Gyehyeon menggelengkan kepalanya. Dongheon melihat raut wajah Gyehyeon berubah.

"Kalau ada apa-apa panggil hyung. Hyung boleh je tak masuk kuliah untuk Gye" ujar Dongheon lembut.

Lagi-lagi Gyehyeon menggelengkan kepalanya.

"Hyung pergi je kuliah. Tak perlu hiraukan Gye. Gye boleh jaga diri" ujar Gyehyeon dengan senyuman hambarnya.

Dongheon menganggukkan kepalanya. Dia pasrah saja dengan Gyehyeon. Baru saja Dongheon bangun, Gyehyeon memanggilnya.

"Hyung"

"Yea ada apa? Gyehyeon nak mee lagi?"

Gyehyeon menggeleng.

"Boleh tak Gyehyeon nak buat satu permintaan" ujar Gyehyeon dengan suaranya kembali serak.

Dongheon merasakan ada sesuatu yang ganjil lalu duduk kembali.

"Permintaan apa?" tanya Dongheon ragu-ragu. Rasa sesak bila Gyehyeon meminta sebuah permintaan.

"Jagakan Kangmin. Dia masih kecil. Masih sekolah. Dia perlukan kasih sayang seorang ayah dan ibu. Dongheon hyung adalah salah satunya kasih sayang seorang ayah yang ia perlukan dan Hoyoung hyung adalah kasih sayang ibu yang ia perlukan." ujar Gyehyeon.

Hati Dongheon serasa diremas-remas. Kenapa tiba-tiba saja situasi menjadi tegang.

"Hyung? Bolehkan?"

"Boleh Gye, tapi Gye pun kena bantu berikan kasih sayang juga" ujar Dongheon dengan senyuman yang mungkin tersirat rasa sakit.

Dongheon keluar dari bilik Gyehyeon dengan menutup pintu agar ia dapat memberikan ruang untuk Gyehyeon berehat.

Setelah Dongheon hilang dari pandangan Gyehyeon, tanpa ia sedar air matanya jatuh tanpa izin.

Yup. Gyehyeon menangis. Iya tak sanggup untuk meninggalkan sahabatnya. Tapi dia juga tak sanggup mengorbankan nyawa sahabatnya kerana sang ayah yang berwatakkan iblis.

>>•••<<

Gyehyeon terbangun dari tidurnya. Dia meraih telefon di sampingnya dan melihat jam yang menunjukkan sudah pukul 9pagi.

Gyehyeon hanya tinggal 3jam saja lagi untuk keluar dari rumah syurga baginya namun neraka bagi ayahnya.

Setelah selesai mandi, Gyehyeon mengemas semua barang-barangnya hingga tidak tersisakan satupun. Dia hanya memerlukan 2 beg bagasi sahaja.

Dia melihat jam yang melingkari pergelangan tangannya baru menunjukkan jam 10.30 pagi.

Gyehyeon berniat untuk keluar sekejap mencari benda yang sudah dia janjikan kepada Kangmin.

Yup. Bebola cheese kesukaan Kangmin.

Di kedai, Gyehyeon mencapai bebola cheese yang dalam bentuk pak. Banyak tapi sikit baginya walaupun dalam satu pek cukup untuk seminggu. Gyehyeon mengambil beberapa pek lalu membayarnya.

Sepulang dari kedai Gyehyeon tidak sengaja melihat sebuah kedai kecil di seberang jalan yang menjual barang-barang cenderahati.

Gyehyeon melintas jalan untuk singgah di kedai tersebut. Iya melihat ii barang-barang tersebut lalu matanya tertangkap pada satu benda kecil tapi cantik.

Gelang.

"Encik nak beli gelang ke?" tanya pekerja kedai tersebut setelah melihat Gyehyeon memegang sebuah gelang.

Memory || •VeriVery• Where stories live. Discover now