"Kenapa awak pandang saya macam tu?" tanya Aria pelik. Kenapa Zen tenung bagai nak tembus?

"Suami awak mana? Zed tak pernah cerita tentang ayah dia. Maaf kalau saya menyibuk hal peribadi awak."

"Suami saya? Dia ada tapi dia tak pernah jumpa Zed lagi," balas Aria sebelum memandang Zed yang terlena dalam pelukan Zen.

"Kesian putera ayahanda penat," ujar Zen apabila Aria membelai rambut Zen. Zed bergerak namun terlena semula apabila Zen menepuk perlahan belakangnya.

Zen menggunakan kuasa cahaya kegelapan untuk melindungi Zed. Aria terlopong melihat kuasa milik Zed dari dekat.

"Inilah cahaya yang aku tengok lima tahun lepas. Cantik..." gumam Aria sebelum menyentuh cahaya itu. Zen ketawa melihat kelakuan Aria.

"Comel, macam Aria..."

>< >< >< ><

"BONDA!!" Kira turun daripada dukungan Kaito sebelum berlari mendapatkan Rin yang bercekak pinggang.

"Puas bonda cari Kira, rupanya Kira dengan Pak Cik Kaito. Kenapa anakanda gembira ni?" Rin mendukung Kira sebelum menyelitkan rambut Kira ke belakang telinga.

"Kira ada ayahanda. Selepas ni, mereka tak akan ejek Kira lagi," ujar Kira sebelum bersorak.

Rin terpanar sebelum memandang Kaito manakala lelaki itu menggosok tengkuk lalu tersengih.

"Tak apa ke kalau..." Kaito menggelengkan kepala sebelum meminpin tangan Kira.

"Jom kita jalan-jalan," ajak Kaito sebelum memandang Rin.

"Err..." Rin tidak tahu ingin setuju atau tidak. Banyak kerja yang perlu dilakukan tapi apabila melihat wajah mengharap Kaito membuatkan dia mengeluh.

"Jom." Kira bersorak sebelum menarik tangan Rin dan Kaito ke sebuah gerai gula-gula kapas.

"Kira nak dua," pinta Kira sambil memandang Kaito. Rin menepuk dahi apabila Kaito menuruti kehendak Kira.

"Jangan manjakan dia sangat," tegur Rin.

"Biarlah, bukan guna gem awak pun nak beli gula-gula kapas," balas Kaito selamba. Rin menjegilkan mata tanda marah.

Rosak gigi anak aku, getus Rin.

"Janganlah marah. Bukannya selalu saya belanja dia manisan macam ni. Lagipun saya tak pernah nampak dia gembira macam tadi. Seolah-olah dia dah lama nantikan saat ni," pujuk Kaito.

"Saya bukan apa. Kalau puteri misteri tahu macam mana? Semalam Ice menjadi mangsa, selepas ni siapa pula?" ujar Rin risau. Mereka boleh menggunakan kuasa terunggul bila-bila masa sahaja tanpa had selepas bertapa selama lima tahun. Namun, mereka bimbang sekiranya penyamaran terbongkar.

"Jangan risau. Saya akan lindungi awak dan Kira. Dia tak akan dapat cederakan awak," balas Kaito sebelum memandang Kira yang leka dengan gula-gula kapas.

"Kenapa tak uruskan majlis perkahwinan diraja tuanku?" tanya Rin sengaja. Dia melihat riak tenang bertukar tegang apabila isu perkahwinan dibangkitkan.

"Jangan sebut pasal tu lagi. Saya muak tahu tak? Jangan sebut depan Kira boleh? Dia tak tahu saya ni raja." Rambut dikuak ke belakang sebelum Kaito mendongak. Badan direbah di atas rumput dengan lengan dijadikan sebagai alas.

"Kenapa pula?" tanya Rin pelik.

"Percaya atau tidak, saya masih sayangkan mendiang isteri saya walaupun sudah lima tahun dia pergi. Siapa je tak sayang bini? Walaupun dia suka berpakaian seperti lelaki tapi dia baik, berdikari dan tegas. Saya rindu dia dan anak kami. Kalau anak saya masih ada, dia sebaya mereka bertiga." Rin menganggukkan kepala sebelum pandangan mata mereka bertembung. Rin memalingkan muka apabila Kaito ketawa.

>< >< >< ><

"AYAHANDA!!" Izz tercengang apabila Ice memeluk kakinya. Tapi bukan itu yang dia pelik, tapi kenapa Ice panggil dia ayahanda?

"Ice!" Miku berlari sebelum berhenti di hadapan Izz dengan nafas tercungap-cungap.

"Kenapa lari? Penat bonda nak mengejar kamu. Suka tengok bonda macam ni, kan?" ujar Miku tersekat-sekat. Ice tersengih sebelum mendepakan tangan. Miku menjeling seraya mengambil Ice daripada dukungan Izz.

"Maaf kalau awak terkejut bila dia panggil awak ayahanda..." kata Miku sebelum mengukir senyuman nipis.

"Tapi bonda, bukan ke..." Mata dijegil agar Ice tidak meneruskan kata-katanya. Pecah tembelang nanti.

"Memang saya terkejut tapi tak apa la sebab dia nak panggil saya macam tu," balas Izz janggal. Kali pertama dia berjumpa dengan bonda Ice namun seperti dia sudah mengenali wanita itu lama.

"Warna rambut Ice mengingatkan saya kepada seseorang tapi malangnya dia dah pergi jauh. Mata Ice pula macam saya. Saya nampak diri saya dan dia dalam mata Ice."

"Kalau awak rindu dia, awak jumpa la Ice tapi pulangkan dia balik jangan bawa lari," ujar Miku sebelum ketawa. Ice mengendahkan Miku dan Izz kerana dia leka melihat pertunjukan bunga api.

"Bonda, ayahanda! Tengok tu, bunga api!!" Ice bertepuk tangan apabila langit disinari dengan cahaya bunga api. Mereka mendongak sebelum tersenyum.

"Cantik." Mereka berkata serentak sebelum memandang anak-anak mereka yang sudah terlena.

"Saya perlu balik. Lagipun tidak lama lagi, tuanku akan berkahwin. Saya tidak akan menganggu lagi," ujar Miku sebelum menundukkan sedikit kepala.

"Tapi..." Miku segera berpaling dan melangkah pergi, meninggalkan Izz yang tercengang.

"Kenapa dia mesti pergi?" Hujan turun dengan lebat seperti mengerti perasaan Bad Boy.

"Tolong halang perkahwinan diraja nanti!" Bad Boy menjerit, cuba melawan bunyi hujan. Tidak lama selepas mereka berteduh di bawah pokok, mereka pengsan bersama rantai milik Angel Girlz berada dalam genggaman mereka.

Tbc

16/13/19

The Powerless Princess©✔Where stories live. Discover now