Waktu tu adik aku takut sangat sampai tak boleh tidur jadi aku pun temankan dia.Yang paling aku menyampah dia tidur atas katil aku pula tidur atas lantai.Itulah sebab aku benci adik aku.
Jadi aku pun ada rancangan untuk mengenakan dia.Aku pun merancang untuk menakutkan dia pada malam itu.
Tepat pukul 11:00 malam aku pun memulakan rancangan aku.Aku memakai telekung dan aku juga memekapkan muka aku menjadi hantu yang menakutkan.
Aku pun menyorok di bawah katil sambil membuat bunyi.Adik aku mula bangun dan melihat bawah katil lalu melihat aku yang menyamar sebagai hantu.Dia pun terkejut lalu pengsan.Kemudian,aku membersihkan mekap di muka aku dan menanggalkan telekung yang dipakai aku.Aku pun melihat bahawa adik aku yang sedang pengsan sudah tiada di situ. Aku pun terkejut kerana aku memang pasti bahawa adik aku pengsan tadi.Tiba-tiba aku terdengar suara di luar bilik. Aku pun melihat di luar tiada siapa berada di luar.Tetiba-tiba ada orang menyentuh bahu aku lalu berkata "tengah cari saya ke tu"aku pun koma selama 3 bulan akibat kejadian tersebut. Aku mulai sedar dari koma.Aku terdengar suara nurse berkata awak dah koma tiga bulan. Ibu bapa awak pun risau akan keadaan tersebut.Kemudian aku koma selama 4 bulan lagi kerana ibu bapa aku dah mati sepuluh tahun lalu.
