"Hyung, kenapa Kangmin ada dalam bilik hyung? " tanya Yongseung yang sambung membantu Hoyoung membuat sarapan.

"Malam tadi Gyehyeon dengan Kangmin tidur kat ruang tamu. Pagi tadi Gyehyeon minta izin baringkan Kangmin kat katil hyung, hyung ok je sebab Gyehyeon dah jaga Kangmin malam tadi kesianlah pulak kat Gyehyeon. Hyung bagi Gyehyeon tidur 20 minit.. Ingatkan hyung untuk kejutkan Gyehyeon pukul 7.00 pagi yea" terang panjang lebar Hoyoung.

Walaupun panjang lebar tetap Yongseung setia mendengar.

"Patutlah Kangmin tak ada kat bilik. Baru nak puji sebab bangun awal hari ni rupanya tidur kat tempat lain"

Hoyoung hanya tergelak kecil dengan ucapan Yongseung.

"Hyung kenapa Kangmin kat katil hyung? " tanya Yeonho yang baru selesai mandi.

Ahh sudah sekor lagi tanya.

"Tanya Yongseung, hyung dah penat bercerita kat Yongseung" ujar Hoyoung yang mula beralih dari dapur menuju ke meja makan untuk hidangkan makanan.

"Hah asal? " tanya Yeonho pada Yongseung.

"Ohh tak ada apa saja Kangmin nak masuk dalam badan Hoyoung hyung.. Tu yang tengah tidur lagi tu Hoyoung hyung" ujar Yongseung santai dan 1 2 3...

"HOYOUNG HYUNG !! KENAPA TUKAR BADAN DENGAN KANGMIN !!" jerit Yeonho lagi.

Ehh bodohnya pergi percaya cakap Yongseung. Dia lupakan yang Yongseung pandai tipu helah.

"KIM YONGSEUNG !!" kali ni Hoyoung pula yang jerit menandakan ia sedang marah pada Yongseung yang tidak jujur.

Yongseung ahh puas gelak besar kat dapur sebab dapat dengki kembar yang tak sama mak bapak dan tak sama tarikh lahir.

>>•••<<

"Mana Gyehyeon? Takkan belum bangun lagi? " tanya Dongheon yang baru siap dengan pakaian kemasnya untuk masuk kuliah pagi ni.

"Masih tidur. Kejap Hoyoung kejutkan dia" ujar Hoyoung dan berlalu ke bilik Gyehyeon namun berhenti di ambang pintu kerana mendengar esakan seseorang.

Perlahan namun pasti itu suara Kangmin dan Gyehyeon. Hoyoung hanya curi mendengar setiap apa yang mereka bualkan.

"Kalau Gyehyeon hyung tak pergi kuliah, Minie pun tak nak pergi sekolah."

"Hey mana boleh. Minie kena pergi sekolah tuntut ilmu"

"Tak nak.. Minie nak jaga Gyehyeon hyung.. Semua salah Minie sebab buat Gyehyeon hyung bangun malam tadi.. Kalau tak di sebabkan Minie mesti hyung tak demam.. "

"Hey hey.. Kalau Minie sayang hyung, Minie kena pergi sekolah tuntut ilmu. Nanti masa Minie balik mesti hyung dah sihat.. Kalau Minie pergi sekolah, lepas hyung sihat, hyung belikan Minie bebola cheese frozen nanti kalau Minie lapar boleh terus masak and makan" pujuk Gyehyeon dengan suara serak.

"Tak nak.. Bebolah cheese tak semahal Gyehyeon hyung.. Tak ada bebola cheese Minie tak kisah asalkan ada Gyehyeon hyung.. " nangis Kangmin makin pecah.

Hoyoung yang risau mula masuk ke dalam bilik dan menarik Kangmin dalam pelukannya.

Jujur Gyehyeon sedikit terkejut langsung bangun dari baringnya namun dicegah oleh Hoyoung.

"Gyehyeon tidur je lagi.. Kangmin pergi sarapan lepastu ikut Yeonho hyung dan Yongseung hyung pergi sekolah. " pujuk Hoyoung membelai lembut kepala Kangmin.

Memory || •VeriVery• Where stories live. Discover now