P R O LO G

526 69 11
                                    

"Every curse has a blessing, and every blessing has a curse-"

BUM!

Terhinjut bahunya. Wajah segera dipaling ke arah pintu yang terkatup rapat. Langkah kaki dibawa laju ke sana. Tombol pintu dipulas-pulas.

Berkunci.

"Jangan buat saya macam ni." Pintu diketuk berkali-kali.

"Hoi lembap. Kau duduk lah dekat bilik berhantu ni seorang-seorang." Tawa dari luar terdengar.

"Kau fikir kita orang nak berkawan dengan kau ke huh?" Tawa mereka masih bersisa.

"Perempuan boring, aku nak kau jauhkan diri dari Jabir. Jom kita blah,"

Ameliath tak bersuara. Tertunduk menekur lantai, dia bukan gadis bodoh. Dia cuma terlalu mudah percaya pada manusia.

Seperti tadi, mereka berjanji padanya tapi akhirnya dia tetap ditipu dan dikhianati.

"Kenapa semua orang tak suka Lia?" Disoal pada diri sendiri.

Suasana diluar bertukar sunyi. Ameliath yakin yang mereka sudah pergi meninggalkan dia bersendirian di sini. Perlahan punggung dilabuhkan ke lantai. Memeluk lutut.

Membiarkan airmata jatuh sebelum wajah diangkat semula. Jemari mengelap kasar permukaan pipi. Retinanya meliar di sekeliling bilik, tiada apa yang menarik.

Tak tahu apa patut dilakukan di bilik ini semalaman. Tak semena kornea mata terpandangkan satu peti besar. Lama renungannya terhala pada peti berkotak itu. Terlihat seperti harta karun.

Lambat-lambat tubuhnya bangkit. Langkah kaki dituju ke tempat tersebut, cuba membuka peti itu.

Namun sayang, berkunci.

"Bilik ini jadi larangan sebab ada harta karun ke?" Diujar perlahan.

Telefon bimbit di kocek dikeluarkan. Torchlight dibuka. Disuluh di sekitar itu, cuba mencari kunci. Sepuluh minit Ameliath mencari sebelum dia berteriak kecil.

"Jumpa pun!"

Tak tunggu lama, segera lock dibuka. Sedikit teruja, kotak peti ditolak ke atas. Ameliath terbatuk kecil... Segala debu dan hama terhidu hidungnya.

Berhabuk.

Tapi saat matanya terlihat sesuatu yang berada di dalam peti itu, anak matanya hitamnya membulat.

"Wah, cantiknya." Segera baju tradisional melayu lama itu dikeluarkan.

Baju yang ada ciri bangsawan itu diacu di tubuh. Sesuai dengan ketinggiannya. Entah kenapa pakaian tersebut seolah-olah memanggilnya untuk memakai. Aksesori kepala dicapai dan turut disarung. Rantai leher dan gelang kaki tembaga turut diambil.

Lengkap. Ameliath terlihat persis seperti wanita terdahulu, klasik.

Barang terakhir di situ dibawa keluar. Kotak peti ditutup dan gamelan tersebut ditaruh di atas tempat itu. Habuk dibersihkan dengan tangan.

"Cuma barang antik? Tak ada apa yang berharga pun, kenapa bilik ni jadi bilik larangan?" Disoal diri sendiri.

Tak mahu bebankan fikiran, jemarinya bermain dengan permukaan gamelan. Alat muzik ini sentiasa menarik minatnya. Kerana gong itu setiap kali diketuk akan mengeluarkan irama yang indah di pendengaran.

Tanpa aba-aba, gamelan tersebut diketuk sekali.

Ding!

Mengeluarkan bunyi kuat. Entah perasaannya atau sememangnya benar, bunyi itu seakan bergema seantero kuliah.

Kali kedua diketuk, serasa seakan ada satu angin menyapa wajah. Pedulikan tentang itu.

Ameliath mengetuk buat kali ketiga.

Ding!

'Bila bunyi bersatu, kau dan aku menjadi satu.'

Sekonyong, jemarinya terasa disentuh sesuatu. Ameliath angkat wajah, menatap seorang wanita.

Tidak, dia patut gelar entiti di depannya.

Berpakaian tradisional sama sepertinya.

Dengan raut wajah yang hitam dan berkedut, mata itu hanya bewarna putih seutuhnya.

'Bila bunyi bersatu, kau dan aku menjadi satu.'

Perkataan itu diucap sekali lagi.

Tubuh Ameliath kaku. Menggeletar hebat, ini kali pertama dia melihat entiti di depan mata.

"Argh!"

Serentak dengan itu, tubuhnya terdorong ke belakang. Terjelepok di atas lantai. Ameliath mahu segera bangkit tapi tubuhnya mengeras tatkala terasa jemari menahan bahunya.

'Kau milikku,'

Perlahan dagu Ameliath ditarik. Tanpa rela wajahnya dipalingkan ke belakang, dipaksa menatap entiti itu.

Retinanya menatap tepat iris mata putih itu, dan cahaya terang seakan terbias dari mata tersebut menembus padanya.

Bagaikan kaset. Segala penderitaan entiti diperlihatkan pada Ameliath.

Cara kematiannya-

Yang mewujudkan dendam kesumat.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 19 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CURSED: A tale of RatnaWhere stories live. Discover now