Isnin, 2 Mac 2020
Hatiku membuak-buak rasa ingin tahu yang mendalam. Namun apakan dayanya untuk bangun sedangkan dia hanya terbaring di katil hospital. Sekarang malamnya tidak seperti selalunya yang dia alami. Waktu malam gelap gempita sepatutnya ditemani cahaya bulan purnama yang sediakala menghiasi langit luas itu. Tetapi aku bukan seorang yang tamak seperti sesetengah orang diluar sana. Cukuplah baginya ada nota catatan hariannya. Walaupun berwarna suram di penglihatan orang lain, namun tidak baginya. Nota itulah yang menjadi teman sejati sehariannya. Sungguh ringkas.
Buku nota ini sebenarnya aku beli daripada seorang pakcik tua yang menjual diari-diari klasik di sekitar lorong kecil atau senang kata, jalan tikus untuknya keluar dari hospital secara senyap. Begitu aneh untuk melakukan jual beli di kawasan terpencil sebegitu. Aku tidak berfikir panjang ketika itu,jadinya terus beli sahaja tanpa mengambil duit baki kerana melihat keadaan pakcik tua itu membuatkan hati kecilku tersentuh. Harga buku itu bukannya terlalu mahal pun untuk dia beli. Oleh itu, tiada salahnya membeli dengan niat untuk menolong lelaki tua itu. Walaupun jenis diari yang dia pilih secara rambang itu tidaklah semengah diari-diari yang pernah dia miliki sebelum ini, namun semacam ada tarikan kuat. Lelaki tua itu yang sarankan aku untuk beli diari yang berwarna gelap. Waktu itu aku agak tergesa-gesa untuk pulang ke bilik wad semula. Jadi, aku ambil, bayar dan melangkah.
Sebelum kakiku melangkah jauh, telingaku dapat menangkap bait-bait kata lelaki tua itu.
"Nakk, buku diari ini luar biasa dan yang pastinya lain daripada yang lain, kamu akan terasa magis."
Pakcik tua itu senyum nipis untuk aku yang mengejar waktu. Walaupun otakku cuba mencerna kata-katanya, namun keadaan mendesakku untuk terus pergi melangkah tanpa bertanya lebih lanjut dan aku cuma sempat memberikan senyuman semanis gula sahaja....
Okey, itu sahaja untuk catatanku harini. Betul telahan lelaki tua itu, buku ini luarannya kelihatan suram tetapi didalamnya luar biasa. Cuma aku sahaja yang tahu magisnya. Mungkin, pakcik tua itu juga lebih tahu daripada aku.
Sekian... Nantilah aku sambung sebab aku kena rehat dulu selepas makan ubat pahit ini. Werkkk... rasa macam nak muntah pun ada.
...................................................................
Hari ini,
Biar malam ditemani bulan,
Langit dihiasi bintang yang melata,
Biarpun masih gelap di atas sana,
Mata bundar itu mahu menatap lagi,
Rambut beralun manja walau ditepis kasar oleh angin,
Hari ini dia tidak tahu,
Sosoknya diperhatikan sang bulan.
ANDA SEDANG MEMBACA
Catatan Gelap
FantasiKadang-kadang menulis diari itu boleh dijadikan terapi bagi seseorang. Menulis setiap kisah sehariannya. Hari esok takkan sama dengan harini. Dia catat dibuku gelap itu tanpa mengira berapa perenggan ataupun mahunya cuma diluah melalui puisi sa...
