berada di Dulwich College kerana kejayaannya menjadi pelajar terbaik di seluruh Seoul dalam peperiksaan akhir dua tahun lalu. Biasiswa penuh diberikan kepadanya, tetapi harga yang perlu dibayar terlalu mahal. Mental dan harga dirinya tergadai.

Di sekolah itu, dia bukan seorang gadis yang terkenal. Bukan seorang pelajar yang ceria mahupun ramai teman. Bukan sesiapa. Dia cuma seorang miskin yang menjadi bahan hinaan.

Sejak hari pertama dia melangkah ke sini, hingga kini—genap satu tahun enam bulan—hanya ada satu insan yang menerima dirinya seadanya. Selebihnya, dia menjadi mangsa buli dan hinaan.

Dia tidak pernah tahu dan faham kenapa mereka membencinya. Dia tidak pernah menyusahkan sesiapa, apalagi Lee Taeyong dan teman wanitanya itu.

Namun, dia bersyukur. Dalam dunianya yang kelam, masih ada cahaya kecil—Doyoung dan Jaehyun. Mereka tidak rapat, tetapi mereka selalu muncul ketika dia dalam kesusahan.

"Jaehwa! Aku cari kau merata tempat!" suara seseorang memecah lamunannya.

Jaehwa mengangkat wajah. Seorang lelaki berdiri di hadapannya, rambutnya sedikit kusut, wajahnya resah.

"Kau okay tak? Sorry tadi aku kena panggil dengan Han Ssaem. Bila aku keluar, kau dah hilang dengan basikal kau."

Jaehwa menggeleng kecil, cuba tersenyum. "Aku okay je, WinWin. Kau kenapa cari aku sampai sini? Bukan nak pergi dating ke?"

WinWin tergelak kecil. "Lee Jaehwa, kau ni over lah! Sejak bila aku ada girlfriend? Kau je girlfriend aku tau!"

Jaehwa ketawa sinis. "WinWin, kau rasa kenapa semua orang benci aku? Aku pun nak bahagia... kenapa tak semua orang kaya macam kau je?"

WinWin menghela nafas panjang. Dia memandang sahabatnya itu dengan rasa simpati yang mendalam.

"Diorang tak nampak Jaehwa yang sebenar. Mata hati diorang buta dengan pangkat, harta, dan keturunan. Diorang tak tahu yang kau ni budak paling bijak di Seoul."

Jaehwa tersenyum kecil. "Terima kasih, WinWin. Kau satu-satunya kawan aku."

WinWin menepuk bahunya lembut. "Dahlah, jom balik. Eomma aku rindu kau."
____________________________________

1 JANUARI 2020

Di lapangan terbang Incheon, Jaehwa berdiri sambil memegang telefon bimbitnya. Dia tersenyum kecil sambil menghirup udara tempat kelahirannya. Enam tahun di Ireland akhirnya berakhir.

"Jaehwa!"

Suara yang amat dikenalinya bergema. Dia berpaling, melihat seorang lelaki tinggi melambai dari jauh.

Mata Jaehwa membulat. "WinWin!"

Lelaki itu menghampirinya dengan senyuman lebar. "Weh, makin lawa kawan aku ni! Bakal surgeon rupanya!"

Jaehwa tergelak. "Kau pun dah jadi arkitek muda. Dah bina bangunan ke, atau nak bina rumah tangga dulu?"

WinWin tergelak. "Benda lama jangan diungkit! Tapi serius... kalau Taeyong tengok kau sekarang, dia mesti menyesal buli kau dulu."

Jaehwa menghela nafas. "Aku dah lama lupakan semua tu."

WinWin hanya tersenyum. "Jom balik. Banyak yang kita kena borak."

Jaehwa mengangguk. Walaupun perjalanannya masih panjang, dia tahu satu perkara—dia bukan lagi Lee Jaehwa yang dulu.

Dan dia bersedia untuk menghadapi apa saja yang menanti.

Let me be your endgame Where stories live. Discover now