(Answer by ateez)

Telefonnya berdering menandakan panggilan masuk. Dia pantas menjawab panggilan daripada seonghwa.

"Hmm.. Asal call? "

"Yah ! Kau dekat mana? Kitorang dekat depan rumah kau ni.. Kata nak makan ayam.. "

"Ala, aku dekat sungai han.. Korang masuklah dulu.. Pintu tak kunci.. Nanti aku datang okey "jelas yunho di dalam panggilannya.

Tuttt..

Panggilan pun tamat, yunho menyimpan semula smartphone nya.. Dia mengelamun seketika..

"Masuklah.. Pintu tak kunci "

Dan disitulah baru dia tersedar yang..

"MASALAH?! "

Dia bergegas meninggalkan sungai han itu.. Sekarang ni baru dia teringat yang miera.. Ohmygod.. Jangan terkantoi lah sudah..

•••••••••••••

"Dia suruh kita masuk.. Sekejap lagi dia tiba.. "Kata seonghwa.

Mingi membuka pintu utama, nasib tidak terkunci. Bila dia buka sahaja..

"Arghh! "Situasi tidak dijangka kan apabila miera juga berada di hadapan pintu utama.

Mingi menutup pintu semula, dia memandang membersnya. "Erkk, betul ke ni rumah yunho? "Soal mingi kurang pasti, sebab dia buka sahaja pintu. Dia nampak figura seorang yeoja.

"Halusinasi kau je kot.. "Kata san.

Mingi membuka pintu semula. Masih tetap sama, tiada perubahan pun.. Tetapi yeoja.. Dia menutup pintu buat kali ke dua.

Dia menatap membersnya semula. "Bila masa yunho tukar jantina eh?.. "

"Cuba kau buka balik.. "Arah yeo sang pula.

Buat kali ketiga.. Mingi buka pintu semua. Tetap tiada perubahan. "Yunho?.. Kau tukar jantina ke apa? Siapa kau ni?.. Aku tersalah rumah ke? "Soal mingi bertubi-tubi kepada miera.

Miera memandang mereka silih berganti, di dalam hatinya dari tadi tertanya-tanya.. Siapakah mereka semua?

"K.. Korang ni siapa? "Akhirnya dia membuka mulut.

"Sekejap, kami tanya kau.. Kau ni siapa ya? "Seonghwa pula menyoal miera.

Habis mana satu nak dijawab eh..

Yunho pun baru tiba, pandangan tertumpu pada yunho pula yang dalam keadaan tercungap-cungap..

"Yunho? "

Yunho memandang miera, alamak sudah terkantoi.. Dia memukul dahinya perlahan.

"Sekejap.. Yunho, ni siapa? "Soal hongjoong yang sudah keliru.

Yunho tersenyum kelat.. Matilah yunho.. Sempat lagi dia menelan air liur.

••••••••

Mereka semua duduk bertentangan dengan miera manakala yunho menundukkan kepalanya ke bawah. Mungkin ahlinya akan tanya pelbagai jenis soalan.

Members ateez memandang miera yang leka bermain dengan jari jemarinya. "Annyeong saya mingi "mingi menghulurkan tangannya.

Miera tatap tangan mingi kosong.. Mingi memandang nya dengan berharap..

Krikk.. Krikk...

Miera langsung tidak membalas huluran tangannya.

"Erkk.. Buat malu aku je "mingi menutup wajahnya yang sudah kemerahan padam.

"Ermm.. Nama kau siapa? "Kali ini seonghwa menyoal miera.

"Oh, byun miera.. "Balas miera ringkas.

"Umur? "Soal san pula.

"18 tahun.. "

Terus mereka terbeliak biji mata.. Yunho juga turut terkejut..

"18?"tanya hongjoong untuk kepastian.

Miera mengangguk kepala. "Yelah, takkan 20 pula "sindir miera.

"Yah, yunho. Kau tinggal serumah dengan budak sekolah.. "Kata seonghwa.

"Maybe.. Lawa "tambah yeo sang sambil tersenyum.

Mereka semua memandang yeo sang kosong.

Yeo sang mengerut dahi, dah kenapa mereka semua tertumpu dekat dia.

"Ala, aku cuma puji je "kata yeo sang.. Seperti teragak-agak.

"Erkk.. Korang boleh tak simpan rahsia ni.. Aku takut manager tahu je, jadi korang jangan buka mulut eh"pesan yunho, dan di balas dengan anggukkan members nya.

"Kitorang akan tutup mulut.. "Kata hongjoong sambil menepuk bahu yunho.

Yunho memandang semua members dengan wajah lega, haraplah rakannya dapat membantu dia..

To be continued..

【C】 STAY :: Live With Me |I 정윤호Where stories live. Discover now