Gyehyeon tersenyum hambar. Tanpa ia sedar air matanya kembali tumpah mengenai frame gambar yang ia pegang.

"Maaf"

Gyehyeon memeluknya erat dan menangis sehabisnya sebelum iya pergi. Gyehyeon mencium frame tersebut lalu meletakkannya kembali ke tempat asal. Dadanya sesak untuk melihat gambar tersebut semula.

Tok tok tok

Kedengaran pintu di ketuk Gyehyeon menghapuskan air matanya tanpa tinggal kesan dan raut wajahnya berubah 360° kembali datar.

Gyehyeon membuka pintu dan tekaannya benar. Orang suruhan ayahnya sudah sampai.

Gyehyeon memberikan begnya kepada orang suruhsn ayah dan iya jalan mendahului kedua insan tersebut sambil menutup rapat pintu rumah.

Gyehyeon betul-betul meninggalkan rumah yang menyimpan sejuta kenangan.

Sejak dari itu Gyehyeon berubah menjadi seorang yang dingin, riak wajah yang datar dan ditakuti oleh pekerjanya.

>>Flashback off<<

Cklek.

Pintu pejabat terbuka menampakkan seorang lelaki dalam lingkungan 60 yang dibenci oleh Gyehyeon.

"Ada apa?" suara yang tanpa kelembutan itu membuatkan orang yang tadi masuk berasa ingin marah.

'Kalau kau dah tau anak kau tak adanya sopan santun bila bercakap dengan kau, kenapa masih tetap tegas untuk jadikan anak kau pewaris' ujar Gyehyeon dalam hati.

"Ayah nak kau kahwin dengan anak kawan ayah sekaligus partner syarikat kita." ujar lelaki tersebut yang bergelar ayah dengan tegas.

"NO !! Cukup ayah dah paksa Gyehyeon untuk jadi pewaris, ayah tak boleh paksa Gyehyeon untuk kahwin. Hidup Gyehyeon, ayah tak ada hak untuk menentukannya" bantah Gyehyeon dengan menghempas meja kuat lalu berdiri dengan penuh amarah.

Tanpa aba aba

Plak.

Sebuah tamparan singgah di wajah kacak Gyehyeon.

Tangan siapa lagi kalau bukan tangan ayahnya yang juga menahan marah terhadap anaknya.

"Kau dah pandai kurang ajar sekarang Jo Gyehyeon"

"Aku kurang ajar sebab kau !" sinis ucapan Gyehyeon yang tak kalah tajam dengan ayahnya.

"Sedarlah aku yang besarkan kau dan ini kau balas dekat aku. Mana perasaan seorang anak terhadap bapak kau !" tak kalah tajamnya ucapan ayah Gyehyeon.

Gyehyeon tersenyum sinis dan memandang menantang terhadap ayahnya.

"Besarkan aku? Kau lupa mana kau campak aku? Kau buang aku dekat rumah nenek. Nenek yang BESARKAN AKU BUKAN ENGKAU !!" ujar Gyehyeon dengan jeritannya yang dari tadi dia tahan amarah.

"Kau lupa atau kau pura-pura lupa? Mana anak kesayangan kau yang dulu kau sanjung sehingga kau sanggup buang aku dekat nenek? Hilang dah manusia yang kau sayangkan tu? Aku dengar dari nenek dia sekarang dah jadi penagih dadah. Aku bersyukur sebab aku dibesarkan oleh arwah nenek dan aku jumpa kawan yang aku anggap lebih berharga dan bermakna daripada kau! Kau buang aku lepas kau ceraikan ibu dan kau yang pisahkan aku dengan ibu. Kau sanjung anak sulung kau tapi tau-tau dia jadi penagih dadah yang sekarang ni diburu oleh polis. Kau tak tau malu ke bila semua orang tau itu anak kau? Kenapa pungut aku lepas kau dah buang aku? Tolong bangun dari mimpi kau. Dan jangan pernah kau keluarkan perkataan yang kau janjikan dulu. Kau bukan ayah aku dan aku bukan anak kau. Aku harap kau tak lupa dengan perkataan tu waktu kau buang aku dekat rumah nenek." ujar Gyehyeon dengan semua amarahnya yang dia keluarkan lalu iya meninggalkan ruangannya dan pergi mencari sesuatu tempat yang iya rasa boleh menenangkan fikirannya.

Gyehyeon berjalan dengan tatapan datar namun di hatinya berkata 'hidup tetap jadi diri sendiri'.

Ayahnya? Ayahnya mematung apabila Gyehyeon berkata demikian. Yup. Semua yang dikatakan Gyehyeon adalah betul.

Sewaktu Gyehyeon kecil lagi Gyehyeon di campakkan ke rumah neneknya dsn ayahnya tidak pernah melawatnya.

Gyehyeon dibesarkan oleh neneknya sehingga umurnya 17tahun. Neneknya meninggal dunia waktu umurnya 17 tahun.

Pada umur 18 tahun Gyehyeon masuk ke Universiti dan memilih tinggal di rumah sewa. Ketika mencari rumah sewa di situlah kali pertama iya berjumpa Dongheon, Hoyoung, Minchan dan Kangmin. Mereka menawarkan Gyehyeon untuk tinggal bersama mereka dan menjadi sebahagian keluarga mereka.

Gyehyeon lebih bahagia bersama sahabatnya dibandingkan bersama ayah berwatakkan iblis.

Gyehyeon merindui mereka semua. Adakah semuanya baik-baik saja?

>>•••<<

>Memory<
•Thunder•

>>•••<<

Hai maaf pendek. Tapi enjoy yah.. Maaf semalam tak update sebab sakit. Hehehe. Maaf kalau typo bersepah. Vote dan komen amat diperlukan. Terima Kasih.

Memory || •VeriVery• Where stories live. Discover now