" mian, kalau aku takde mesti kau dah happy dengan dia sekarang " Minkyu memandang Sunwoo dengan senyuman nipis

" benda dah jadi dan dia dah jadi milik orang dah pun. Aku hanya mampu memandang dari jauh dan sentiasa doa kan yang terbaik je lah untuk dia " tutur Minkyu sedih

Tiada guna nya Sunwoo minta maaf sekarang sebab semua nya dah berlalu

Sunwoo memandang belakang, lebih tepat lagi dia memandang kedai cenderamata itu

" birthday Sona bila? " soal Sunwoo tiba tiba

" kenapa kau tanya? Takkan lah kau taktahu? " soalan dibalas soalan. Selama ni Sunwoo berkawan dengan Sona tapi dia taktahu birthday Sona?

Sunwoo mengusap leher belakangnya. " aku tak pernah terfikir nak tanya hehe "

Minkyu menggeleng melihat Sunwoo yang dah tersengih itu. " 28/12 "

" wahh dah nak dekat la, kalau macam tu jom kita belikan dia hadiah alang alang kita dah kat sini " Sunwoo mencadang. Minkyu turut memandang belakang melihat kedai cenderamata

" aku tak perasan pula kita kat sini hshshhs " lalu kedua lelaki itu masuk ke kedai cenderamata tersebut untuk membeli hadiah hari lahir Sona yang bakal tiba dua minggu dari sekarang

🌱🌱🌱

" ambil ni " Sona mengambil sebuah buku diary tebal yang dihulur oleh Taemin

" apa ni sir? " soalnya sambil membelek buku diary itu

" buka lah "

Sona tanpa ragu membuka buku dan dia terkejut sebab terdapat namanya di dalam buku diary itu

' FOR YOU, CHOI SONA ❤ '

Sona memandang Taemin. " so ini... "

Taemin mengangguk. " buku itu milik Jungwoo "

" tapi, macam mana sir kenal Jungwoo? "

" dia adik saudara saya " dan sekali lagi Sona terkejut. Jungwoo adik saudara Taemin like seriously???

" saya jumpa buku ni seminggu selepas dia meninggal. Masa tu saya pergi rumah dia untuk tolong kemas apa yang patut dan masa saya masuk bilik dia, saya terjumpa ni " Taemin menceritakan macam mana dia boleh jumpa buku diary Jungwoo itu

" awak patut baca Sona walaupun saya tahu awak tak suka membaca " Taemin tergelak kecil. Sona adalah bekas anak muridnya yang paling dia rapat jadi semesti nya dia tahu perangai Sona yang tak suka membaca itu

" arraseo.. " balasnya perlahan

" em hyung, macam mana hyung boleh kenal Sona eh? " Haechan yang dari tadi diam akhir nya bersuara

Dia rasa macam tunggul pula kat situ since Taeyong, Doyoung, Johnny dan Jaehyun dah lama keluar. Taknak mengganggu katanya tapi Haechan disuruh tinggal di situ

" Sona pernah jadi student hyung masa kat Busan dulu " suara Taemin

" ah... " hanya itu yang Haechan jawab

Taemin memandang Sona kembali. " saya tak pasti apa yang awak pernah buat masa Jungwoo hidup dulu tapi saya nak ucapkan terima kasih Sona sebab hadir dalam hidup dia "

deskmate dari nerakaWhere stories live. Discover now