16 爱 : Unconscious

Start from the beginning
                                    

Ella mengeluh sebentar lalu dia menyambung perjalanan ke sebelah kanan. Di bahagian ini ada bilik-bilik untuk kegunaan tetamu, bilik Luis dan juga biliknya sendiri.

Dia menjeling ketika melintas bilik abang angkatnya. Kelihatan lampu masih lagi terpasang. Pasti terlupa nak matikan.

Ella berniat mahu pergi masuk sahaja terus ke dalam biliknya sendiri, namun, satu suara asing dan pelik memberhentikan langkah kakinya. Bulu roma meremang sendiri. Permukaan pintu bilik Luis direnung lama.

Mata gadis itu membulat. Tangannya naik menekup mulut. Walaupun rasa tidak sanggup, namun dia perlahan-lahan mendekati bilik Luis. Suara yang menjijikkan tadi kedengaran lagi. Kali ini lebih jelas. Ella juga dapat menangkap irama muzik perlahan disertai dengan bunyi keluhan nikmat seorang perempuan. Dia tahu itu bukan milik orang sebenar, tapi, suara audio.

"Fuck, Ella!"

Ella memegang dada sendiri. Hampir jatuh air matanya. Ya Tuhan, abang...

Apa yang abang buat?

Sakit telinga gadis itu mendengar setiap rintihan Luis dari dalam. Dia jijik. Tersangat jijik. Sanggup abang angkatnya membayangkan dia sedemikian. Seperti dia ini merupakan perempuan yang kotor. Hina.

Ella menekup mulut sekali lagi apabila dia tidak dapat menahan esakan. Dia melangkah laju menuju ke arah bilik dan mengunci pintu. Serapat yang mungkin.

Entah kenapa tangannya menggigil. Dia rasa begitu takut. Dia baru sahaja menjadi saksi dirinya sendiri dibuat bayangan nikmat orang lain.

Trauma kini memeluk tubuh gadis itu.

Dia meletakkan beg tangan dengan segera ke atas katil dan telefonnya dicari. Nombor Jungkook yang pertama didail.

Gagal.

Nombor kedua pula ditekan.

Gagal juga.

Kerana perasaan yang bercampur baur, dia melemparkan telefon ke atas bantal lalu segera dia berlari ke arah bilik mandi. Tanpa membuka baju, dia terus membasahkan diri. Kulit badannya digosok-gosok sehingga menjadi merah. Seperti dia sudah benar-benar disentuh dan kotor.

Biarpun itu tidak benar, dia masih rasa jijik. Sampai hati Luis memperlakukannya begini.


"Siapa perempuan tu?" Seorang lelaki berparut pada kening meneguk wain. Dia dan rakan-rakannya kini sedang berada di satu sudut terpencil di belakang dewan. Mata tidak lari dari memerhatikan pergaduhan kecil anak-beranak di hadapan.

"Ada sesiapa kenal dia?" Lelaki tersebut bertanya lagi.

Rakan yang berada di tepi, memandangnya sambil mengangguk.

"Mestilah dia kekasih budak tu, Shawn. Siapa lagi, kan? Dah dia cium depan orang ramai. Confirm-confirmlah ada hubungan special."

Lelaki berparut di kening bernama Shawn ini mengecilkan mata. Mindanya ligat berfikir.

"Aku...sebenarnya masih keliru nak bezakan musuh kita yang mana satu."

"Kita patut tengok lebih dekat. Baru dapat tahu."

"Dwaesso," Shawn menolak gelas winenya ke dada si rakan dengan kasar. Dia menjeling situasi pertengkaran anak-beranak di hadapan sebelum memasukkan tangan ke dalam poket, "aku ada kerja lagi penting untuk diselesaikan."


"Ay Dios! Querida!"

Jeritan Puan Carmela menggemparkan suasana pagi pada keesokan harinya. Berdegup laju jantung wanita itu melihat puterinya terbaring di lantai bilik mandi. Satu badan basah. Air pancut pula masih berjalan. Entah dari jam berapa. Tidak dimatikan.

"Mi amõr, kenapa ni sayang?" Puan Carmela tak dapat menahan air matanya daripada jatuh. Kepala Ella yang tidak sedarkan diri dipangku olehnya. Dia pula rela duduk dan basah pakaian. Nampak sahaja botol ubat yang tertumpah di atas lantai, dia semakin resah.

"Ella..."

Rambut gadis itu diselak ke belakang. Sejuk kulitnya. Pucat satu muka. Menggeletar Puan Carmela. Dia mengerling sekejap ke arah ubat yang tertumpah tidak jauh dari darinya.

Ubat anti-depressant.

"Ella, bangun sayang..."

Puan Carmela tidak faham kenapa Ella perlu menelan ubat tersebut. Memang dia sendiri tahu akan kewujudan ubat ini dalam simpanan gadis itu kerana dulu, Ella perlukannya selepas berjumpa dengan doktor. Dia tidak dapat menahan tekanan kerana balet, oleh itu, ubat ini menjadi penenangnya.

Hampir berbulan juga Ella berhenti mengambil pil anti-depressant disebabkan kesan sampingannya yang boleh mengganggu hormon badan. Puan Carmela pun tahu Ella dah simpan baki ubat dan tak pernah sentuh lagi. Tapi, kenapa...

"Apa dah jadi?" Sir Raul muncul di muka pintu, dengan wajah risau. Luis ada di belakangnya. Kelihatan bingung. Beberapa orang pembantu rumah juga datang berkerumun. Terkejut melihat keadaan cik muda kesayangan mereka terbaring tidak sedarkan diri.

"Panggil doktor. Cepat. Saya rasa dia pengsan," Puan Carmela memaksa dirinya bersuara dalam kesedihan. Jari-jemari naik menghilangkan sisa air di wajah puterinya.

"Luis, call her doctor."

Luis mengangguk dan terus membuka langkah pergi. Sir Raul masuk ke dalam kamar mandi, dia turut menyentuh wajah Ella Audrey. Terlalu sejuk.

"Apa yang jadi dekat dia?" Sir Raul berpandangan dengan Puan Carmela. Puan Carmela menggeleng.

"Saya tak tahu. Tapi, dia makan ubat dia balik. Saya risau sangat ni."

"Biar saya angkat dia dulu."

"Baik. Saya sediakan tuala."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
❪ COMPLETED ❫  🌟 ─  ❝ 스타는 연인을 넘어 ❞ | 蝴蝶 Healer Killer : Star Crossed Lover ♡Where stories live. Discover now