Never click suspicious links
Reminder: Wattpad will never ask for passwords, payment information, or other sensitive account security details.

Pengenalan

9 1 0
                                        

Ayu telah diberi namanya untuk seorang bayi yang berkulit putih, mata bundar bersinar dan lahirnya dia ke bumi Miracle ini suasana disegenap ruang berarak menjadi tenang yang tadi hingar-bingar. Tangisannya terdengar sayup-sayup sahaja. Tiada satu pun burung-burung yang berani berkicauan waktu itu. Langit biru cerah terbentang luas diatas sana langsung ditemani mentari yang tidak pernah bosan memberikan sinarnya. Tapi, hari itu mentari terlebih pantas dan ekstra terang menyumbangkan cahayanya. Angin sepoi-sepoi bahasa juga tidak mahu tertinggal bagi mengirimkan khabar yang terbaik untuk marhaen di bumi yang penuh dengan magis.

Pasangan bahagia Amri dan Amira menyambut anak sulung perempuan mereka dengan rasa yang bercampur baur. Gembira bukan kepalang, sedih dan takut dicampur adukkan di dalam hati mereka. Yang tahu hanya mereka bertiga sahaja. Bidan Saraswati telah menyambut kelahiran anak mereka pada dinihari itu, nasib baik rumahnya hanya selang dua rumah sahaja dari rumah pasangan bahagia  itu.  Bidan Saraswati sememangnya berkawan baik dengan Amira sejak kecil lagi. Terlalu muda baginya untuk menjadi seorang bidan namun itulah dia Saraswati perlu mewarisi tradisi keluarga turun termurunnya.

"Amri, anak kau ni lain daripada yang lain. Jagalah dia sebaik-baiknya kerana suatu hari nanti pasti ada anasir jahat yang mahukan jiwanya." pesanan Bidan Saraswati.

"Apa yang kau cuba sampaikan? Aku langsung tak paham."Amri sejujurnya keliru.

Dia bukannya tak bahagia dan tak bersyukur, lagi-lagi anak sulung perempuannya baru sahaja selamat dilahirkan. Amira juga mudah bersalin namun hatinya tetap tidak mampu menyembunyikan rasa yang kurang menyenangkan. Cumanya dia tidak tahu apakah yang bermain di fikirannya.

"Macam ginilah Amri, kau hantar anak kau ke Nung Zana setelah umurnya mencecah usia 10 tahun."
Bidan Saraswati cuba menenangkan Amri dengan memberi cadangan bernas.

Terkebil-kebil mata Amri tatkala dengar nama tersebut. Nung Zana tinggal di kawasan pergunungan nun jauh dari bumi Miracle ini. Dia seorang wanita yang tegas, pantas, teliti dan dadanya penuh dengan pelbagai ilmiah. Ramai kesatria yang mahu belajar daripada dia. Namun tidak semudah itu, kerana Nung Zana tidak pernah tersalah pilih untuk dijadikan anak muridnya.

"Nung Zana. Dia guruku dulu dan aku sangat mengenalinya. Dia juga telah menurunkan sedikit ilmunya padaku. Saraswati, buat masa ini kau jagakan anak sulung dan isteri tercintaku, Amira. Ini amanat untuk kau."
Amri perlu bertindak segera sebelum anasir jahat itu mengetahui berita kelahiran anak perempuannya.

"Baiklah, akan aku jagakan amanat kau ini. Sebelum itu aku perlu tahu ke mana kau mahu pergi dan bagitahu peristiwa penting kepadaku."
Bidan Saraswati hanya menurutkan sahaja kehendak suami sahabat baiknya.

Hening pagi membuka lembaran baru bagi mereka yang perlu bersiap-siaga. Angin yang bergemerisik bagaikan berbisik-bisik kata semangat untuk Amri. Nama keramat yang baru sahaja diutarakan oleh Saraswati sememangnya memberi secubit aura kelegaan baginya. Dia amat yakin Nung Zana mampu membantunya dalam hal ini.

"Sekiranya lahir sahaja cahaya matamu yang pertama, bawalah dia kepadaku kerana akanku turunkan ilmu satu ini untuknya."

Pesanan Nung Zana itu telah direkodkan dalam minda Amri. Walaupun sudah beberapa tahun lamanya, dia masih ingat lagi semua ilmu yang diajarkan oleh gurunya itu.

Amri bergegas ke ruang bilik tidurnya yang bersaiz sederhana lalu dia mengemas segala barang keperluan ke dalam beg galasnya.

"Nah, dalam buku ini menceritakan beberapa peristiwa penting tentang bumi Miracle. Bacalah pada waktu dinihari."
Amri memberikan buku itu kepada Saraswati.

"Baiklah, pastikan kau balik sini tepat pada waktunya. Nanti aku jelaskan pada Amira."

Saraswati memandang Amri sehingga lelaki itu kluar dari daun pintu rumah yang sederhana.

Setelah Amri melangkahkan kaki kanannya keluar dari rumah ini, maka bermulalah misi pengembaraan  yang penuh dengan warna-warni bagi  si anak kecil bernama Ayu.

Ayu biarlah kelihatan pada luarannya tetapi isi rohaniah dan kekebalan dia biarlah orang tertentu sahaja yang tahu.

Kepercayaan,
Kesetiaan,
Kawan sehati sejiwa,
Itu semuanya termahal.

Dipergunakan,
Dilupakan,
Menghilang setelah mengemis hak sendiri,
Orang itu terlalu murah.
    

Bersambung............................

Author :
Psstt, saya tahu pembaca mesti tertanya-tanya. Misi apa? Pengembaraan apa? Anasir jahat?
Hehehehehe.. Nanti kan next bab ye..
Jangan lupa vote. Commentlah apa2 yang patut saya perbaiki. Mana tahu comment pembaca dapat membantu saya dalam penceritaan ini.

Maaf sekiranya ada terkurang kerana saya juga manusia biasa yang perlu banyak belajar. 😊😊😊❤️❤️

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 28, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CincinStories to obsess over. Discover now