COMPLETED
Susah senang sama-sama ~ Dongheon
Tiada rahsia di antara kita ~ Hoyoung
Suka duka kita tetap bersatu ~ Minchan
Tetap jadi diri sendiri ~ Gyehyeon
Hidup mati tetap kita bersama ~ Yeonho
Jangan putus asa ~ Yongseung
Setia hingga ke Syurg...
"Boleh ukir nama?" tanya Gyehyeon kepada pekerja tersebut.
"Boleh. Encik nak ukir nama encik dengan teman wanita encik ke? "
Ahh Gyehyeon ingin sekali menjerit. Teman wanita adalah perkara sensitif baginya. Dia pun tak terurus inikan lagi ada makwe.
"Saya nak 7"
"Banyaknya" pekerja tersebut memperlihatkan wajah terkejutnya.
Dalam hatinya mesti iya berfikir Gyehyeon kaki perempuan kan.
Gyehyeon yang sangat faham akan raut wajah tersebut lalu berkata.
"Saya ingin memberi hadiah kepada rakan-rakan saya kerana saya harus berpindah mengikut ayah saya. " ujar Gyehyeon pasrah. Lagi-lagi hatinya ngilu untuk mengucapkan perkataan sakral.
"Ohh baiklah. Encik boleh tulis di kertas nama apa yang encik ingin ukirkan".
Pekerja tersebut memberikan selembar kertas dan sebatang pen. Tak memerlukan masa yang lama gyehyeon menulis sebuah perkataan yang bermakna baginya.
♢VeriVery♢
Pekerja tersebut memandang nama yang dituliskan oleh Gyehyeon setelah Gyehyeon menyerahkan kepada pekerja tersebut.
Tanpa menunggu lama gelang yang ia beli sudah siap dengan sempurna. Gyehyeon memberikan beberapa helai wang sebelum balik ke rumah sewanya.
Sesampai saja, Gyehyeon terus memasukkan bebola cheese tadi yang dibelinya ke dalam peti ais bahagian atas. Lalu ia meletakkan gelang yang ia beli di setiap katil sahabatnya. Terakhir sekali katil Kangmin.
Gyehyeon memandang sendu pada tempat tidur Kangmin. Pasti iya sangat merindui Kangmin setelah ini.
Gyehyeon mengambil sehelai kertas dan pen lalu menulis sebuah surat. Sepanjang Gyehyeon menulis, air matanya terus mengalir. Tangannya bergigil untuk menulis kesemuanya.
Gyehyeon melipat kertas tersebut dan ingin meletakkan kertas tersebut di atas bantal Kangmin namun iya melihat sebuah cincin yang iya pasti itu milik Kangmin.
Cincin yang diberikan oleh Dongheon tempoh hari. Gyehyeon mengambil keychainnya dan melepaskan ring daripada benda kecil lalu mencantumkan cincin tadi dengan ring keychain. Gyehyeon tersenyum melihat cincin yang iya jadikan sebuah keychain.
Gyehyeon kembali mengambil pen lalu menambah kan sedikit di dalam surat tersebut lalu meletakkan di atas katil Kangmin.
Gyehyeon keluar dari biliknya bersama 2 beg bagasinya. Iya memandang sekeliling rumah tersebut dengan pandangan terakhir sebelum iya berhenti pada satu titik yang membuat kakinya ingin berpindah tempat.
Photo
Gambar yang terletak di sebelah tv. Gambar mereka bertujuh yang menceriakan frame tersebut.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.