Perkataan mantiq berasal daripada Bahasa Arab, dengan kata perbuatan nathoqo (نَطَقَ) yang membawa maksud berkata-kata dan berfikir.
Ilmu mantiq seperti mana yang telah didefinisikan ilmuan Islam merupakan suatu ilmu merangkumi kanun dan kaedah yang mana dengan kaedah tersebut, akal kita mampu terpelihara daripada tersilap dalam berfikir. Mudahnya ilmu mantiq ini adalah ilmu Logik.
Inti pati ilmu ini mencakupi dua topik utama. Pertamanya Tasawwur, yang melibatkan bahasa, pendefinisian dan pengkategorian sesuatu. Mengapa pendefinisan penting?. Kerana andai saja sesuatu perkara itu tidak mempunyai definisi yang disepakati, pemahaman terhadap sesuatu kenyataan atau premis juga akan berbeza.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Contohnya, bila disebut "duit", kita akan faham ia sebagai kertas yang bernilai dengan reka bentuk tertentu dicetak daripada material tertentu. Dan andaikan saja ada orang lain memahami duit dengan erti kepingan batu berwarna emas yang digali dari tanah.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Maka ketika kita menyatakan "duit itu kertas", kenyataan kita tidak akan disokong oleh orang yang memahami duit adalah kepingan emas. Inilah sebabnya pendifinisian penting bagi mengelakkan hujah yang sia-sia.
Setelah perbahasan tasawwur selesai, barulah kita boleh masuk ke dalam pintu topik yang kedua iaitu Tasdiq. Padanya dibahaskan tentang Qias atau hujah, yang dibina daripada premis-premis untuk mendapatkan keputusan yang diyakini penghujah.