"Ahh aku nervous~" Suara Baekhyun menyedarkan aku dari lamunan.
Aku menoleh ke kanan. Dia sedang mendongak melihat awan. Wajah halusnya ku tenung. Aku tak tahu kenapa, setiap kali aku tatap wajahnya, hatiku menjadi sayu.
Mungkin aku sedar bahawa kami hanya ditakdirkan menjadi sahabat sampai bila-bila.
"Relaks lah weh." Ujarku sambil ketawa kecil.
"Aku tak boleh relaks dah ni. What if masa akad nikah tiba-tiba aku jadi auto gagap?"
Aku tergelak besar mendengar luahan Baekhyun itu. Dari kecil hingga dewasa, sikap gelabah tetap ada dalam dirinya. Tak berubah.
"Kau ni kan! Cuba bertenang sikit. Belum apa-apa dah gelabah. Aku rasa kalau Lisa tahu perangai kau macam ni mesti dia menyesal." Usikku. Baekhyun mencebik bibir dan memberikan jelingan tajam ke arahku.
"Tapi kau tak pernah menyesal jadi kawan aku kan?" Baekhyun senyum nakal.
Senyuman aku pudar. Aku melihat ke dalam mata Baekhyun. Bibir aku terus menjadi kaku. Aku tiada jawapan untuk itu. Kerana perasaan 10 tahun lepas tidak sama seperti sekarang.
Jika kita tidak pernah kenal, aku takkan rasa terseksa begini. Aku menyesal sebab kenal kau.
ČTEŠ
[C] LOSING YOU [ BBH x OC ]
Fanfikce"Mati hidup semula pun aku takkan kahwin dengan kau!" Kata-kata aku 10 tahun lalu kini memakan diri. Aku tersenyum sinis. Kau memang bodoh Erina Alissya! Baekhyun dah nak kahwin, tapi kau masih menaruh perasaan terhadap dia. Bodoh. 🍂 Mula : 14 A...
![[C] LOSING YOU [ BBH x OC ]](https://img.wattpad.com/cover/220648236-64-k66783.jpg)