"Hyung macam.. "

"Tak payah fikirkan hyung, Minie tidur je" ujar Gyehyeon tak terbantah.

>>•••<<

Hoyoung yang biasanya bangun lebih pagi terkejut melihat lampu ruang tamu terbuka. Perlahan ia keluar dari biliknya dan melihat Gyehyeon dan Kangmin yang tidur dengan keadaan Kangmin tidur di peha Gyehyeon dan Gyehyeon tidur duduk di sofa.

Hoyoung menghampiri keduanya perlahan untuk tidak membangunkan keduanya. Rasa kesian muncul dalam hati melihat wajah Kangmin yang sembab dan wajah Gyehyeon yang jelas terlihat penat.

Hoyoung yang niat untuk ambil selimut di dalam bilik terhenti dengan suatu suara.

"Hoyoung hyung?"

Yup Hoyoung kenal suara tu. Suara milik Gyehyeon. Hoyoung menghadap kebelakangan dan melihat Gyehyeon yang sudah bangun dengan mata sepetnya.

"Maafkan hyung sebab Gyehyeon terjaga" Hoyoung serba salah kerana sudah ganggu waktu tidur Gyehyeon.

"Tak apa. Hyung boleh pinjam katil hyung tak. Buat Kangmin tidur" pinta Gyehyeon sambil memandang Kangmin yang tidur pulas dan sesekali tangannya mengusap lembut kepala Kangmin yang berada di ribanya.

"Boleh.. Lagipun hyung nak mandi and siapkan sarapan untuk korang. Gyehyeon pergi je masuk tidur lagi. 20minit lagi hyung kejutkan" ujar Hoyoung lembut.

Gyehyeon menganggukkan kepalanya dan mengangkat Kangmin masuk ke dalam bilik Hoyoung dan Yeonho dan membaringkannya di katil Hoyoung.

Gyehyeon masuk kembali ke biliknya untuk tidur dalam masa 20minit.

>>•••<<

"HOYOUNG HYUNG !!" jerit Yeonho dalam bilik selepas baru sahaja berlawan dengan cahaya lampu bilik.

"Hoyoung hyung kenapa berubah jadi Kangmin !! HOYOUNG HYUNG !!" jerit Yeonho lagi sambil memegang tangan Kangmin yang ia sangkakan Hoyoung dan Kangmin tertukar badan.

Hoyoung yang merasa dirinya di panggil berlari ke dalam bilik dan memukul kepala Yeonho.

Plak.

"SAKIT WOIII !!" bentak Yeonho dan sekali lagi dapat pukulan di kepalanya namun daripada tangan yang berbeza.

Plak.

"WOII  TAK SOPAN PUKUL KEPALA ORANG !!"

"Woi kau yang tak sopan terjerit-jerit pagi-pagi buta ni pehal" marah Yongseung yang kini berada di samping Hoyoung dengan memeluk tubuh dengan tatapan tajam.

Yeonho hanya terdiam melihat kedua insan tersebut dan bangun memeluk Hoyoung.

"Hoyoung hyung.. Hoyoung hyung tak apa-apa kan.. Hoyoung hyung tak tertukar roh dengan Kangmin kan" cemas Yeonho memegang muka tangan badan dan kepala Hoyoung. Dan yea sekali lagi...

Plak.

"Jangan nak merepek boleh tak.. Diam sikit Kangmin tengah tidur, pergi mandi sana"

Yeonho sekali lagi dapat pukulan dari Yongseung dan melirik tajam kepada si pelaku.

"Dah dah Yeonho gi mandi sana, Yongseung tolong hyung lagi kat dapur" ujar Hoyoung meleraikan keduanya dengan mengusap lembut kepala Yeonho yang mendapat 3 kali pukulan untuk pagi ini.

Mana taknya pagi-pagi dah melolong macam tarzan kat Afrika sana.

>>•••<<

Memory || •VeriVery• Where stories live. Discover now