First Impression

14 0 0
                                        

Tahun 2017,

Ariana Qaisara merupakan seorang pelajar universiti awam yang terkenal di ibu negara. Tinggi lampai, berkulit putih dan memakai cermin mata. Seorang yang peramah dan sangat aktif dalam persatuan teater serta Kelab khidmat masyarakat. Meskipun sibuk dengan projek assignments, namun Ariana sentiasa berminat mencari peluang untuk menyertai projek seperti charity event.

Pada suatu hari yang indah, Ariana sedang  fokus mendengar celoteh lecturer nya di dalam kelas . Bzz, Bzz bunyi vibration daripada telefonnya menandakan masuk new notifications WhatsApp.

" Tonight will be our first meeting for charity run event. All of committees must attend at 9 pm........"

"Oh, malamni ada meeting, aduh dahlah kelas harini sampai pukul 5 petang. Hmm, penatnya " keluh Ariana.

Jam menunjukkan pukul 9. 00 malam.
Di bilik mesyuarat, Program Manager memulakan bicara dan masing2 mula memperkenalkan diri. Kini giliran Ariana, "Hai, Saya Ariana, kos Architecture, Second year First Sem..sa.. " tetiba bicara Ariana terhenti.

"Wahh, kos Architecture eh? Hebat nya.." sampuk satu suara garau sambil senyum memandang Ariana.

Ariana hanya senyum hambar kembali kepada lelaki tersebut. "Ish, pehal mamat ni tetiba menyampuk aku bercakap? Dahlah rambut pun kaler. " bisik Ariana dalam hati.

Kini tiba pula giliran lelaki yang menyampuk tadi memperkenalkan diri, "Hai, saya Syed Mukhriz, kos Engineering ICT, First Year Second Sem, this is my firstime join this club and this charity run event. I hope this event will be conducted successfully, " panjang lebar Syed Mukhriz berbicara. Diikuti dengan dua lagi kawannya yang juga kos sama, Daniel dan Shah.

" Ohh, junior 3 serangkai join event ni bersama. Hmm, banyak cakap pulak mamat tu, eh apa nama Syed Mukhriz? Patutlah duk menyampuk aku bercakap tadi, " getus Ariana dalam hati.

Seusai itu, Program Manager mula menerangkan tentang objektif projek Charity Run Event dan seterusnya membahagikan tugas committees. Secara kebetulan, Ariana dan Syed Mukhriz termasuk Daniel serta Shah ditugaskan untuk mengambil alih jobscopes sebagai Public Relation committees dan dimasukkan ke dalam group WhatsApp untuk berbincang tentang kerja yang ditugaskan.

FriendZoneWhere stories live. Discover now