Aku menggelangkan kepalaku. 

'Apa yang kau mengarut ni? Hati kau hanya untuk Taehyung. Ingat tu. Tapi Taehyung suka kau ke?'

"Macam mana kau tau nama aku, wahai cik clumsy?" Dia sengaja menekankan perkataan yang terakhir itu.

Sakit pulak hati aku dengan gelaran tu. Dia ni tak kenal aku ke? 

Aku memandang wajahnya tajam.

"Suka hati laa." Aku mula untuk beredar tapi laju je tangan dia tarik lengan aku. Aku hampir terpeluk dia disebabkan terkejut.

'Gila ke dia ni?'

  Wajah aku jelas tak suka dengan perbuatan dia itu. Lengan aku juga masih di dalam genggaman tangannya.

"Kau suka aku ke?" 

Aku terdiam dengan kata-kata itu. 

Dup dap dup dap!

Aku menarik lengan aku yang dia genggam dengan kuat itu. Aku juga menjauhkan diri aku dari dia.

   "Kau ni gila ke? Banyak lagi laa lelaki dalam dunia ni. Bukan kau sorang je. Tak hingin aku dengan kau. Pasal nama kau tu, aku pernah dengar ada orang jerit nama kau laa. Dah la nama pun bunyi macam coklat." Ayat terakhir itu aku perlahan kan sedikit suara aku. Kang dia dengar kang dia kurung aku dalam stor kang. Ishh minta dijauhkan. Taknak laa jangan main kurung- kurung ni aku takut la.

"Apa?! Kau kutuk aku apa tadi?" Tiba tiba je dia mendekati aku. 

"Kau..kau nak buat apa ni...?" Aku turut melangkah ke belakang untuk menjauhkan diri dari dia. Dia terus melangkah tanpa menghiraukan pertanyaan aku.

"Mianei! Lagipun betul apa nama kau bunyi macam coklat. Aku cakap benda betul kan jadi tak salah betul tak?" Akhirnya aku mengalah juga. Kang dia jugak kang macam yang aku sebut tadi.

"Kau ni memang takde keje ke? Asyik menyakitkan hati orang je?"

"Ehh tak sedar diri betul kan. Kau yang selama ni menyakitkan hati orang tau tak? Sebab setiap perkataan yang keluar dari mulut kau tu memang menyakitkan hati je."

"So,dah tak de hujah apa-apa lagi kann aku pergi dulu ek. Banyak lagi kerja lain dari melayan kau tau tak?" Dia melangkah pergi dari situ.

"Eh,kau ingat kau sorang je ke . Aku pun banyak lagi benda lain la nak buat!" Aku terus beredar masuk ke dalam kelas .

'Eii,menyampahnya aku dengan mamat tu. Semoga lepas ni aku tak akan dan tak akan pernah jumpa dia lagi.'

  Sebaik sahaja masuk ke dalam kelas aku perasan beg Sohyun sudah berubah ke tempat duduk di bahagian tengah kelas. Tempat duduk di sebelah Seulgi yang dah lama kosong.

'Apa salah aku,Sohyun? Dah hampir seminggu kau tak hiraukan aku. Nama je tinggal serumah sekelas,semeja tapi kau hanya buat aku macam patung je.'

   Niat aku untuk masuk ke kelas terbantut. Jadi aku hanya berjalan tanpa tau arah tujuan aku. Kalau dekat rumah ni nak je aku berkurung dalam bilik and menangis kenang nasib diri sendiri. Bila kawan baik yang kau sangat sayang buat macam tu dekat kau.

Aku berjalan dengan kepala aku hanya menunduk sahaja sehingga kepala aku terlanggar seseorang.

"Mianei." Tanpa melihat orang tersebut,aku meneruskan untuk terus berjalan lagi.

"Nayeon?" 

"Tae?" Sebaik sahaja aku kenal orang tersebut. Mata aku terus berair. Aku terus menangis  sebelum Taehyung memeluk aku erat. Kedengaran bunyi tangisan aku yang semakin kuat. 

-----

"Kau dah okey sikit ke?" Aku mengelap saki baki hingus di hidung ku. Tak sangka akhirnya pecah juga tangisan yang aku harap aku dapat tahan. 

"Apa salah aku,Taehyung?" Suara aku mendatar. Suara aku yang serak jelas kedengaran disebabkan tangisan aku. 

Taehyung hanya menyepi dengan pertanyaan aku. Angin meniup rambut aku memberikan sedikit ketenangan kepada aku. 

"Kau janganlah nangis lagi. Sohyun mungkin....." 

"Arraseo. Aku akan oke je dengan semua benda ni bila aku dah menangis macam ni. Tapi aku cuma nakkan penjelasan untuk semua ni. Bukan kena layan macam ni."

   "Apa kata malam nanti. Kau slow talk dengan dia. Ask her why? Oke? Dah jangan sedih sedih lagi. Kau bukan yang suka menyerah kan?Jom cepat sebelum kena denda dengan Ssaem" Taehyung menepuk bahu aku sebelum dia berjalan meninggalkan aku.

Aku mengelap hidungku buat kali yang terakhir dan memulakan langkahku menuruti Taehyung dari belakang.






Love DiariesOù les histoires vivent. Découvrez maintenant