"My dear, I rasa nak makan seafood kat fish market. Jom!" kata Khairi.

Biar betul mamat ni. Dia ni bergurau kah? Mana mungkin mereka dapat makan bersama. Bukankah Khairi berada di Amsterdam? Seingatnya itu yang Khairi bagitahu sewaktu menelefonnya tiga hari lepas. Terjongket keningnya, berkerut dahinya memerah kotak memori yang sejak akhir-akhir ini asyik bekerja lebih masa.

Sejenak Jihan teringat perbualannya dengan Hazman pada satu malam. Hazman menemaninya makan epal pada waktu tengah malam. Jihan di Eau Claire, Hazman di Malaysia.

Dejavu!

"Are you kidding me? Aren't you supposed to be in another continent very far away from here?" usul Jihan, yakin Khairi hanya bergurau.

"I lied."

Huh?

"Kenapa? Tak percaya?"

"Cakap betul-betul lah. You kat mana ni?"

"Lobby, downstairs. Do you want to invite me in or you nak I tunggu kat bawah ni? Cepat bersiap."

Baiklah. Dia ini dah melampau ni. Kalau ya pun nak bergurau, janganlah lebih-lebih. Tak baik mempermainkan perasaan seorang perempuan seperti dia. Katanya, kawan. Kawan mesti faham apa yang telah dan sedang dilalui oleh seorang perempuan bernama Nurjihan.

"Nurjihan!" Suara Khairi seperti bergema dalam telefon.

"Err... ya..." Tergagap-gagap Jihan menjawab.

"I am serious. I am downstairs. I am not happy right now. Hidung asyik meleleh dari tadi. I kesejukan. I lapar. Kalau you tak percaya, I akan pergi tekan buzzer apartmen you."

Selepas beberapa detik, betul-betul buzzer berbunyi. Jihan bergegas pergi mengangkat gagang interkom.

"Yes?"

Ruang tamu yang tadinya dingin tiba-tiba terasa hangat. Peluh mula membutir di dahi Jihan. Rasa panik mula menyerang sehingga Jihan menggigil. Orang diabetic yang hypo pun tak menggigil teruk begini.

"Go and get ready, Jihan. I won't take no for an answer."

"Give me a few minutes. Tunggu kat situ."

Tanpa membuang masa, Jihan berlari masuk ke bilik. Capai dan sarung apa sahaja yang dia rasa sesuai yang tidak memerlukan dia menggosok terlebih dahulu. Bising pula si Khairi itu nanti sekiranya dia mengambil masa yang lama untuk bersiap. Dia berdiri menghadap cermin. Seluar jeans biru. Check. Sweater putih (supaya dia tidak perlu memakai jaket). Check. Tudung biru pastel. Check. OK, Bolehlah tu. Anggap saja lulus. Memadai menyapu bedak sikit-sikit pada muka dan mencalit gincu berwarna koral muda supaya bibir tidak nampak pucat. Sepasang mata yang berbingkai hitam itu memang sudah tidak dapat dibantu. Kena pakai concealer setebal dua inci baru dapat hilangkan warna lebam mata beruang panda. Mungkin.

CLOSURE - DY FINALE (PUBLISHED)Where stories live. Discover now