•|| PART 20 ||•

Start from the beginning
                                    

"Kurang ajar!!!"

✨✨

Aleesya menutup telefonnya selepas puas membelek account instagram miliknya. Telefon itu diletakkan di meja kecil yang berada disebelah katil.

Aleesya merenung siling bilik yang kosong itu. Matanya masih belum mengantuk mungkin kerana dia sudah terlajak tidur petang tadi

Tiba tiba pintu bilik Aleesya dibuka dan terlihatlah Arisya bersama bantal di dalam pelukan. Arisya tersenyum apabila melihat Aleesya memandang ke arahnya.

"Boleh Kakak tidur dengan Aleesya?"  tanya Arisya.

"Mesti lah boleh. Masuklah"

Terus Arisya menutup pintu dan memanjat katil Aleesya. Dia menyertai Aleesya berbaring di atas katil.

"Aleesya dah ngantuk?"

"Belum. Kakak?"

"Kakak pon belum. Kita sembang sembang nak?"

"Boleh juga. Lagipun banyak benda Aleesya nak tanya pasal keluarga kita"

"Aleesya tanya ja apa yang Aleesya nak tahu. Kakak akan jawab."

"Kakak ceritalah pasal latar belakang keluarga kita. Aleesya nak tahu"

"Hurmm.. Latar belakang ehh. Papa, dia anak tunggal. Mama pula ada 4 adik beradik. Tapi datuk dan nenek belah papa dua dua dah meninggal daripada papa umur 17. So sekarang kita hanya ada Datuk dan nenek belah mama ja"

"Wahh.. Jadi papa membesar tanpa mak dan ayah?"

"Aha.. Lepas habis sekolah menegah papa kerja sampai la ada banyak duit. Dia buka syarikat dia sendiri. Then, dia jumpa mama dan diorang kawin"

Aleesya terasa kagum mendengar cerita tentang papanya daripada Arisya.

Tok! tok! tok!


Mereka berdua melihat ke arah pintu yang tiba tiba diketuk. Aleesya turun dari katil dan berjalan ke arah pintu.

Buka sahaja pintu, muka Adrian menyapa pandangan.

"Abang nak apa apa ka?" tanya Aleesya.

"Aleesya tak tidur lagi?"

"Tak"

"Ouh.. Abang saja datang nak borak dengan Aleesya. "

"Ouh... Jom la join Aleesya dengan kakak. Kitorang memang tengah berborak dekat dalam" kata Aleesya.

"Kakak ada juga?"

Aleesya mengangguk lalu membuka pintunya dengan lebih luas. Adrian menjenguk ke dalam dan melihat Arisya yang sedang duduk di atas katil.

"Jom la"

Aleesya terus menarik tangan Adrian masuk ke dalam. Mereka pon berjalan ke arah katil.

"Kau tak tidur lagi?" tanya Arisya.

"Tak. Aku pon nak join korang juga. Lepak tak nak ajak" kata Adrian sambil melabuhkan punggung di sofa yang berhadapan dengan katil.

[C] THE TENGKU'sWhere stories live. Discover now