"Cik Anggun, 2 orang yang nak pasang lukisan tu dah sampai. Cik Anggun nak suruh diorang masuk terus ke?" kedengaran satu suara halus Dari hujung intercom.
"Owh,diorang dah sampai ye. Awak suruh diorang masuk terus lah. Saya tunggu," balas wanita yang disapa sebagai Anggun tadi.
Anggun Leanndra binti Awaluddin merenung lukisan yang berada di hadapannya. Lukisan hasil tangan cinta hatinya itu telah lama terperuk di dalam stor. Hanya seminggu yang lalu baru lukisan itu dikeluarkan dan dihantar untuk diframekan. Dan baru hari ini jugalah hatinya benar- benar kuat untuk melihat lukisan itu dipajangkan di dinding bilik ofisnya. Baginya lukisan itu adalah memori dan hadiah terindah yang harus diabadikan di tempat yang selayaknya.
Tanpa sedar air mata Anggun mengalir perlahan. Jika diikutkan hati dan semangatnya, Anggun belum mahu mempamerkan lukisan itu kepada siapa- siapa pun. Tapi dek kerana pujukan 'ibu mertuanya' , Anggun akhirnya mengalah. Direnungnya kembali lukisan yang bermotifkan potret itu. Sungguh dia rindu yang teramat sangat pada pelukisnya. Secara tidak langsung kembali menggamit nostalgia dan kenangan 5 tahun yang lalu. Kenangan sewaktu menuntut di universiti dulu memberi seribu satu pengertian dalam kehidupan dan pengalaman yang paling berharga, kembali menerjah kotak fikirannya. Tanpa sedar sejalan waktu yang berlalu membawa dirinya ke destinasi yang ditetapinya hari ini. Di menara gading itu jugalah pertama kali dia merasakan nikmat mencintai dan dicintai dengan setulus hati. Bertitik tolak dari situ juga Anggun merasai nikmat mempunyai keluarga.
"Sayang I miss u so much," detak hati Anggun berkata sambil dia menyeka air mata yang semakin laju.
# TBC
YOU ARE READING
Anggun Iskandar
RomanceMencintai tak semestinya memiliki...jika tidak Di dunia mungkin saja di syurga....
