Alicia berjalan memasuki pintu pagar SRT CyberRaya 1.
Seperti hari-hari biasa,memang sudah menjadi kebiasaan baginya untuk datang awal ke sekolah.
Semasa dia berjalan sambil menggalas beg,dia terdengar suara seseorang yang memang sudah tidak asing lagi bagi telinganya memanggil namanya.
"Alicia,tunggu jap"Alicia menoleh belakang dan seperti yang dijangkakan seorang budak lelaki berkulit putih dan berbadan rendah sedang sibuk memanggilnya.
"Awal kau harini Ali, kene cakar dengan Comot ke?"Alicia membalas panggilan Ali dengan soalan sinis.
"Ish,mana ada.Aku kan memang selalu datang awal."jawab Ali dengan bangganya membuat Alicia memutar matanya malas.
Sedang mereka berbual,tiba-tiba bahu Ali ditepuk kuat oleh seorang lelaki bermata sepet yang sedang sibuk membawa tab di tangan kirinya.
"Wah bila masa korang berdua ni rapat semacam?"tanya lelaki bermata sepet itu dengan nada mengusik.
"Sampai pun kau Viktor,berjam aku tunggu.Kau tak payah nak fikir bukan bukan,aku borak pasal kelab setem je dengan Alicia."jawab Ali dengan nada malas.
"Mana ada aku fikir bukan bukan,kau tu yang fikir benda lain"jawab Viktor masih dengan nada mengusiknya.
Baru Ali hendak membalas usikan Viktor, loceng telah berbunyi menandakan waktu untuk masuk ke dalam kelas.Mereka berdua bergegas ke kelas dan duduk di tempat masing-masing.
Ali memandang Alicia yang sedang menatapnya sambil menggeleng-geleng kepala dengan sedikit senyuman terukir di bibir.
Ali membalas senyuman itu sambil menggaru lehernya yang tidak gatal.
Kelas bermula seperti biasa.
........................
Tiba waktu rehat,Puan Munah meminta tolong Alicia untuk menghantar beberapa fail biodata pelajar kelas 6 Avicenna ke bilik guru.
Alicia hanya mengikut arahan tanpa banyak soalan.Semasa dia membawa fail-fail itu,seorang pelajar tahun 1 melanggarnya secara tidak sengaja menyebabkan fail itu jatuh berselerak.
Oleh kerana budak itu masih kecil,Alicia hanya menahan amarahnya dan memilih untuk memberikan jelingan maut kepada budak tersebut.
Tidak lagi mempedulikan budak yang melanggarnya tadi,Alicia terus mengutip semula fail-fail biodata pelajar kelas 6 Avicenna.
Alicia tidak pernah memegang atau membuka fail biodatanya sendiri kerana fail itu hanya guru-guru dan ibubapa sahaja yang dibenarkan untuk melihat isi kandungan fail tersebut.
Melihat fail yang bertulis nama 'Alicia Kheng' membuatkan Alicia berasa sangat curiga dan memilih untuk membuka fail itu dengan berhati-hati dan memastikan tiada sesiapa yang lalu berdekatan dengannya.
Alicia tahu yang membuka fail tanpa pengetahuan Puan Munah adalah satu kesalahan yang tidak patut dia lakukan walaupun fail itu sememangnya milik dia.Dan dia tahu jika Puan Munah nampak dia membuka fail itu secara sembunyi-sembunyi,dia pasti berada dalam masalah besar.
Tetapi Alicia itu bukan pelajar biasa,dia adalah seorang ejen yang terlibat dalam dunia perisikan.
Agak mustahil baginya untuk membuat kesalahan yang sangat mudah diketahui orang lain.
Jadi tiada masalah baginya untuk membuka fail biodatanya sendiri tanpa pengetahuan sesiapa.
Alicia membuka fail tersebut dengan berhati-hati.
Sedang dia sibuk membelek helaian pertama,Ali yang entah dari mana menepuk tangannya dengan kuat membuatkan Alicia terkejut sehingga menumbuk kuat pipi Ali.
"Bah!"jerit Ali.
"Buk!"terdengar bunyi tumbukan Alicia yang terkena tepat pada pipi Ali.
"Aduh...sakitnya..."kata Ali yang sedang mengerang kesakitan.
"Ish,kau ni dah kenapa tiba-tiba tepuk tangan,terkejut aku tahu tak?"marah Alicia.
"Hehe sorry sorry,kan kau biasanya perasan je kalau ada orang jalan dekat dengan kau.Lagipun bukannya ada sape-sape pun kat sini.Deria kau kan power."puji Ali.
Seperti biasa,Alicia memutar matanya mendengar penjelasan Ali.
"Ape kau buat kat sini,bukan ke patutnya kau hantar fail-fail tu kat bilik guru?"tanya Ali.
"Kau ni,kan aku tengah pegang fail-fail ni.Aku tengah nk hantar lah ni."jawab Alicia malas.
"Eh lambatnya,bilik guru bukannya jauh sangat pun.Aku dah habis makan dengan Viktor kat kantin pun kau tak siap hantar lagi?"tanya Ali hairan.
Mata Alicia yang tadi malas terus bertukar bulat mendengar pertanyaan Ali.
"Er.....tadi ade budak langgar aku,tu yang tak sampai-sampai lagi kat bilik guru."jawab Alicia sedikit panik.
"Oh macamtu ke,takpe sini aku tolong kau hantar fail-fail ni."Belum sempat Alicia menjawab,Ali terus mengambil separuh dari fail yang Alicia pegang dan berjalan ke bilik guru.
Alicia yang melihat telatah Ali hanya menggelengkan kepalanya dan tersenyum kecil.
"Kau berangan ape tu?jomlah hantar fail-fail ni."kata Ali sambil memberikan isyarat untuk menyuruh Alicia mengekorinya dan berhenti berangan.
Selesai menghantar semua fail-fail itu,Ali dan Alicia mendapat panggilan dari MATA.Mereka memandang satu sama lain sambil menganggukkan kepala dan terus bergegas ke bilik stor untuk pergi ke HQ MATA.
Sampai saja ke HQ MATA,mereka melihat beberapa pelajar akademi dan mentor-mentor melambaikan tangan mereka kearah Ali dan Alicia.
Ali melihat Ejen Bakar yang sedang mengusap bulu Comot dan terus berlari kearah mereka berdua."Terima kasih uncle tolong jagakan Comot untuk harini."kata Ali sambil tersenyum.
"Alah,takde hal lah."jawab Ejen Bakar membalas senyuman Ali.
"Uncle,Kita ada misi ke harini?"tanya Ali.
"Ade je.Tapi bukan untuk Ejen muda.Macam biasa harini ada latihan simulasi untuk pelajar akademi."jawab Ejen Bakar.
Ali mengangguk sedikit sedih.Tapi kesedihannya terus bertukar hairan selepas melihat Alicia yang dari tadi asyik terdiam tanpa sebarang reaksi.
"Eh Alicia,kau ada masalah ke?"tanya Ali.
Alicia memandang wajah Ali sedikit terkejut dan hanya menggelengkan kepalanya.Ali mengangguk lalu fokus ke arahan yang diberi Ejen Leon untuk latihan simulasi harini.
...........................
Selesai latihan simulasi mereka,Ali,Alicia dan Comot balik semula ke SRT CyberRaya 1 untuk mengambil beg mereka untuk pulang ke rumah.
Ali masih hairan dengan Alicia yang seperti memikirkan sesuatu yang sangat penting.Baru sahaja Ali mahu bertanya sesuatu,Alicia terus berpaling dan melambaikan tangan kepada Ali.
"Aku balik dulu"kata Alicia sambil melambaikan tangannya dengan muka yang tidak memperlihatkan sebarang ekspresi.Ali membalas lambaian tersebut dengan riak wajah yang hairan.
Bayangan Alicia sudah tidak kelihatan,Ali dan Comot menatap wajah masing-masing dengan wajah yang penuh tanda tanya.
"Aku harap dia okey,kan Comot?"kata Ali.
"Meow..."Comot mengiau perlahan tanda setuju.
Dalam perjalanan balik ke rumah,Alicia asyik memikirkan perkara yang sama dari tadi.
"Patut ke aku tanya papa pasal ni?....Tapi....papa selalu sibuk....Takpelah...aku akan siasat sendiri benda ni."
Alicia menghembus nafasnya perlahan-lahan....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Siapa kau Law Kuan Kheng?"
Jangan lupa vote dan comment tau.Bagi tangan dengan otak author Ade semangat nak buat cerita ni dengan idea yang lebih best Dan chapter yang lebih panjang hehehe.
ANDA SEDANG MEMBACA
Alicia Side Story(Spoiler EATM)
FanfictionContains Ejen Ali The Movie Spoiler "Jangan tengok apa yang kau hilang,Tapi tengok apa yang ada depan mata"-Alicia Kheng Mengisahkan Alicia yang cuba membongkarkan rahsia disebalik kematian kedua ibubapanya yang tidak pernah dia ketahui identiti seb...
