"Sebab dekat dengan UM jadi senang dan jimat minyak. Satu lagi dekat dengan pejabat pos, memudahkan urusan saya untuk mengepos barang-barang ke pelanggan. Alhamdulillah, bersyukur sangat dapat tempat sewa ni. Terima kasih sangat sangat," ujarnya panjang lebar.

Puteri ketawa kecil dengan ayat terakhir Nureen. Belum apa-apa lagi dah berterima kasih dapat menyewa di sini. Wah! Yakinnya kamu...

Puteri berdiri dari tempatnya lalu menghulurkan tangan untuk berjabat dengan Nureen lalu disambut gadis itu.

"Welcome to Queen."

Gadis itu terpinga-pinga sebentar sebelum dia melompat gembira mendengar apa yang dikatakan oleh Puteri.

"Terima kasih, awak. Saya memang betul-betul bersyukur dapat tinggal di sini. Jadi bila saya boleh pindah masuk?" tanyanya teruja. Malah tangan Puteri juga belum dilepaskan.

"Esok petang lepas asar dah boleh masuk," jawab Puteri.


***


Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengahari. Ada lebih kurang lima orang lagi yang masih menunggu giliran. Maka Puteri memutuskan untuk memanggil dua orang sekali gus.

"Hidayah Husna dan Haily Zainun Husaini."

Seperti biasa, selepas nama dipanggil, maka akan ada yang menyahut kemudian datang mengambil tempat di hadapan Puteri.

"Let's make it fast. Kenalkan diri dan kenapa awak nak sewa kat sini." Malas mahu berbasa-basi, Puteri terus menuju ke agenda utama.

Gadis yang memakai baju kurung merah jambu dan dikenakan dengan tudung bawal berwarna putih memulakan langkah terlebih dahulu.

"Saya Hidayah Husna. Boleh panggil Una. Umur saya 24 tahun dan sekarang saya bekerja sebagai guru tuisyen. Dan saya pun menjadi penulis separuh masa. Saya nak menyewa dekat sini sebab dekat dengan tempat tuisyen tu," Jawab Una seperti mana yang dikehendaki Puteri.

"Jangan bagitahu saya yang awak ni Una Dreamer?" Puteri memandang Una dalam-dalam.

"Ya, saya." Dua perkataan yang keluar dari bibir gadis berlesung pipit itu membuatkan Puteri menjerit teruja. Una pula ketawa kecil. Sudah biasa melayan peminat seperti Puteri ini.

"I'm one of your fans. Oh my god, I'm freaking excited. Nice to meet you, Una." Kedua-dua tangannya disatukan di dadanya. Riak teruja bercampur gembira sangat jelas di wajahnya.

"Saya biasa-biasa jelah," balas Una segan.

Manakala seorang lagi perempuan yang turut berada di situ kelihatan seperti bingung sekali. Sesekali jarinya menggaru kepala. Kadang-kala turun ke leher.

"Bila saya boleh mula?" Pertanyaannya mematikan perasaan excited Puteri untuk seketika.

Puteri mendehem perlahan sebelum dia membetulkan duduknya.

"Sorry. You may start now."

"Baiklah assamualaikum warrahmatullahiwabarakahtuh. Nama adalah Haily Zainun Husaini. Kalau kawan boleh gelar Hail tapi yang betul-betul rapat boleh gelar Zana." Dia ketawa halus seketika sebelum menarik nafas.

"Awak adik Hail Husaini ke?" Tidak tahu kebetulan atau tidak tapi pertanyaan Puteri ini serentak dengan Una.

Hail terdiam sesaat sebelum dia menjawab.

"Kami bukan adik beradik tapi jiran. Masa mak saya mengandungkan saya, Hail Husaini selalu datang rumah nak makan nasi goreng ayam. Jadi disebabkan rasa terharu, mak saya pun bagi nama tu pada saya," jelasnya dalam masa tiga saat sahaja.

Bapak laju dia cakap.

"Okey... sambung," arah Puteri. Una pula masih memandang Hail tanpa berkelip mata. Agaknya kagum dengan Hail.

"Umur saya 24 tapi birthday lambat lagi soooo saya masih 23. Saya ni sebenarnya baru habis degree dalam TESL. Nanti nak sambung master. So saya kerja dulu di Seven Eleven dekat area ni jugak. Sementara tu saya pun mengajar jugak juniors saya. Saya nak sewa dekat sini sebab rumah mak ayah saya jauh. Lagipun saya tak ada kenderaan nak pergi balik dari universiti pastu pergi kerja pulak. Tak mahulah susahkan ayah saya. Dia pun ada life dia sendiri. Lagi satu makan dekat sini free. Eh terbebel pulak. Maaf, saya nervous..."

Sumpah dia punya cakap tu laju gila. Sekali lagi Puteri terdiam. Dia langsung tidak sempat mencatat apa-apa butir bicara yang keluar dari bibir gadis yang turut berbaju kurung itu.

Namun sejujurnya, gelagat gadis itu amat mencuit hatinya. Terasa ringan sebentar beban yang digalasnya sekarang ini.

"Tapi nak cari penyewa pun kena interview. Kerrrlas kau, Jah," kata Hail lagi. Una pula ketawa kecil.

'Macam mana dia tahu nama aku?' Sekali lagi hati Puteri berbisik.

Abaikan, Put.

"Both of you, esok pindah masuk rumah. Bawak barang-barang yang penting dulu. Welcome to Queen," ujar Puteri senang.

Kedua-dua gadis itu juga gembira dengan apa yang dituturkan oleh Puteri.

"Terima kasih terima saya dekat sini. Saya hargai sangat-sangat." Mereka bertiga kemudian berpelukan.

***

Tiga orang sudah dijumpai. Maka tinggal seorang saja lagi. Orang ketiga dan keempat selepas Una dan Hail sudah dipanggil namun penampilan mereka tidak kena di mata Puteri.

Walaupun Puteri bukanlah seorang yang alim dan warak, namun dia tidak sanggup menerima housemate yang berpakaian miskin. Koyak sana, koyak sini. Dedah sana, dedah sini.

Puteri tidak suka. Puteri cerewet orangnya.

Maka tinggal seorang saja lagi.

Nur Hani Zarina.

"Come here." Gadis itu digamit oleh Puteri.

Seperti yang disuruh, si empunya diri pun berbuat demikian. Tanpa perlu diarah, dia sendiri sudah melabuhkan duduk di atas sofa empuk itu.

"Kenalkan diri dan kenapa nak sewa sini?" Soalan yang sama diutarakan.

"Nur Hani Zarina atau Han. 21 tahun dan student in diploma of business and management di Kiara College. Saya nak berdikari."

Ringkas tetapi tepat dan padat. Daripada percakapannya saja, Puteri sudah dapat meneka gadis ini merupakan seorang yang suka buat hal sendiri dan banyak memerhatikan sekeliling. Pendiam itu sudah pasti.

Semestinya tidak susah untuk dirinya menjaga Han.

"Esok petang pindah masuk. Bawak barang-barang yang penting dulu. Welcome to Queen," ujar Puteri ringkas.

"Are you sure?" tanya Han mendatar.

"Yes, I am."

"Thank you, miss."

"Not a big deal," jawab Puteri sambil mengemas barang-barang yang bersepah di atas meja kopi itu. Jam di tangan kanannya dipandang sebelum dia mengeluh kecil.

"Han, you boleh balik dulu. Apa-apa you contact je I dekat WhatsApp," kata Puteri lembut.

"Okey, aku pergi dulu." Tanpa berjabat tangan seperti yang lain, Han terus keluar meninggalkan apartment itu.

Puteri hanya tersenyum mendengar bicaranya. Kata ganti diri 'aku' lebih senang.

Sambil menutup pintu gelangsar balkoni yang terbuka luas, Puteri mengeluarkan telefonnya lalu mendail nombor pembantu peribadinya.

"I will be there in 15 minutes." Panggilan terus diletakkan.

Housemate sudah dicari. Sekarang masa untuk dia mencari rezeki pula.

CROWNSWhere stories live. Discover now