Manusia dan cinta sentiasa bersama
Kejarnya tiada penghujung
Tidak lepas dari rantainya
Hingga lupa pada Yang Agung
Cinta umpama bayang-bayang
Hadir diwaktu terang
Dikala gelap ia langsung hilang
Tiada cahaya dan tiada bintang
Apa guna bercinta?
Jika sekadar membuang masa
Apa guna bercinta?
Jika cinta kerana nafsu semata
Hanya luka yang tercipta
Bersama airmata setia
Hanya duka yang tersisa
Buatku manusia hina
Sungguh manis dan pahit
Segala kenangan yang telah terjadi
Walaupun ianya perit
Tetap ku simpan dihati
Pergilah cinta, pergilah jauh kesana
Carila yang lebih sempurna
Aku doakan semoga bahagia
Dan kekal lama dari cinta kita
Banyak janji yang sudah ditaburi
Sehingga kini hati aku tetap mati
Tiada rasa tiada jiwa tiada isi
Dan memilih untuk menyendiri
- 24 MAY 2020 -
