11 : Gayu's Village

Start from the beginning
                                    

Aku mengangguk buat kali kedua.

Aku rasa sikit kecewa sebab apa yang aku mahu , lain yang aku dapat.

Contohnya tadi,

Aku nak tentera Ansi yang datang , tapi pengawal Diraja yang muncul. Yang paling tak boleh aku terima , aku nak pembunuh misteri tu datang , tapi lelaki asing Kim Taesoon pula yang datang.

Melainkan Taesoon lah pembunuh misteri yang aku cari.

❉   ❉   ❉

Sepanjang jalan , Taehyung lah yang bekerja sebagai tongkat aku. Memapah dan membimbing aku berjalan biarpun aku terdengar ada keluhan-keluhan asing yang menitik keluar dari sepasang bibir milik lelaki itu.

Aku tahu aku menyusahkan perjalanan dia tapi apa yang perlu aku buat? Badan aku masih mengigil kesejukan. Kaki aku seolah-olah di perbuat dari batu sehingga aku benar-benar tidak mampu berjalan.

Taehyung yang berjalan dengan elok saja sebelum ini juga berjalan dengan lambat dan seringkali tersenget-senget bahu nya apabila aku terasa seperti hendak jatuh. Tetapi Taehyung ada untuk memegang tangan aku , merangkul pinggang aku , mengelakkan aku dari jatuh.

Terasa perjalanan yang dekat ini semakin lama apabila daya tahan fizikal aku semakin lemah. Perut aku mula rasa senak. Tulang kaki aku rasa sangat lenguh. Apa yang aku mahu adalah rehat.

Tetapi aku buang segala kemahuan itu memandangkan hari semakin lama semakin mengelap. Dan sayur-sayuran yang di pesan oleh Ahjumma Han masih belum aku beli lagi.

Mana mungkin aku pulang ke Rumah Yeonchang dalam keadaan bertangan kosong ni. Lagi-lagi rupa aku sudah tidak bermaya , baju aku sudah lusuh. Mesti Ahjumma Han risau tentang keadaan aku.

Syukur sahaja si 'Taesoon' ni ada.

Rimas akan perjalanan yang lama , Taehyung bertindak melepaskan rangkulan pada pinggang aku membuatkan aku semakin hilang keseimbangan. Lelaki itu berjalan di hadapan aku sebelum kedua belah lengan aku di raih lalu di tarik hingga menyentuh permukaan bahu nya.

"Pegang kuat-kuat." Pesan Taehyung sebelum tangan nya mula menyentuh permukaan peha aku di bahagian belakang.

Aku mungkin terkejut dengan perbuatan lelaki itu , tetapi lebih terkejut lagi apabila tubuh aku tiba-tiba terapung di udara. Dan saat itu , aku baru tahu yang Taehyung mendukung aku cara 'piggy back'.

   Pap !

Dagu aku terhentak pada kepala nya apabila dia mula menyelesakan badan aku pada belakang tubuh nya. Buat seketika , langkah kaki yang tadi nya lambat menjadi sedikit laju apabila beban yang berada di bahu kiri Taehyung sudah di pindahkan ke belakang nya.

Beban yang berat iaitu aku.

Oleh kerana takut jatuh , bahu Taehyung aku rangkul secara berhati-hati. Pertama , aku takut siku aku terkena luka dia dan buatkan dia rasa sakit. Kedua , aku takut aku tercekik dia tanpa sengaja.

Almaklumlah aku tak pernah di dukung seperti ini oleh mana-mana orang termasuklah Ahjumma Han. Atau lebih tepat lagi , tidak pernah di dukung oleh mana-mana manusia lagi selepas lahir.

Taehyung lah orang pertama.

Dan kemungkinan akan menjadi orang terakhir angkat aku macam ni.

"Awak. Tak berat ke awak bawa saya macam ni? Saya tak apa lah kalau setakat nak melangkah. Lagipun tak lama lagi nak sampai kat Kampungㅡ" belum sempat aku menyambung ayat , Taehyung terlebih dahulu membidas.

"Kau diam sebelum aku cium kau untuk kali kedua." Untuk kata-kata itu , aku terus diam.

Dan aku hampir lupa nak bagitau.

[COMPLETED] 너의 편 | SIDE OF YOU feat Kim TaehyungWhere stories live. Discover now