Bab 1 (Teaser not teaser gitchuuu)

75 2 4
                                    

Pin, pinnnnnnnnnn.
"Hoi! Mata letak kat mana?" Jerkah seorang pakcik yang berusia dalam lingkungan 40-an kepada si gadis. Hampir saja kena langgar dengan pacuan empat roda pakcik ni.

Meskipun dijerkah, gadis tersebut tetap diam membisu lalu pergi meninggalkan pakcik yang dari tadi tak habis-habis membebel lagi. Cair taik telinga ni pakcik oiiiii. Deruan asap motor EX5 yang beshe-beshe tu je makin lenyap menunjukkan gadis tersebut sudah memboncengnya jauh kehadapan.

"Kenapa dengan aku harini ek? Kenapa aku rasa macam ada something wrong somewhere?" Cewahhh, speaking london kau. Hahahaha.

Tiba-tiba terasa bumi seakan bergegar, laut bergelora. Kedengaran bunyi yang sangat kuat keluar dari seketul manusia yang bernama Alea Fitrah. Rupa-rupanya bunyi tersebut datang dari perutnya. Lapaq betui budak ni. Hahahaha.

"Patut arh, harini aku tak makan lagi. Lapar wehhhh." Monolog Alea Fitrah sendirian. Lantas motor dibonceng menuju kearah yang jalan yang tidak asing lagi buatnya. Kemana lagi kalau bukan ke tempat kerjanya iaitu 7 Eleven.

Serious lah heroin kerja 7E je? Serious arh? Apa standard? Eh, ikut suka author lah nak bagi heroin kerja kat mana pun. Idea author kan. Kerja 7E okay apa. Yang penting halal. Choii je nak pandang rendah kat orang yang kerja 7E. Pap kepala nanti baru tau. Muahahahahaha. Ketawa jahat.

Ting tongg... Menunjukkan ada seseorang melangkah masuk ke kedai serbaneka tersebut.

Kelihatan seorang lelaki berbadan tegap memakai hoodie dan cap sekali pakej mask yang menutup bahagian mulutnya. Gayanya tak ubah seperti oppa-oppa kpop yang nak naik flight. Apooo? Kau ingat kau macam oppa? Muka jawa dengan kulit sawo matang tu. Jauh bebenor bezanya dengan oppa. Dahlah pakai serba hitam.

"Selamat datang" sapa Alea Fitrah sambil melemparkan senyuman yang paling manis didunia ni. Cehhh. Nama pun pekerja. Kena lah beri servis terbaik pada customer. Maklumlah, customer always right.

Lelaki tersebut tidak menunjukkan sebarang respon lalu pergi mendekati peti ais yang berada di kedudukan hujung kedai tersebut.

'Sombong yakmat aih' bisik Alea Fitrah yang cukup didengari olehnya sahaja.

Usai mengambil 3 botol air Redbull, lelaki tersebut pergi ke kaunter pembayaran. Tempat dimana Alea Fitrah berdiri. 3 botol air Redbull diletakkan di kaunter tersebut.

"Harini ada promosi Encik. Encik boleh cukupkan pembelian RM20 keatas dan berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah barangan bernilai seratus ribu ringgit. Adakah encik berminat untuk cukupkan pembelian sebanyak RM20. Peluang ni encik. Jangan lepaskan peluang ni. Jarang-jarang ada peluang macam ni encik. Takkan encik nak lepaskan peluang macam tu je?" panjang lebar Alea Fitrah menerangkan tentang promosi tersebut kepada lelaki itu.

Lelaki tersebut hanya berdecik kecil. Walaupun bahagian mulutnya ditutupi oleh mask tetapi cukup untuk membuatkan riak wajahnya seperti sedang tersenyum senget.

Tiada jawapan. "Jadi macam mana encik? On tak on?" Alea Fitrah masih tidak berputus asa.

Lelaki tersebut hanya menggeleng tanda tolakan kepada penawaran tersebut.

Hampa dengan respon yang diberikan. Alea Fitrah mencebik lalu mengambil botol air Redbull tersebut dan scan harga. 'Dia ni bisu ke apa? Bukan main panjang lagi aku duk terang kat dia. Sepatah perkataan pun tak keluar dari mulut. Apasal ulser ke?!' kutuk Alea Fitrah didalam hati.

Belum sempat Alea Fitrah menyebut harga minuman tersebut, lelaki tersebut sudah menghulurkan sekeping not wang bernilai RM 50 lalu pergi menuju ke pintu keluar kedai tersebut.

Tergamam dengan tindakan lelaki tersebut. "Haish dia ni perli aku ke apa?"

Mesin wang ditekan dan baki wang dikeluarkan lalu Alea Fitrah memanggil lelaki tersebut.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 12, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Andai Dia Imamku🌻Where stories live. Discover now