"Maksud kau?"

"Mana pemerah pipi? aku nak tambah sikit merah ni," jawab Sara.

"Kau takkan menyorokkan bekas itu?"tanya Xiao Lian.

"Oh, kenapa? Bukan aku buat sendiri. Hari ini akan aku ajarkan LI Yang Jian cukup -cukup di hadapan ibubapanya sendiri dan Zumu," kata Sara sambil memandang wajahnya di cermin. 'Kau tunggu LI Yang Jian, aku akan buat hidup kau berbeza mulai hari ini,'desis hatinya.

Laksamana Zheng He sampai bersama Shu Wu Ji dan pembantu mereka seramai 4 orang di rumah besar kediaman keluarga Li. LI Lao Ye dan Da Nyangzi menyambut mereka dengan baik. Lao Furen juga  berada di rumah besar kerana dia juga mahu melihat Li Yang Jian dan Mo Li Hua berpisah secara baik. Li Yang Jian masuk ke rumah besar itu dan mengangkat hormat kepada semua orang.

"Jian er, kenapa dengan leher kamu tu?"tanya Lao Furen. 

"Tak ada apa zumu, ada serangga menggigit," jawab LI Yang Jian berdalih. Dia duduk di sebelah Lao Furen. Yuan Yuan dan Han Mei juga berada di situ. Hari yang bersejarah dalam hidup keluarga Li kerana buat pertama kalinya puan besar muda diceraikan di hadapan semua orang. Sara masuk bersama Pipit dan Xiao Lian. Sara memakai pakaian berwarna kuning air semata mahukan cap tangan di lehernya kelihatan jelas. Laksamana Zheng He dan Shu Wu Ji terkejut lalu berdiri melihat leher Sara begitu. Keadaan Sara mengelirukan ibubapa LI Yang Jian juga.

"LI Hua!" jerit Lao Furen. "Kenapa dengan leher kamu?"tanya Lao Furen berjalan pantas kepada Sara. Laksamana Zheng He dan Shu Wu Ji juga berlari kepada Sara.

"Li Daren cuba membunuh cik muda," jawab Pipit tanpa dipinta. Hatinya masih panas mengenangkan perbuatan LI Yang Jian yang kejam itu. SHu Wu JI tanpa menunggu mencekak leher LI Yang Jian dan menumbuknya.Dia rebah di situ.

"Jian er!" panggil Li Lao ye dan Da Nyangzi mendapatkan LI Yang Jian membantunya bangun.

"Habis tu leher aku yang cedera ini? Siapa yang hendak bertanggungjawab?"jerit Li Yang Jian. "Hah?"

"Cik muda tidak akan mencederakan LI Daren kalau tidak terdesak," jawab Pipit.

"Hei! Kau tu pengawal peribadi sahaja. Siapa yang suruh kau bercakap?"balas Li Yang Jian mula hendak menjadi baran. Dia menolak Pipit. 

"Sudah! Kamu berdiri di sana," tengking Laksamana Zheng He. Dia memalingkan Sara kepadanya dan meneliti cap tangan di leher MO LI Hua yang putih bersih itu. Hatinya sebak. "Haizi, kamu tak apa-apa?" tanya Laksamana Zheng He lembut. Di situ juga airmata Sara turun dengan deras. Sememangnya dia tidak menangis tadi tetapi mendengarkan suara Laksamana Zheng He itu, hatinya menjadi sangat sedih. 

"Hei! Bukan kau kata kau racun aku tadi hah?" jerit Li Yang Jian cuba merapati Sara tetapi ditahan oleh LI Lao Ye dan pembantunya.

"Li Hua, Zumu minta maaf ya? Bagi pihak Jian er," ucap Lao Furen  mengusap rambut Sara. Sara memeluk orang tua itu kerana di rumah itu hanya Zumu yang melayan Mo Li Hua dengan penuh kasih sayang. Wajah Laksamana Zheng He sudah kemerahan menahan kemarahan.

"Zumu, tiada racun pun. Li Hua berbohong supaya Li Yang Jian tidak akan berpaling janji untuk menceraikan LI Hua," beritahu Sara habis airmatanya tumpah.

"Zheng gonggong, kami minta maaf bagi pihak LI Yang Jian. Apa yang berlaku hari ini amat memalukan keluarga kami," rayu LI Lao Ye. Yuan Yuan dan Han Mei berpandangan sesama sendiri. Hati mereka berbunga kerana mereka tidak perlu merancang apa-apa untuk menghalau Mo LI Hua dari rumah itu.

"Baiklah, aku boleh memaafkan tetapi surat itu perlu dibuat sekarang. Tak perlu makan tengahari kerana Shuang er akan keluar dari kediaman ini hari ini juga. Lai ren, ambilkan kertas dan berus!" tegas Laksamana Zheng He.  Li Lao Ye memaksa Li Yang Jian duduk . Sara yang tidak banyak berkata-kata melihat Shu Wu JI yang sugul selepas menumbuk LI Yang Jian tadi. Sara duduk di antara Shu Wu Ji dan Laksamana Zheng He. Kertas dan berus dibawa masuk oleh pembantu Zheng gonggong dan meletakkannya ke meja. "Li Daren, kertas dan berus sudah diletakkan. Sila tulis sekarang. Ingin aku mengingatkan ini titah Maharani," tegas Laksamana Zheng He. Lama LI Yang Jian mengambil masa untuk bergerak ke meja itu. Dia duduk dan menulis surat perceraian itu.  Sehabis itu, dia membacakan surat tersebut.

"Saya, LI Yang Jian, Panglima Kehormat Diraja yang juga pewaris keluarga LI dengan ini menceraikan Mo LI Hua sedari hari ini. Mulai saat ini, Mo LI Hua bukanlah berkaitan dengan saya Li Yang Jian atau keluarga Li. Oleh kerana Mo Li Hua menjadi isteri rasmi tanpa membawa apa-apa dari keluarga Mo, keluarga Li tidak akan memberi apa-apa bentuk pampasan. Apa yang telah dibeli atau diberi atau dihadiahkan dibenarkan untuk dibawa pergi. Selain itu, tidak dibenarkan sama sekali," selesai bacaan surat perceraian itu dibacakan oleh LI Yang Jian. "Siap. satu salinan untuk Mo xiaojie dan satu salinan untuk kegunaan rumah ini," sambung LI Yang Jian. Sara berdiri dan ingin melangkah untuk mengambil surat itu. tetapi Shu Wu Ji dan Laksamana Zheng He menahannya. Laksamana Zheng He memandang Shu Wu Ji dan Shu Wu Ji pergi mengambil surat itu dari tangan LI Yang Jian. Shu Wu Ji membawa surat itu kepada Sara. Sara membacanya. Dia pergi kepada Li Lao Ye, Da Nyang zi dan Lao Furen.

"Saya, Mo Li Hua, ingin mengucapkan terima kasih atas kasih sayang dan budi baik keluarga ini kepada Mo Li Hua. Mo LI Hua meminta maaf sekiranya Mo LI Hua pernah membuat kesalahan dengan sesiapa sahaja di rumah ini," kata  Sara memberikan salam hormat yang terakhir. Li Lao ye dan Da Nyang zi pergi membantu Sara untuk bangun dari melutut.

"Haizi, semoga kamu beroleh kebahagiaan dan keamanan dalam hidup kamu selepas ini," ucap mereka berdua. Sara mengangguk. Dia pergi kepada Lao Furen dan memeluk wanita itu sepuas hatinya.

"Li Hua akan rindukan Zumu. LI Hua berjanji akan mengirim berita selalu, ya?" kata Sara. Lao Furen sebak sehingga tiada kata yang boleh diucapkan. "Zumu jaga kesihatan ya?"pesan Sara. Dia memeluk Lao Furen sekali lagi. Lao Furen menanggalkan gelang jed berwarna merah jambu bercampur ungu dari tangannya dan menyarungkannya kepada tangan kanan Sara.

"Zumu sayang kan LI Hua," katanya perlahan. Airmata Sara turun sekali lagi. Sara mencabut cucuk sanggul emas dari rambutnya dan cucuk sanggul itu adalah yang paling disukainya dan dia mempersembahkan cucuk sanggul itu kepada Lao Furen.

"Li Hua juga sayangkan Zumu. Sepenuh hati Li Hua. Ini adalah cucuk sanggul yang maharaja dan maharani hadiahkan. Sar...er Li Hua sekarang berikan cucuk sanggul ini kepada Zumu,"balas Sara dia menghulurkan cucuk sanggul itu kepada zumu dan Zumu mengangguk. "Izinkan Li Hua letakkan sanggul ini ke rambut Zumu," pinta Sara lembut. Dia terus mencucuk sanggul itu ke rambut Zumu yang bersanggul kemas.

"Jaga diri Li Hua baik-baik ya,"pesan Lao Furen. Sara tersenyum dan berdiri, memberi salam hormat dan bergerak ke tempatnya di antara Laksamana Zheng He dan Shu Wu Ji.

"Mo LI Hua xiaojie," tegur Yuan Yuan sambil berdiri. "Jangan khuatir, saya akan menjaga keluarga ini dengan baik," sambungnya lagi. Sara memandang seketika wajah Yuan Yuan. Sara mengangguk tanpa kata dan duduk kembali. Tiada apa yang perlu diperkatakan kepada gundik kesayangan LI Yang Jian itu. Sememangnya hari itu dia merasa amat penat dengan semua drama Li Yang Jian dan Yuan Yuan timbulkan.

"Li Lao Ye, Da Nyangzi dan Lao Furen. Oh, LI Daren. Semoga apa yang berlaku hari ini tidak bocor di luar kerana yang menerima kesan lebih banyak ialah kamu," kata Laksamana Zheng He. "Hari ini saya membawa keluar anak saya dari kediaman ini. LI Daren, tolong jangan ada apa-apa perancangan untuk membalas dendam  ke atas Mo Li Hua. Jika ini berlaku bukan sahaja Li Daren menerima akibatnya, Zheng gonggong akan pastikan tiada apa yang dapat berdiri dalam rumah ini," tenang sahaja Laksamana itu berpesan. Keluarga itu berpandangan sesama sendiri. Mereka memahami apa yang dikatakan oleh Zheng Gonggong. Laksamana itu akan memastikan tiada yang dapat hidup dalam rumah ini sekiranya apa-apa berlaku kepada Mo Li Hua.  "Walau bukan kamu mencederakannya dengan tangan kamu sendiri, aku akan menganggap kamu yang bertanggungjawab," kata Zheng gonggong sambil melirik kepada Yuan Yuan dan Han Mei.  Mereka berdua terdiam seketika. Biarpun mereka dari golongan atasan, dengan Zheng gonggong, kedudukan mereka tidak setinggi mana. Suasana hening di ruang tamu itu seperti tiada berpenghuni dapat dirasakan seketika selepas pesanan itu. "Kami minta diri dulu," ucap Laksamana Zheng He memimpin Sara keluar dari rumah besar itu.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now