Z O M B I E

1.9K 23 0
                                    

9.30 pagi,
Pagi. Matahari dan Aku tersesat. Mujur saja aku pakai baju lengan panjang tetapi takde apa yang boleh tutup muka. Jadi aku tumpang berteduh di sebuah pondok.

Aku takut nak keluar, Aku taknak terbakar. Taknak sakit. Aku tidak tahu Aku dimana. Aku rasa Aku sudah jauh dari kem dan Aku tak rasa Aku berada di vampswood.

Sayap Aku rosak, aku tidak tahu bagaimana mahu membaikinya. Aku tidak dapat terbang dengan baik!

BAM!
Sebuah bola terkena di kepala aku. "Adeh!"

Aku menggosok kepala. Aduh, sakitnya!

Seorang budak lelaki mengambil bola yang melantun di sebelah aku kemudian dia memandang Aku hairan.
"Kakak ada taring!"

Aku berkerut. "Kamu tiada taringkah?"

Budak itu menggeleng. "Kami tak pernah ada taring. Kakak cantik"

Aku senyum. "Terima kasih"

Budak lelaki itu melambai ke arah aku sebelum berlalu ke sebuah tempat yang aku sendiri tidak tahu. Kejap! Kalau dia tiada taring... Maknanya aku memang benar-benar bukan di Vampswood dan kemungkinan aku berada di kampung species lain. Tapi species apa? Werewolf? Zombie? Atau.... manusia?
Ah no, no, no. You're not going to friends with them. Mama dan ketua kampung tak bagi!

Jadi aku kena balik, balik ke tempat asal aku! Tapi macammana?

PAK! Entah dari mana, tiba-tiba seorang wanita muda terbaring di atas pondok dengan botol arak di tangan.

"I'm sorry, my bad that my sister going wild" Ujar seorang lelaki muda lalu menarik kakaknya yang mabuk itu.

"No, no it's okay. It's fine" Aku senyum tawar. Vitch, they're weird! Kulit mereka putih kehijauan. Lelaki tu pula... Handsome.

"Hey, awak sesat ke?" Soal lelaki itu.

"Sesat?!" Wanita itu mengangkat mukanya kemudian dia menarik aku lalu mencium bau Aku.
"Ah, otak manusia" Ujarnya lalu baring semula ke lantai.

"Manusia?!" Dia bangun sekali lagi.
"I'm hungry! Let me eat you!" Tiba-tiba saja dia menarik kaki aku, membuka mulut dan menggigit kaki aku namun tidak.

Dia hanya gigit dan kemam. Langsung tak rasa sakit.

"Kenapa ni... Sepatutnya manusia akan cair dengan asid mulut kita" Ujarnya dalam keadaan yang masih mabuk.

Lelaki itu memandang Aku hairan.
"Awak ada taring... Werewolf?"

Aku menggeleng. "Saya... " Aku memasukkan taring Aku ke dalam jadi ia kelihatan seperti gigi normal.

"Saya bukan...  werewolf. I'm alien like you guys"

Lelaki itu merapatkan mukanya ke muka aku. Ah, situasi ni lagi.
"Yelah, tapi saya bukan werewolf, saya vampire"

Mereka berdua ternganga melihat aku. Kemudian terus mengangkat aku dan melindungi aku dengan badan mereka.
_-_-________________________
PAK!
Aku dicampak di atas sofa. Mereka menutup setiap tingkap dan pintu di setiap penjuru.

"Woah, woah. Kenapa gelap sangat ni?" Soal aku.

"Ouh, kami ingatkan vamps tak sukakan cerah"

Aku senyap seketika kemudian mengangguk faham. "Jadi, kenapa bawa saya balik sini?"

"Habis awak nak cari rumah awak sendiri?" Soal wanita itu.

Okeyh, make sense. Tapi baik aku cepat sebelum aku berkawan dengan mereka. It doesn't make any sense that I'm here.

F A N T A S I A Where stories live. Discover now