"Tak nak Minie nak dengan Gyehyeon hyung"
"Kalau Minie tak pergi sekolah, nanti Gyehyeon hyung tambah sakit macam mana? Kan Minie nak Gyehyeon hyung sihat" ujar Hoyoung lembut berharap si kecil mendengar katanya.
Minie mengangkat wajahnya menatap Hoyoung dan mengangguk pelan.
Gyehyeon tersenyum melihat Kangmin yang akur dengan ucapan Hoyoung.
Kangmin keluar dari bilik untuk sarapan dan Hoyoung menghampiri Gyehyeon. Hoyoung meletakkan telapak tangannya di dahi Gyehyeon dan yes.
"Panas. Tunggu jap ehh"
Gyehyeon hanya diam saja, tak ada rasa untuk bercakap kerana tekaknya rasa sakit.
Hoyoung datang kembali dengan membawa tuala kecil dan air sejuk.
"Gyehyeon boleh pindah duduk kat katil Yongseung tak? Nanti senang apa-apa tak perlu turun naik katil dengan keadaan Gye macam ni" ujar Hoyoung dan perlahan-lahan membantu Gyehyeon turun dari katilnya dan berbaring di katil Yongseung.
Hoyoung meletakkan tuala kecil yang basah tadi di dahi Gyehyeon dan mengelus lembut kepala Gyehyeon.
"Cepat sembuh" Gyehyeon hanya tersenyum dan kembali melelapkan dirinya.
>>•••<<
"Gyehyeon kenapa? " tanya Minchan lepas melihat Hoyoung keluar dari biliknya dengan membawa bekas air sejuk.
"Dia demam harini tak masuk kuliah.." ujar Hoyoung mengambil tempat di sebelah Minchan lalu serapan bersama yang lain.
>>•••<<
"GYEHYEON HYUNG !! KANGMIN DAH BALIK !!" jerit Kangmin berlari masuk ke dalam biliknya yang ia pasti mesti ada Gyehyeon namun nihil.. Gyehyeon tak ada dalam bilik.
"Yeonho hyung, Yongseung hyung.. " panggil Kangmin yang sikit lagi akan nangis.
"Gyehyeon hyung ada? " tanya Yeonho memandang Kangmin.
Kangmin menggelengkan kepalanya sedih dan air matanya menitis perlahan dan makin lama menjadi sungai kecil.
Yeonho dan Yongseung berpandangan dan terus berlari ke seluruh rumah mencari keberadaan Gyehyeon.
Yongseung cuba mencari di halaman belakang takut-takut Gyehyeon bersantai di sana sambil-sambil mendengar lagu dan tidak mendengar panggilan mereka tapi kosong tiada Gyehyeon di taman belakang.
Yeonho mencari di tandas, dapur, biliknya, bilik Dongheon dan terakhir sekali di bilik Gyehyeon. Yeonho perasan sesuatu yang ganjil. Katil Gyehyeon bersih dan kemas sama seperti kali pertama mereka semua tinggal di rumah tersebut, lantas ia membuka almari baju Gyehyeon dan kosong tiada sepasang satupun baju Gyehyeon di dalam sana. Yeonho menatap ke sekeliling ruangan besar tersebut dan ternampak barang dan sepucuk surat di atas katil Kangmin.
"Kangmin" panggil Yeonho yang berada di dalam bilik Kangmin.
Kangmin berlari dan diikuti Yongseung.
Yeonho menunjukkan sesuatu yang berada di katil Kangmin dan dengan pantas Kangmin mencapainya.
Sepucuk surat, cincin dan gelang.
Kangmin membuka surat tersebut dengan terburu-buru kerana ingin tahu apa isi di dalamnya.
>>•••<<
YOU ARE READING
Memory || •VeriVery•
FanfictionCOMPLETED Susah senang sama-sama ~ Dongheon Tiada rahsia di antara kita ~ Hoyoung Suka duka kita tetap bersatu ~ Minchan Tetap jadi diri sendiri ~ Gyehyeon Hidup mati tetap kita bersama ~ Yeonho Jangan putus asa ~ Yongseung Setia hingga ke Syurg...
•Bracelet•
Start from the beginning
