P3NA

7 0 0
                                    


Ceritanya masih sama seperti sebelumnya. Tentang aku yang masih berdua sejak 5 tahun lepas. 5 tahun yang gagal serba serbi.
Petang itu, di kala angin gerbas gerbus membelai tubuh, nun di pulau mutiara, gua tekad buat panggilan ke rodong gua yang satu2nya tercampak di utara. Gua pun kadang geram juga ke rodong gua yang sorang ni. Punyalah jauh merantau. Tapi dah rezeki dia begitu. Mungkin faktor beliau dekat dengan keluarga mentua menjadi titik asbab dia mahu menetap di sana.

Potong cerita, dengan bersungguh diajak gua untuk singgah ke rumah yang disewanya. Mulanya gua menolak. Namun memandangkan dulu gua pernah menolak pelawaannya sekali, justeru hati gua jadi kacau jika menolak untuk kali kedua.

Suasana di Sungai Petani memang tak terduga ketara bezanya. Keadaan trafik sangat perlahan tatkala marhaen bertenang tenang sahaja balik kerja. Takde nak bawak motokar macam pelesit. Langsung tak nampak rakyat Kedah tergesa gesa di jalan raya. Justeru gua jadi penasaran. Tapi gua terpaksa ikut rentak yang akhirnya perlahan2 menerima seadanya.

Taman perumahan macam kampung sunyinya. Gua tak tahu macam mana rodong gua boleh hidup di pinggir kota semacam itu. Tapi, gua yakin sara hidupnya mesti rendah kalau nak banding KL sama JDT.

Tak banyak yang kami bualkan. Tentang kucing, tentang jiran yang cuma pulang hujung minggu, tentang kota yang sudah mati kendatipun malam masih muda. Perut lapar, kami ke pekan pekena char kiew tiaw. Jauh naharam ke Penang pergi dia. Selesai, gua pun pulang ke JDT bersama bini.

Dua minggu yang lepas, rodong gua itu menerima kehadiran keluarga baru dengan diberi cahaya mata yang pertama selepas 6 tahun. Syukur. Gua? Jika ditanya, memang belum rezeki lah jawapannya. Namun gua percaya tidak hari ini, esok. Tidak bulan depan, tahun depan. Tidak tahun depan, sedekad depan. Pasti ada rezeki yang tak terduga. Tuhan sudah atur segala. Mudah2an. Maaf jika tulisan gua ini tak bermanfaat langsung. Oh ya. Akhir 2020 nanti, jika tiada aral, dengan izin Tuhan, buku pertama gua akan diterbit oleh syarikat Fixi. Genre novel fiksyen remaja. Nantikan update gua dari semasa ke semasa.

|

4 Oct 2019 | 3:30 a.m

SelinganOù les histoires vivent. Découvrez maintenant