Dongheon menarik Kangmin dalam pelukannya. Yang lain ikut sebak dengan Kangmin. Dari kecil sudah kehilangan ibu ayah.

"Kan.. Kangmin.. Tak nak kehilangan hyung.. Cuma hyung je... Yang Kan... Kangmin ada.. Kangmin tak nak ting... Tinggal dengan makcik.. Makcik jahat.. Makcik selalu dera Kangmin.. Kang.. Min takut dengan makcik.. Kangmin cuma nak hyung... " tangisan yang dari tadi Kangmin tahan akhirnya tumpah.

Dongheon tak peduli bajunya basah. Yang iya peduli adalah hati si kecil.

Yang lain mula berhenti makan dan menatap sendu Kangmin yang berada dalam pelukan Dongheon.

Hoyoung dan Yeonho cuba setabah mungkin untuk tidak menangis. Yongseung menggengam tangannya sendiri di bawah meja dengan erat untuk tetap kuat depan maknae. Gyehyeon dan Minchan hanya menggela nafas beratnya. Tiada seorang pun yang menderita teruk akibat keluarga kecuali Kangmin.

"Hyung akan sentiasa jaga dan lindung Kangmin..." ujar Minchan menundukkan kepalanya dalam.

"Tapi hyung tak boleh menjanjikan itu" sambung Minchan dengan suara yang perlahan namun cukup untuk di dengari oleh semua yang berada di meja makan.

"Kitorang akan jaga Kangmin sebaik mungkin" ujar Yongseung yang tiba-tiba bangun dan memeluk Dongheon dan Kangmin sekaligus membuatkan tangisan Kangmin semakin pecah.

Yang lain pun ikut memeluk mereka bertiga.

Hoyoung dan Yeonho yang cuba menahan air mata akhirnya gagal kerana berpelukan beramai-ramai membuatkan hati kedua insan ni jadi semakin sayu.

'Maafkan hyung, Kangmin.. Hyung tak boleh menjanjikan apa-apa untuk Kangmin.. Yang hyung boleh janjikan adalah menjaga Kangmin sebaik mungkin meskipun satu saat nanti hyung tak ada depan mata Kangmin' ujar Gyehyeon dalam hati dengan pelukan hangat yang diberikan oleh semua orang.

>>Flashback off<<

Tok tok tok

"Bos Gyehyeon.. "

Tersentak Gyehyeon dari lamunanya dan berbalik ke belakang mencari sumber suara tersebut.

Yea PA nya yang panggil yang berada di ambang pintu dengan ragu-ragu melihat raut wajah Gyehyeon yang tiba-tiba berubah menjadi datar.

"Ada apa?" dingin dan datar tak aman untuk para pekerja mendengarnya serasa berada dalam penjara.

"In.. Ini ada beberapa dokumen yang perlu bos tanda tangan.. " ujar PA nya ragu-ragu dan hanya memandang dokumen di tangannya saja kerana tak berani menatap orang atasannya.

"Letakkan atas meja saya dan awak boleh keluar sekarang" ujar Gyehyeon dengan sedatarnya.

PA nya mengangguk perlahan dan meletakkan segala dokumen di atas meja bosnya dan berlalu pergi dengan menutup pintu perlahan.

Jap. Gyehyeon? Bos? Macam mana boleh jadi?

Gyehyeon menghampiri meja kerjayanya yang serba palsu baginya. Menatap semua dokumen dengan tatapan benci.

Ini bukan bidang yang ingin Gyehyeon ceburi. Tapi apakan daya dia hanya dipaksa.

Gyehyeon duduk di kerusi kerjanya tanpa ada niat untuk menyentuh semua dokumen-dokumen tersebut. Serasa jijik baginya.

Fikirannya melayang ke arah memori lama yang penyebab dia berada di sini.

>>Flashback on again<<

"Cepat sembuh" Gyehyeon hanya tersenyum dan kembali melelapkan dirinya.

Hoyoung berlalu keluar dari biliknya menuju ke dapur. Gyehyeon yang baru saja ingin kembali terlelap terjaga semula kerana deringan ringtone handphone miliknya.

Memory || •VeriVery• Where stories live. Discover now