Lia POV
'Maaf, kami ingin memaklumkan bahawa anda gagal mendapatkan kerja sebagai cleaner di syarikat kami.'
" HUWEEEEEE, OMMAAAAAAA. "
Hai guys, nama aku Kim Lia. Umur aku dah 21 dan currently, aku ialah seorang penganggur berjaya. Tak, aku bukan pemalas. Aku dah cuba lamar semua jenis kerja, dari yang memrlukan penggunaan otak sampailah yang tak perlukan otak. Sedih, semua reject aku. Kerja cleaner yang makcik-makcik tu boleh dapat pun aku tak dapat. Kau tengok betapa malangnya hidup aku?
" Opocot anak jiran sebelah kawin dengan sultan!ㅡ
Kau ni dik, omma lesing dengan lesung batu ni sia-sia je tau tak hidup kau tu. "
Plak!
Aduh. Apa salah aku?! Aku nak mengadu dengan mak sendiri pun salah. Kau tengok, tak pasal-pasal belakang aku kena tampar. Sakit tau. Aku pandang omma dengan cebikan, minta kena pujuk lah konon.
" Apa pandang omma macam tu? Nak kena lagi? ", tanya omma dengan tangan diangkat.
Acah nak pukul lah tu. Hmph, orang merajuk gi batu belah batu bertangkup karang baru tau.
" Alah omma ni, bukan nak pujuk Lia. Lia dah lah tengah sedih! ", ucapku dengan suara sengaja diperlahankan.
Nak raih simpati dan perhatian kena macam ni guys. At least itu yang Google bagitau aku, tak tau lah mujarab ke tidak.
" Sedih kenapa? Baru teringat diri tu single? "
Crack
Dengar tak? Ha tu bunyi hati aku retak je guys, don't worry. Banyak kali jadi dah. Omma aku mulut memang savage, ada abang-abang pun lebih kurang je. Appa aku? Jangan tanya, itu lah ketua dari segala savage kalau korang nak tau.
" Omma! ", jeritku membuatkan omma yang tengah minum teh dipetang hari menyemburkan kembali teh dia
" Budak ni kan, omma dah kata jangan menjerit kan! Omma ni senang terkejut, nak sangat ke tengok omma kena serangan jantung? "
Omma jerit boleh pulak. Haih, agak-agak kalau aku cakap macam tu, selipar rumah dia yang fluffy-fluffy tu melayang kat kepala tak?
" Iyelah-iyelah. Orang minta maaf. Nak cakap, ingat tak kerja yang adik apply haritu? "
" Kerja? Ohh, yang kerja jadi cleaner dekat Cre.ker tu eh? "
" Haah, cuba omma teka result dia. "
" Eleh, teka konon. Tak lepas lah tu. Kan? "
Aku mengangguk dengan laju. Omma gelak menjadi-jadi membuatkan aku geram. Uih, kalau bukan sebab mak aku, dah lama aku tolak masuk parit. Sabo je lah.
" OMMAAAAA YOUNGHOON DAH BALIK. "
Tu dia abang aku yang paling bising dalam dunia dah balik. Siap-siap kejap lagi perang rumah kali keseratus meletup.
" Tepilah kau, semak je memekak depan pintu. "
Tengok, aku dah kata. Siap-siap je lah nanti nak dengar omma bebel. Kalau diorang dua je kena takpe, ni tak, nanti aku pun kena sekali. Sakit hati titew.
" Woi Kim Youngshin, aku tua dari kau empat minit tau. "
" So what? Empat minit je bukan 40 minit. "
" Kalau 40 minit, kau dah mati dah dalam perut omma. "
" Patutnya aku abang, aku susah payah tolak kau keluar tau tak. "
YOU ARE READING
Baby Sitter ¦ Lee Sangyeon
Humor" Maaf ya ahjussi, saya ni baby sitter Seoyul je. Bukan omma dia. " " Kalau macam tu, sudi tak awak jadi omma kepada Seoyul? "
