•.¸♡ 21 : Kenal tetapi tidak Sedar♡¸.•

Beginne am Anfang
                                    

"Yahhh!!" Mark mengejar Pakcik tersebut. Aku terpinga-pinga. Aishh budak ni.

"Tunggulah"

Aku tidak dapat berlari seiring dengan kelajuan Mark. Lalu bayangannya hilang. Aku berhenti sebentar. Nafas ku tercungap-cungap kepenatan.

Aku teruskan semula berlari. Nasib ku begitu baik kerana mereka tidak jauh dari situ. Dengan jelas aku melihat Mark sedang mencekak baju lelaki itu.

Namun pakcik itu agak kuat, dia menolak Mark sehingga tersandar ke dinding. Aku sudah cuak. Lagi-lagi tangan Mark hampir patah akibat kemalangan itu.

"Mark gwenchana?!"

Mark abaikan pertanyaan ku. Dia menarik lelaki itu lalu menumbuknya sekuat hati menggunakan tangan kanan. Aku terkejut.

"Mark andwae!!"

Bukan sahaja satu tumbukan oleh itu pakcik tersebut jatuh kesakitan. Mark memandang ku dengan wajah yang agak lebam. Tangannya mengalirkan darah kembali. Mark tak sakit kah?

-Di Balai Polis-

Kami duduk secara bersebelahan. Ahjusshi tersebut digari manakala tangan Mark masih berdarah. Aku mengeluh sahaja,dia degil.

"Ahjusshi, betul awak langgar pemuda ni?"
Angguk
"Kenapa?"

Ahjushhi tersebut diam sahaja. Dia bagaikan keliru.

"Kenapa?!" Mark meninggikan suara sehingga polis tersebut juga terkejut.

"Sa.. saya diupah..."

Terbuntang mata kami berdua. Upah? Wahh siapa pula yang dengki ni? Aku ada musuh ke? Ke musuh Mark? HOH MATA! Musuh appa aku? Ehh jauh berfikir

"Oleh siapa?" Soal polis itu. Ahjushhi tersebut diam.
"Saya tanya sekali lagi,oleh siapa?"

Mark yang tidak dapat bersabar lagi terus mencekak lelaki itu lalu menekankan mukannya pada meja.

"Talk right now!"
"Encik bawa bersabar"
"Mark!"

Pakcik tersebut mengerang kesakitan. Lalu dia mula bercakap.

"Hye... Hye.. sung..., Hye Sung-ahh!"

"Bwo?!" Kami berdua tersentak.

•••|Jisoo|•••

"Wahhh segarnya udara Canada!" Aku mendepakan tangan sambil memejamkan mata di hadapan airport.

Pak!

"Sakitlah!" Aku mengusap kepalaku yang baru sahaja di ketuk.

"Berangan apa lagi? Ambil ni" Katanya lalu menyuakan dua bagasi kepada ku. Nasib anak pengerusi! Kalau tak aku cincang!

Kereta mewah yang sudah disediakan berhenti tepat di hadapan kami. Manakala punjangnim (tuan pengerusi) terus meloloskan diri ke dalam perut kereta sambil membetulkan cermin hitamnya.

"Aku angkat sorang kah?!" Aku menumbuk-numbuk udara. Eiii geramnya!

"Buat apa lagi tu?"
"Ohh? Kejap kejap"

My Crush, Bestfriend & I【JJK】Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt