C h a p t e r O n e

257 9 6
                                        

Atiqah : 12 tahun

"Happy birthday Atiqah !!" Orang ramai bertepuk tangan dengan kuat sambil menyanyi kan lagu hari jadi kepada nya. Betapa gembiranya dia melihat semua rakan-rakan, sepupu-sepupu, dan keluarganya yang lain meraikan jamuan sempena hari jadi dan keputusan UPSR nya keluar.

"Eh eh... dah pukul 9 dah ni. Cepatlah tengok result Iqah !" Makcik Maira iaitu adik bongsu kepada Encik Amran sungguh teruja mengalahkan mak bapak budak.

"Heh iye iye, sabar la Maira oii... bukan kau yang ambil ujian. Kau tengok si Iqah tu , rileks je. Kan Iqah." Encik Amran melihat wajah Iqah yang sedang pucat. Dia mula rasa gementar. Peluh mula membasahi dahi yang putih mulus itu.Tiba-tiba...

*Ting!!

Selama 30 saat menunggu penantian mereka, akhirnya mesej yang baru sahaja diberi terpampang result UPSR Atiqah.

"6A!!"

Makcik Maira yang lama menunggu pun terkejut melihat result Atiqah dan mula berteriak seperti 'Mak Lampir'. Setelah mendengar berita, Atiqah pun menghembus nafas lega dan mengelap peluhnya dengan tudung bawal yang berwarna hijau muda miliknya. Ibu bapanya juga tidak ketinggalan. Mereka menangis kegembiraan dan memeluk erat tubuh badan Atiqah yang ramping itu.

Tidak sia-sia Aina dan Amran membesarkan anak seperti dia. Dahlah cantik , pandai pulak tu.

Mereka semua bergembira sekali lagi meraikan result UPSR Atiqah yang sungguh cemerlang. Tidak lama selepas itu, acara memberi dan bertukar hadiah pun bermula. Semuanya gembira mendapat hadiah yang cantik dan comel-comel belaka. Dalam kegembiraan orang ramai ada juga yang sedih tidak mendapat hadiah yang diingini. Bersyukur lah apa yang kita dapat ya anak-anak semua.

Selesai sahaja majlis hari jadi Atiqah, orang ramai pun balik ke halaman rumah untuk berehat setelah penat bergembira dan terlalu banyak makan. Betapa gembiranya dia mendapat banyak pujian dan sokongan daripada keluarganya. Ada yang memberi hadiah, ada yang memberikan sedikit motivasi supaya dia tidak lalai dengan keputusan nya.

~Selepas 3 tahun...~

"Huahhhh!!" Atiqah bangun dari tidur yang lena lalu menguap dengan sekuat hatinya. Selepas itu, dia mengambil sesuatu di bawah katil miliknya. Setelah dilebarkan, dia pun mula membuat regangan badan supaya badan tidak sakit bila membuat aktiviti.

Sedang dia membuat regangan, tiba-tiba sahaja pandangan nya meluru ke arah kalendar.

"Eh dah tanggal 21 ! Harini hari jadi aku !" Atiqah menuruni anak tangga satu persatu dengan cepat lalu memberitahu ibu dan bapanya. Tetapi, sampai sahaja dia di ruang tamu, kelibat ibu dan bapanya sudah tiada. Dia melihat jam. Sudah pukul 9 dimana mereka sudah mula berangkat pergi ke tempat kerja.

Atiqah tidak putus asa. Dia menghubungi ibu nya dan memberitahu perkara sebenar.

"Sorry Iqah, nampaknya ibu tak dapat nak sambut hari jadi Iqah sekarang. Ibu sibuklah. Nanti malam insyaallah kita raikan sama-sama ye. Bye, Assalamualaikum..." Sedih. Kebelakangan ini ibu bapanya sentiasa sibuk bekerja. Selama dia menginjak ke umur remaja, dia dapat rasakan yang dia tidak diperlukan lagi. Tapi itu hanyalah sekadar perasaan. Kita tidak boleh memburuk sangka terhadap kedua orang tua kita.

Atiqah bersendirian di rumah. Dia pergi ke ruang tamu untuk menceriakan diri tapi bosan masih melandai diri. Perutnya pula mula berkeroncong menandakan dia harus mengisi alas perut. Atiqah pergi ke dapur lalu membuka kabinet dan mencari makanan yang ada.

Terlihat sebungkus maggi kari sahaja yang ada di kabinet itu. Dia pun mengambilnya dengan keadaan yang kecewa dan memasak maggi tersebut.

Setelah selesai makan, Atiqah rasa mengantuk dan masuk ke dalam biliknya. Dia merapikan punggung nya terlebih dahulu lalu menjatuhkan badan nya di atas katil yang empuk lagi selesa itu.

*Tenet tenet , Tenet tenet !!

Atiqah terbangun dari mimpi yang indah dan melihat jam yang menunjukkan pukul 3. Dia baru teringat yang dia belum menunaikan solat fardhu Zohor. Dengan keadaan yang kelam kabut, dia memasuki tandas dan mengambil air wudhu lalu segera menunaikan ibadah solat.

Habis sahaja menunaikan solat, Atiqah kembali merasa bosan. Tiba-tiba dia teringat dengan rakan-rakannya. Dia mengambil telefon bimbit miliknya lalu mengajak rakan-rakan nya untuk keluar bersama. Semua bersetuju untuk lepak di suatu pusat membeli-belah. Atiqah pun dengan terujanya bersiap untuk spendtime dengan rakan-rakannya.

Akhirnya mereka semua pun berjumpa di Pavillion Mall dan bergembira bersama-sama. Seperti biasa rutin perempuan apabila di mall adalah wajib untuk pergi membeli-belah. Mereka singgah ke satu kedai yang bernama "Sephora". Masuk sahaja ke dalam kedai itu, mereka semua rambang mata seperti hendak membeli semua yang ada didalam kedai itu. Tapi mereka batalkan niat itu semua. Takut nanti keluar kedai sahaja isi dompet tinggal habuk.

Setelah 1 jam di dalam sana, akhirnya mereka pun berganjak keluar dan mencari kedai lain untuk dikunjungi. Habis sahaja mereka membeli-belah, rakan-rakan Atiqah bercadang untuk menjamu selera di restoran mewah iaitu restoran 'Delightfull'. Maklumlah semuanya anak orang kaya. Atiqah apa kurangnya, mak bekerja sebagai pengurus dia sesebuah syarikat. Ayah pulak seorang CEO di syarikat 'Amal Jariah'. Hidupnya memang senang, tetapi kasih sayang tidak senang :(.

Mereka semua mencari tempat duduk dan memesan makanan. Pelbagai menu yang mereka pesan seperti Lamb Chop bersalut emas yang boleh dimakan, corndog dan banyak lagi. Selepas habis sahaja mereka menjamu selera, rakan-rakan Atiqah memberikan hadiah yang cukup menawan baginya. Senyuman terukir di wajahnya. Rakan-rakan nya juga turut gembira kerana dapat menyambut hari jadi Atiqah.

Selesai sahaja jamuan itu, mereka pun mula bergegas untuk ke rumah kerana jam sudah menunjukkan pukul 6 dan mereka masih belum solat. Semasa Atiqah sedang berjalan hendak keluar mall, tiba-tiba...


don't forget to vote ! vote to vote <3 💋

882 words 🍑✨

Crush (Part Two)Where stories live. Discover now