Khabar Yang Menggembirakan

133 13 23
                                        

"Kakak, mak mati!!!" Jerit Hanif sekuat yang mungkin apabila melihat sekujur tubuh berada di lantai dapur.

Laila yang sedang khusyuk melipat baju di perkarangan rumah lantas bangun dan berlari pantas ke dapur tempat punca suara yang memanggilnya bergema.

Tanpa membuang masa, Laila meletakkan jari pada nadi emaknya. Ternyata, apa yang dikatakan adiknya semua dusta belaka!

"Pang!!", bunyi pipi lembut adiknya yang berusia 6 tahun berlaga dengan tapak tangan lembut milik Laila. Ini merupakan satu perkara yang amat pelik kerana Laila merupakan seorang yang berperwatakkan lembut dan bersopan santun. Namun siapa sahaja yang tidak marah apabila nyawa orang kesayangannya dicemari dengan penipuan?!

Adiknya berlari masuk ke bilik dan menangis teresak-esak kerana hentaman yang diberikan oleh kakaknya amat menyakitkan hati dan emosinya.

Laila tahu bahawa ibunya pengsan, lalu dia mencapai  senaskhah akhbar yang ada di atas meja kayu dan menggunakannya untuk mengipas ibunya yang tidak sedarkan diri itu. Matanya merah tanda kesedihan tatkala mengenangkan nasib ibunya.

"Aku hairanlah, mak aku tak ada sakit apa-apa pun." Bisik hati kecil Laila bercampur kehairanan yang menyebabkan fikirannya buntu bersulam celaru.

Setelah beberapa minit menggoncangkan tubuh emaknya dan mengipas-ngipas dada emaknya, emaknya akhirnya terjaga.

"Mak, biar Laila papah mak ke bilik tidur ye mak" kata Laila dengan nada yang sayu. Tapi jauh di sudut hatinya, dia berasa hairan mengapa air muka emaknya tidak kelihatan seperti orang yang sakit.

"Tak yah lah kau nak menyusahkan diri, mak boleh bangun sendiri." Ujar emak Laila dengan nada selamba. Ibunya mengajak Laila duduk di ruang tamu untuk berbincang. Laila hairan mengapa tindakan emaknya agak pelik pada ketika ini.

"Mak aku biar betul, baru lepas pengsan terus ajak sembang?" Laila berbicara dengan dirinya sendiri.

"Aaaaahhh!! Aaaaahhhh!!!"
" Bunyi apa tu Laila?" Soal emak Laila yang mempunyai nama timangan iaitu mak cik Senah kepada anak perempuannya itu.

"Maaf mak, tadi Laila tampar adik sebab dia cakap mak dah mati." Jawab Laila dengan rasa kesal. Laila sebenarnya masih berasa bersalah selepas melempang adik tunggalnya itu.

Mak cik Senah mengetuk pintu bilik Hanif, ternyata Hanif sudah cukup tinggi untuk mengunci bilik tidurnya. Kemudian, mak cik Senah berkata kepada Laila,"Biarlah adik kau tu, nanti berhentilah tu nangis lepastu mintak susu. Sebenarnya, mak ada hal sikit nak cakap dengan kamu ni."

"Mustahak sangat ke mak?" Soal Laila ringkas. Emaknya menyambar tangan Laila dengan pantas dan pergi ke ruang tamu setelah mengambil sepucuk surat yang terjatuh bersebelahannya sewaktu dia pengsan sebentar tadi.

"Laila, kamu jangan tekejut ye." Kata emak Laila dengan nada yang penuh dengan sifat keibuan.
Emaknya menghulurkan surat-surat tersebut ke tangan Laila.

Tawaran Melanjutkan Pelajaran ke University Of Granada

Kepala surat tersebut sahaja sudah membuatkan Laila seperti berada di sebuah alam yang jauh lebih indah daripada apa yang dia pernah impikan.

"Mak, Laila layak ke universiti?!" Teriak Laila kegembiraan tatkala mengetahui bahawa segala jerih-payah yang dikorbankannya selama ini bukanlah seperti kerakap di atas batu, hidup segan mati tak mahu. Ternyata, titik peluh Laila membuahkan hasil yang lumayan!!

"Sebab tu lah mak terkejut sampai pengsan, kau rasa sebab apa?" Jelas emak Laila dengan nada yang selamba. Kata-kata yang terpacul daripada mulut emaknya itu telah berjaya menguraikan simpulan kusut persoalan yang tidak habis-habis berlegar dalam benak fikiran Laila.

Runtuhnya Kasih Di Bumi AlhambraStories to obsess over. Discover now