⚙️01⚙️

631 93 7
                                    

Terasa kebas di pergelangan tangan. Sekali aku bergerak, sakitnya tak terkata. Tambah pula udara sejuk yang menyusup masuk ke tulangku.

Perlahan-lahan, aku membuka mata. Terpapar siling berwarna coklat cair yang tampak mewah.

"Aku kat mana ni?" aku amati lagi tempat ini. Sebuah bilik berukuran besar, tampak mewah dan berwarna coklat cair. Bilik ini dihias dengan tema moden classic.

Dan yang pasti, aku diikat di atas katil ini.

"T-tolonggg!!"

Ikatan tersebut aku rentap sekuat hati. Sakit sangat, tapi aku perlu lari!

Klek, ddum

Refleks, mataku beralih ke arah individu yang baru saja menutup pintu bilik.

"Lepaskan aku!"

Senyuman sinisnya menambah sakit hati aku. Apani? Apa motif aku diperlakukan sebegini?

Takkan lah, appa dah jual aku?

INTO YOU ; JAEMINWhere stories live. Discover now