01

16 3 2
                                        

PROLOG

Mari bercerita tentang kuasa-kuasa atau keupayaan diluar batas manusia, atau tentang makhluk-makhluk mitos yang mungkin menyerupai manusia tetapi jauh berbeza dengan mereka. Ada yang kata kalau mereka menyerupai seekor naga dengan tanduk diatas kepala, ada pula yang kata kalau-kalau mereka itu mempunyai sepasang sayap yang sangat indah menyerupai sayap malaikat. Lalu bagaimana dengan saiz mereka? Kata mereka, saiz mereka berbeza-beza, ada yang kecil seperti genggaman tangan manusia ada pula yang yang bersaiz besar seperti seekor naga.

Kata mereka lagi, mereka itu boleh berlari beribu-ribu batu hanya dalam satu malam atau mereka boleh mengeluarkan kuasa magik dan boleh bernafas didalam air. sayap-sayap indah yang melekat dibelakang mereka jelas menunjukkan bahawa mereka bukan manusia. Dengan sayap yang besar itu mereka mampu terbang tinggi dilangit.

Namun bagi mereka itu semua hanyalah mitos yang diceritakan oleh orang tua-tua kepada anak-anak mereka ketika malam sebagai peneman tidur mereka. tapi bagaimana dengan kamu? Apakah kamu percaya dengan kewujudan mereka? Atau kamu hanya menganggap mereka hanya sebagai cerita yang disampaikan oleh orang tua kamu sebagai cerita masa lapang?

Mari kita bercerita lagi, cerita ini mengenai sebuah kerajaan jauh dari jangkauan manusia, masih berada dibumi namun jauh dari kehidupan manusia. Sebuah tempat yang penuh dengan keajaiban dan kuasa magik yang hanya mampu kamu bayangkan dalam imaginasi terdalam kamu. Sebuah tempat yang penuh dengan makhluk-makhluk yang kamu anggap mitos dan tempat inilah yang akan mengubah persepsi kamu tentang mereka yang kamu anggap sebuah mitos.

Tempat ini terletak diantara garis yang sangat nipis sehingga mungkin dengan kebetulan kamu boleh masuk ke tempat ini. Garisan ini seperti gerbang yang boleh membawa kamu kealam yang penuh dengan keajaiban yang tidak terbayangkan. Hanya terdapat 7 gerbang  ini dibumi. Dan gerbang ini selalunya berada dikawasan yang sunyi dan tersembunyi. Jika anda bertanya jika gerbang ini berada di lautan Bermuda, jawapannya mungkin sahaja.

************************************

“hey, kamu tahu aku dengar bahawa merilyn tidur dengan sangat banyak lelaki. Tapi dengan penampilannya seperti itu tidak mustahil jika dia bukan perempuan murahan” sekumpulan gadis berkumpul disebuah meja bersesak-sesak berbagi cerita yang mereka dengar entah dari mana. Namun boleh dipastikan bahawa cerita yang mereka bagikan ke teman-teman mereka sudah tentu mereka dengar dari khabar angin yang tidak tentu dari mana akar timbulnya cerita itu

“yang benar saja kamu, memangnya cerita itu benar?” untuk memeriahkan lagi aktiviti gossip gadis-gadis itu sudah tentu seorang yang menyangkal fakta mengenai khabar angin itu perlu ada. Kerana pada akhirnya benar atau tidak cerita itu pasti dipercayai oleh mereka semua.

Hey, siapa yang tidak ingin mempercayai cerita yang mereka anggap menarik walaupun perkara itu boleh menimbulkan kesan yang buruk kepada orang yang menjadi sasaran cerita itu. Kerana pada kenyataannya, dunia pada masa kini kita hanya ingin mempercayai perkara yang ingin kita percaya tidak kira ianya betul atau tidak dan perkara inilah yang harus kita hadapi untuk terus bertahan.

“ ya sudah tentu, cerita ini aku dengar sendiri dari kawan abang aku, kata dia kalau perempuan itu sebenarnya berusaha untuk menggoda dia” gadis yang memulai khabar angin itu mencuba untuk mempertahankan kata-katanya. Wajahnya yang memang terkenal cantik dengan wajah kecil dan bola mata biru yang cantik menghiasi wajahnya menunjukkan kesungguhan ketika menyampaikan cerita itu.

Sungguh, wajahnya yang manis Berjaya menutupkan sifat sebenar gadis itu. Bibir mungil dengan warna merah merekah yang entah sudah berapa banyak kebohongan yang disampaikan gadis itu.

“what? Aku sangat tidak menyangka kalau Merilyn seorang gadis yang murahan” dan benar sahaja, kata-kata gadis itu Berjaya mempengaruhi mangsanya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 23, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BelieveWhere stories live. Discover now