"Seorang cantik..seorang hensem wahh memang sepadan" kata salah satu makcik. Mak Minjung sudah tersenyum apabila mendengar pujian itu.

Setelah sampai di hadapan paderi, tangan Minjung yang memegang Tuan Lee tadi mula bertukar dan kini tangannya dipegang oleh Changbin.

Kedua-dua mereka menghadap paderi yang berada di situ.

Setelah masing terima satu sama lain, mereka mula menghadap antara satu sama lain.

"Ohoho part ni la yang aku tunggu ni hoho dah besar dah hyung aku yang sekor ni" Jisung berkata dengan bangganya dan ahli skz mula memandangnya dengan wajah 'kau pahal siot'

"Anda berdua boleh bersatu sekarang" kata paderi itu.

Changbin mendekatkan dirinya dengan minjung dan berkata sesuatu kepada telinga minjung.

"I know you're not ready yet" bisik Changbin dan terus mencium pipi kanan milik Minjung.

Ramai yang terkejut apabila Changbin berbuat demikian. Yela tak pernah lagi tau orang buat macam tu tapi changbin dah buat macam tu hoho.

"Yahh dia belajar mana tu main cium pipi?" Hyunjin menutup mulutnya tanda terkejut.

"Hiks ingatkan cium sini" Jisung memuncungkan mulutnya dan menunjuk dekat ahli skz.

"Ahahaha Ish bongok dia ni..biar la dia" kata Chan terhibur tengok Jisung buat memek muka.

___××___


Pasangan itu sah menjadi suami isteri tetapi layanan masing-masing macam seorang kawan.

"Ish kacau je aku nak masuk bilik air dia nak masuk bilik air..ni kalau aku tengok tv, dia kacau kejap lagi siap la" bebel Minjung seorang diri sambil menghadap kaca tv.

"Minjung-ah" panggil Puan Shin.

"Nae eomma" Minjung memandang Puan Shin yang tengah berdiri sambil bercekak pinggang.

"Kamu tak kemas baju lagi ke? kejap lagi korang dah nak gerak kan" kata Puan Shin.

"Eo? gerak pergi mana?" Soal Minjung polos.

"Pindah rumah Changbin la..eh budak bertuah ni!! Takkan kamu tak tahu?" Minjung menggaru kepalanya apabila terasa gatal. Sesungguhnya manusia yang bernama Minjung sangat blur.

"Masalah betul anak aku yang sekor ni.. Dah la tu pergi kemas baju cepat" Puan Shin menarik Minjung bangun dan menolak dia naik ke atas untuk mengemas baju.

Minjung memasuki bilik dan melihat Changbin yang tengah sedap baring atas katil sambil main fon.

"Amboi sedap betul kau baring atas katil aku!" Minjung bercekak pinggang sambil memandang lelaki itu.

"Sedap la..nak join? meh sini" Changbin menepuk-nepuk tempat kosong di sebelahnya.

Minjung menjeling sahaja Changbin. Tak ingin dia nak duduk sekali dengan lelaki itu.  Bukannya dia suka pon.

"Apa kau jeling lagi tu?taknak kemas baju?" Tegur Changbin apabila melihat Minjung yang masih tak berganjak dari tempatnya.

"Buat apa nak kemas? nak pergi mana? kenapa aku tak tahu?" Bertubi-tubi soalan yang dituju olehnya.

"Pindah la..appa dah belikan rumah untuk kita" kata Changbin selamba dan Minjung sedikit terkejut.

"Mwo????yah, kenapa kita tak bincang dulu? kenapa sekarang- aish masalah betul la" Minjung menyerabutkan rambutnya.

Ha kan dah jadi orang gila sekejap huh.

"Semalam aku nak bagitau tapi dah kau banyak kali mengelak macam mana aku nak bagitau?" Kini Changbin pula yang menjeling Minjung.

Menyampah bila manusia suka mengelak daripada dia.

Ya semalam Changbin hendak bagitau dia tentang perkara itu. Tetapi gadis itu banyak mengelak daripadanya sebab itu la bila Minjung nak masuk bilik air Changbin pun turut nak masuk sama padahal jejaka itu hanya ingin bagitau sesuatu perkara je. Si Minjung tu yang overthink lebih.

"Kemas la cepat pukul 3.00 petang kita gerak. Lambat tinggal" arah Changbin. Sempat dia mengugut untuk tinggalkan Minjung.

"Tinggal la tak kisah pon bluerkk!!" Minjung menjelir lidah kepada Changbin sebelum dia mula mengemas pakaiannya.

"Eomma..appa..Min taknak pergi~nanti Min rindu hmm"  Minjung memeluk Puan Shin dan dan Tuan Lee dengan erat.

"Halah halah nanti kalau ada masa balik la sini..rumah kamu bukannya jauh pon" kata Puan Shin.

"Nanti bila kami ada masa terluang, biar kami je yang datang sana..ha nanti lepasla rindu kamu tu" kata Tuan Lee pula. Minjung hanya mengangguk lalu melepaskan pelukan.

"Halamakk nak buat jejak kasih pulak!! rumah bukannya dekat Australia pon..gedik je lebih saja nak raih simpati" kata Minho sambil buat memek muka menyampah. Saja dengki.

"Alah biar la..tau la kau tak cukup kasih sayang bluerkk!!" Minjung menjelir lidah kepada Minho sebelum dia melangkah pergi.

"Tch melebih pulak dia ni" Minho menjeling adik perempuannya.

"Bye eomma appa" Minjung melambai ke arah orang tuanya dan membuka pintu kereta untuk masuk ke dalam.

"Aku?" Minho menunjuk dirinya.

Minjung tersenyum lalu berlari ke arah Minho acah seperti ingin memeluk orang. Minho apa lagi, bahagia la dia dan mendepakan tangannya. Pfft

'Ppap'

Satu pukulan kuat hinggap di bahu kiri Minho.

"Auwhhh yahhh!!!!" Minho memandang tajam ke arah Minjung yang dah berlari patah balik ke arah kereta.

"Yah Changbin! nanti dah sampai tengah jalan kau campak je budak tu suruh duduk bawah jambatan!!" Minho mengarah Changbin pula. Eh kau-

Changbin hanya tergelak dan menggeleng kepala. Dia pon pening dengan perangai dua beradik ni. Masing-masing bermasalah.

Kereta milik Changbin mula meluncur keluar dari kawasan perumahan.

"Auch sakit duh" kata Minho yang masih memegang bahunya. Kuat sangat tu si Minjung pukul.

"Itu la kamu siapa suruh cakap macam tu..kan dah kena setepek" kata Puan Shin dan masuk ke dalam rumah.

Minho tercengang apabila Puan Shin menyebelahi Minjung. Dia mula memandang si bapa pula.

"Appa-" Tuan Lee pula hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu dan terus masuk ke dalam rumah.

Minho hanya mencebik dan masuk ke dalam rumah juga. Kesian dia tiada siapa nak backup hoho..

Sorang pegi la fly backup yitu anak!

Tbc

[√] Beautiful Mess || Seo Changbin حيث تعيش القصص. اكتشف الآن